Followers

Saturday, July 30

chicken pox melanda (part 2)

bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah.. ana masih hidup lagi bagi sesiapa yang tanya. hihi. selama seminggu menanggung chicken pox ni (ceh! bunyi macam kene denggi je.. ), alhamdulillah Allah telah sembuhkan ana. thanks to those yang mendoakan. walaupun tak sepenuhnya sembuh, tapi InsyaAllah boleh rasanya meneruskan studies and menyambut kedatangan Ramadhan ni.. tak sabar rasanya..

to my roommates, i'll be back tomorrow insyaAllah. hoping for you guys to be in your very best condition. and to one of you yang tanya about my condition through sms yesterday, i'm very touched with your keprihatinan. you're truly the best sahabat. =)

ok. balik je ke CFS IIUM, dah puasa. SELAMAT BERPUASA SEMUA. and i'll be sitting for my mid-term exam yang tertinggal hari tu selama seminggu. yeah. maybe there'll be 2 -3 papers per day and i'll be like CRAZY.. hihi. but insyaAllah, with the baraqah of Ramadhan, all will be fine. PHYSICS 2, CHEMISTRY 2, COMPUTER 1 and UNDERSTANDING ISLAM. terbaiikk!!

Thursday, July 28

Madrasah Ramadhan menjelma

bismillahirrahmanirrahim..

pastinya, hati umat Islam seluruh dunia kini berdebar-debar, berkobar-kobar menantinya ketibaan sebuah bulan, sebuah sekolah, sebuah madrasah, yang menjanjikan tarbiyyah yang penuh bermakna. yang juga menjanjikan 'reward' bagi sesiapa yang mencarinya, yang menjanjikan keampunan, keberkatan dari Allah, insyaAllah... itulah bulan RAMADHAN AL-MUBARAK.

insyaAllah, tinggal beberapa hari sahaja lagi yang tinggal untuk kita persiapkan diri zahir dan batin untuk menyambut kedatangan Ramadhan yang datang cuma sebulan sahaja dalam setahun.. alangkah beruntungnya bagi sesiapa yang menyedari bahawa Ramadhan merupakan masa untuk kita mendidik nafsu serta meningkatkan amal kita.. dan alangkah ruginya bagi yang hanya mensia-siakan hari2 Ramadhannya dengan perkara2 yang sia2.


ayuh sahabat... ayuh teman... ayuh saudara sekalian...

RAMADHAN KEMBALI...

AYUH KITA BERPESTA!!!

MERIAHKAN MALAM2 RAMADHAN DENGAN ZIKRULLAH!

DENGAN QIYAMULLAIL!

HEBATKAN AMAL RAMADHAN KITA DENGAN SEDEKAH!

DENGAN KATA2 YANG BAIK!

DENGAN TADARUS AL-QURAN!

DAN BANYAK LAGI!!!!

JANGAN LUPA SATU PERKARA!!!

AYUH KITA BURU LAILATUL QADAR PADA 10 MALAM TERAKHIR!!!

USAH LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI!!!

==> usah biarkan madrasah Ramadhan berlalu begitu sahaja..
==> usah abaikan kedatangan Ramadhan bagai tiada apa. persiapkan segala tenaga dan masa.
==> mungkin ini Ramadhan terakhir kita...

wallahu a'alam...

Saturday, July 23

chicken pox melanda

bismillahirrahmanirrahim..

kaifa halukum?? insyaAllah, bi khair. semoga anda semua berada dalam keadaan sihat dan selamat hendaknya.

kali ini, tiada apa yang ingin bicarakan. cuma, sekadar meng-update diri di dalam blog sendiri. =) semalam, ana berada di Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang, Sepang kerana menghadiri satu Leadership & Training Course (LTC) anjuran UIA. kebetulan di sana, ana terjumpalah sahabat2 lama di ASiS dulu. ana jumpa Zaki Asyraf, Nasree & Adi Aizuddin. mereka semua kat KMB and tunggu masa nak fly oversea.. syoknya.. hihi

and one more thing, Allah sekali lagi telah menguji hambaNya yang lemah ini dengan chicken pox. berat sungguh ujianNya kali ni. tapi ana percaya yang Allah menguji manusia dalam lingkungan kemampuan manusia sahaja. dan ujian ini ana anggap sebagai kafarah dosa yang ana telah lakukan sebelum ini. pasti ada hikmahnya.

ana perasan kene chicken pox ni pagi tadi. sebelum tu, ada la satu dua bintik, ingatkan bintik biasa je. tak tahula pulak benda tu chicken pox. maka dengan itu, ana dapat la excuse untuk skip program LTC ni. dapat la MC dari doktor. ana rasa ana tak attend mid-term exam yang start hari isnin ni.. so, rasanya bila nak sit utk paper tu, mahu satu hari tiga empat subjek sekali.. fuuhhh!!!

anyway, ana mengharapkan doa anda semua. jangan lupa doakan untuk diri sendiri juga. =)

footnote: kepada member bilik, i will not be around for one week. so, jangan rindu-rinduan pulak.. hihi. and sorry because bila aku masuk bilik tadi tak tegur korang pun. aku tengah pening kepala tadi...

