Followers

Wednesday, January 30

#syukur

bismillahirrahmanirrahim..

Seperti biasa, tiap2 kali result exam semester keluar semua orang akan gundah gulana, tak senang duduk dan macam2 feeling. Same goes to me.

Result yang patut keluar pukul 12 tengah malam tadi tak membuat aku teruja pun nak bukaknya tengah malam tu. Aku update post ni pun sejurus aku tengok result tu. Dan seperti biasa sebelum2 ni, aku tak pernah nak sorok2 kan result aku. Tak kesah la baik mahupun teruk. Tiap2 kali dapat result semester, aku akan post kat blog. huhu

Result kali ni aku tak expect tinggi sangat dan alhamdulillah, aku dapat yang 'tak tinggi sangat' tu... haha.. adoi. Bagi aku, takpelah. Itu kiranya menjadi kayu ukur tahap pembelajaran aku di peringkat degree ni.. Dan aku masih lagi tercari2 lagi method belajar yang ideal untuk diri aku sendiri. Mungkin pada awal2 semester tu aku banyak main-main dan tak ambil berat sangat pasal kuiz.. hmm.. takpelah

Let bygone be bygone, right??


Ulasan aku untuk result kali ni...

1. Start dengan study circle. Aku rasa ramai yang dapat result sama macam aku sebab naqib aku sangat sempoi. haha

2. Islamic Input. hmm.. Bagi aku subject yang agak bosan dan aku start study pasal subject ni bila nak exam final. Memang tak masuk semua la kan. Nota nya BAAAAAANYAK sekali.

3. Anatomy &Histology. Hmm. Aku tak expect aku boleh score sebab agak payah la. Paling payah bagi aku ialah OSPE and MCQ. Banyak aku bantai je.. huhu

3. Physiology. Aku target tinggi sket sebenarnya. Dalam A- ke... Tapi takpelah. Aku bersyukur je dapat B+.

4. Physical Pharmacy. Banyak mulut2 dan khabar angin yang mengatakan bahawa subject susah nak score.. Hmm. Agaklah.. Bagi aku, soalan nya takdelah susah sangat. Kiranya boleh jawab la.. Tapi mungkin apa yang aku jawab tak bertepatan dengan apa yang soalan dan examiner nak..

5. Pharmacy Practice. Aku bersyukur sangat dapat B+ sebab aku target rendah lagi.. Sebab?? Yela... Bila keluar exam hall, ada la mulut2 yang suka duk bincang jawapan kan.. Bila aku dengar, "Banyak giler aku salah...T.T" Plus, aku punya practical dan report banyak yang tak lengkap. So, aku bersyukur sangat...

6. Tilawah. Aku target A. Tapi dapat ni je.. Syukur je la

7. UNGS ni... hmm.. Aku rasa pelik sikit dengan cara Lecturer bagi markah. Aku check carry mark aku. Tengok markag bahagian, Participation : 3/5... Tanya member yang lain, 5/5... 0.o I was like... "Mengapakah...?" Not fair aku rasa sebab aku rasa aku dan member aku tu takdelah ber-ia sangat dalam kelas kan.... hmm... Takpelah. Mungkin ada la tu cara dia bagi markah..

Overall, Alhamdulillah. Bersyukur sangat.. Aku tengok CGPA 3 ke atas pun kira syukur sangat. Untuk next semester, kene work hard lagi untuk memburu ilmu. =)

notakaki: Best pulak kalau belajar sebab ilmu ni.... =) tak rasa menyesal sangat..

3 comments:

Fathanah said...

tahniah :)

Fathanah said...

tahniah :)

Nazrin Syafiq said...

alhamdulillah kak.. =) xde la hebat mana pon..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...