Followers

Monday, January 28

Cuti 3 Minggu Yang 'Awesome'?

bismillahirrahmanirrahim..

"Kejapnya cuti. Cuti 3 minggu macam 3 hari je.. Banyak lagi benda nak buat kat rumah..."

OK. Ayat ni sangat klishe' dan selalu sangat aku dengar (mungkin jugak selalu aku guna). Tapi cuti kali ni aku rasakan sesuatu yang lain. Buat pertama kalinya, aku rasakan bahawa cuti 3 minggu kali ni bagaikan 3 bulan!! o.0

#pelik

Aku tau. Nampak pelik. Tapi itulah yang aku rasakan. Rasa lama sangat. Bukan tak suka duduk rumah. Tapi kalau duduk rumah dah bosan, makanya memang suka sangatlah nak duduk UIA kan. haha. Plus, aku tak sabar nak tunaikan 'tanggungjawab' kat UIA tu. (orang yang berkenaan, sila terasa. hahaha)

Ok. Itu cerita pasal cuti. Aktiviti aku waktu cuti ni :

1. Takde pape pon yang hebat2. Hidup orang bujang. MAKAN. TIDO. ONLINE. MAKAN. TIDO. ONLINE. And the cycle goes around. Plus, aku mungkin menghadapi saiz berlebihan bila naik cuti ni. hahah


2. Pasal kerja aku kat UIA bawak balik kat rumah pulak. Memandangkan aku ni SU untuk program kat UIA nuh, makanya ada la kerja taipmenaip kan. Plus, cuti ni aku cuba belajar After Effects dengan mahaguru YouTube. haha. Tapi apakan daya. Tersangat lah pening kepala aku belajar benda alah tu. Maka, aku stop kejap. Mungkin aku kene cari mahaguru yang lebih 'hidup'. haha

3. Oh yeah!! Dalam cuti ni jugak, first time aku join meeting online kat FB. And bagi aku agak efficient kalau berjauhan kan. Tapi sebetul2nya, aku rasakan meeting online ni macam takde feeling nak meeting. Sebab? Kalau kita meeting berhadapan, kita boleh tengok muka ahli meeting tu dan dalam masa yang sama, kita boleh tafsir ayat dan riak wajah seseorang tu dengan lebih tepat. Maka, meeting akan lebih efficient.


4. Dalam cuti ni jugak, aku ada sedikit emosi dan perasaan yang macam2 berlegar dalam badan aku ni. Sedikit affect my daily life. Tapi aku suka perasaan tu. Plus, cuti ni aku kerap shopping and ada belikan something as a surprise. So, watch out!! hahah

5. Lastly, aku dah tukar line kepada celcom. Nombor still sama. Aku dah citer dalam previous post. =)

Cuti pun tinggal kurang dari seminggu je lagi. So, aku kene siapkan la keje mana yang tak setel lagi dan cuti kali ni, aku tak dapat la nak melancong mana2 macam dolu2 kan. Barangkali waktu Sem baru nanti aku akan melancong. haha. Mampooo??

notakaki : Internet slow, so tak dapat nak update selalu..

1 comment:

TRAVELOG ATEH said...

wah...untunglah kalau dapat rasa mcm cuti 3 bulan. Ateh xpuas lg bercuti nie. ahad nie dah nak kene blik uia. rasa 3 hari jer cuti. u lain sebulan cuti. bestnyer

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...