Monday, July 18

Culture SHOCK vs Culture SYOK

bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah. ana baru sahaja balik dari Management Course for Student Leaders (McLEAD) 2011 di Dusun Eco Resort, Bentong, Pahang anjuran CFS IIUM. di sana, student leaders (ana mewakili MRC Mahallah Abu Bakr') diberi tugasan untuk merancang program yang akan dijalankan sepanjang setahun berada di sini. kiranya nak almanac untuk sesi 2011/ 2012 la...

ana tak berhajat untuk berkongsi tentang McLEAD, tetapi ana ingin berkongsi dengan anda semua tentang satu term yang ana rasa anda semua pasti tahu akan maksudnya, iaitu CULTURE SHOCK.

"apa tu brother? macam pernah dengar..."



basically, culture shock ni dalam bahasa mudahnya, seseorang berasa terkejut dengan suasana baru yang dialaminya dan kebiasaannya mempunyai kesukaran untuk adapt dengan suasana tersebut. macam tu lah kot maksudnya. that's from my point of view.

contohnya, macam kita di Malaysia ni. yang sudah biasa dengan adat resam kita seperti memberi salam, tunduk apabila lalu di hadapan orang yang lebih tua dan sebagainya. so, katakan bila kita ada rezeki pergi ke luar negara di Barat, maka mungkin sahaja kita akan berasa terkejut dengan budaya mereka yang berlainan dengan budaya kita. misalnya, mereka di sana apabila berjumpa akan berjabat salam antara lelaki dan perempuan sambil berlaga pipi.

itu merupakan antara perkara yang akan mengejutkan kita melalui perbezaan budaya. TAPI, apa yang mengejutkan ana pula ialah terdapat satu lagi term yang bunyinya lebih kurang je dengan CULTURE SHOCK, tapi mempunyai maknanya yang berbeda, iaitu CULTURE SYOK.

Allah ilhamkan ana dengan term ini ketika ana berada di McLEAD. di sana, selain pelajar CFS IIUM, terdapat juga beberapa pelajar sekolah rendah yang comel2 yang turut ber-camping di situ. turut hadir, yang juga membuat ana Culture Shock di negara sendiri ialah para pelajar U**M. maaf bagi sesiapa yang terasa, tapi ana rasa ini tanggungjawab sosial yang perlu ana lakukan.


bukanlah institusi yang perlu disalahkan, tapi persalahkanlah iman di dada kita yang tak berapa nak kuat ni.

"der, lu Islam, gua pun Islam. kita semua akan bergaul juga dengan berbeza jantina. tapi jagalah sikit pergaulan lu. wa tengok dah mengalahkan mat saleh dah. hormat la sikit sister tudung labuh ngan budak kecil yang ada di sekeliling lu tu. dah lu dok pegang tangan, teraba2 muka boyfriend ngan girlfriend lu depan orang ramai tu kenapa. wa tak tahu la kalau adik perempuan lu kene buat camtu lu diam je bro. beringat la sikit, kita ni ada agama. kalau dok pakai baju ketat ngan tak pakai tudung tu wa boleh tolerate lagi, tapi janganlah lu tambah dengan dosa lain. wa yang tengok ni dah CULTURE SHOCK dibuatnya. lu pulak, janganlah Culture SYOK pulak..."

anda semua dah dapat belum perbezaan antara dua tu. CULTURE SHOCK vs CULTURE SYOK. bagi sesetengah orang, mereka merasakan bahawa berpegangan tangan berlainan jantina tanpa ada apa2 ikatan itu telah menjadi kebiasaan. maka, perkara itu yang perlu kita ubah. jangan jadikan perkara yang dilarang, pekara yang ditegah menjadi satu 'adat' dalam hidup kita.


jangan kita jadikan perkara yang menjadi kejutan dalam ketamadunan Islam, yang menjadi satu maksiat dalam hidup beragama, yang menjadi CULTURE SHOCK dalam hidup orang yang beriman TERUUUUUSSSS menjadi satu budaya kebiasaan dalam hidup serba moden, menjadi aktiviti harian dalam hidup serba kemaksiatan, menjadi kesukaan atau CULTURE SYOK dalam usaha kita menjatuhkan lagi agama Allah ini.

tangkislah segala budaya bukan Islam dalam kehidupan kita. tak salah menggunakan kemajuan yang dicipta Barat dan orang bukan Islam, tapi jangan kita gunakan 'kemajuan dalam kebudayaan maksiat' mereka untuk kita amalkan dalam kehidupan seharian. Cukuplah Islam sebagai budaya hidup kita.

wallahu a'alam.

Wednesday, July 13

Mengikat Muslim

bismillahirrahmanirrahim..

seperti mana yang semua sedia maklum, semua orang Islam di muka bumi Allah ini tertakluk kepada undang-undang Allah, tak kiralah sama ada orang Islam itu betul 'ISLAM' mahupun tidak, tak kira di negara mana sahaja pun, tak kira dalam parti politik apa sekalipun, semua berada dalam pemerintahan Allah yang syumul.

tayyib.

apa yang ana nak perkatakan ialah sebenarnya kita sebagai Muslim tidak kira bangsa, warna kulit, taraf kehidupan mahupun bahasa pengantaraan serta fahaman politik, semuanya diikat oleh satu perkara iaitu AQIDAH ISLAMIYYAH.

"DIIKAT?? KENAPA PERLU KITA INI DIIKAT DENGAN AQIDAH? BUKANKAH SUDAH TERNYATA DALAM AL-QURAN BAHAWA TIADA PAKSAAN DALAM ISLAM. SO, KENAPA KITA NI PERLU DIIKAT??"

ya, ana menggunakan perkataan 'DIIKAT' kerana semua Muslim amnya perlu tahu bahawa sebaik sahaja kita ini mengaku yang kita ini adalah penganut agama Islam, tak kira di mana sahaja, kita ini WAJIB mengikat diri kita dengan AQIDAH ISLAMIYYAH.


"apa tu AQIDAH ISLAMIYYAH? macam pernah dengar je.. sama ke dengar Islam Hadhari di Malaysia ni??"

ha.. di sini anda perlu fahamkan diri anda semua bahawa kedua-dua frasa ini adalah berlainan dan membawa maksud yang berbeza. AQIDAH ISLAMIYYAH ini adalah (dalam bahasa mudahnya) satu pengikat kepada semua Muslim di seluruh dunia, dimana semua orang Islam berpegang kepada satu pegangan dan satu ikutan iaitu ISLAM secara syumul.

semua Muslim berada dalam satu aqidah yang sama yang mana mereka ini percaya bahawa "TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH DAN NABI MUHAMMAD S.A.W ITU ADALAH PESURUH ALLAH". cara kita beribadah, kepercayaan kita terhadap Allah yang Esa, rukun Islam dan Iman yang kita imani, semuanya sama. tiada yang berbeza pun.

manakala, Islam Hadhari pula bermaksud secara literalnya ialah Islam Yang Bertamadun. take note on this. Islam yang telah dibawa oleh Nabi Muhammad 1400 lebih tahun yang lalu telah lama lengkap dan bertamadun. maka, tak perlulah kita hendak men-tamadun-kan Islam itu lagi. apa yang boleh dibuat ialah HADHARAH ISLAMIYYAH, yakni bermaksud KETAMADUNAN ISLAM yang meng-implimentasi-kan tamadun Islam yang hebat ke zaman yang serba moden ini.

berbalik kepada ikatan @ aqidah yang menyimpulkan semua umat Islam di dunia ini. "apa kaitan dan kepentingan AQIDAH ini dalam kehidupan umat seharian?"

baiklah. ana akan beri satu analogi mudah. AQIDAH ini umpama HATI manusia dan pecahan aqidah ini merangkumi semua aspek kehidupan, i.e. ibadah, muamalat, jinayat, hukum hakam..etc. semua aspek ini boleh kita kategorikan sebagai TUBUH BADAN. seandainya HATI yang telah dididik dengan betul berlandaskan syariah, maka setentunya TUBUH BADAN akan juga terdidik mengikut kehendak HATI itu tadi. fahimtum??

begitulah sedikit sebanyak bagaimana diri kita diikat dalam keharmonian Islam. bagaimana kita ini tertakluk dalam pemerintahan Allah yang sememangnya dikhaskan kepada khalifah yang dilantik di muka bumi, iaitu KITA SEBAGAI MANUSIA. maka, kita yang juga HambaNya WAJIBLAH mentaati perintahNya.



tak usah dek kerana kita ini berbeza fahaman politik, berbeza adat dan tradisi, kita berpecah belah. yang perlu kita sedar di sini ialah kita ini semua berada dalam satu ikatan UKHUWWAH ISLAMIYYAH, dan AQIDAH ISLAMIYYAH.. praktikkanlah kehidupan masyarakat ISLAM secara keseluruhan. InsyaAllah..

wallahu a'alam...


Monday, July 11

Soal Hati

bismillahirrahmanirrahim..

Saya bersama lapan lagi sahibah seusrah duduk menikmati udara malam.

"Saidina Umar dulu, pernah beliau bawa sahabat duduk dalam satu bilik dan bertanya, kalaulah kamu diberi peluang membuat permintaan, apa yang kamu minta?" Saya bersuara. Satu persatu wajah sahibah saya pandang.

"Perabot."
"Keselesaan."
"Ukhwah."

Pelbagai jawapan yang muncul, menggamitkan suasana.

"Betul, semua betul. Mumtaz." Ayat saya berhenti sebentar di situ.

"Tapi... Sahabat menjawab, aku mahu bilik ini dipenuhi dengan emas, supaya aku boleh gunakannya untuk Islam. Saidina Umar berkata lagi, buatlah permintaan! Sahabat pun menjawab, aku mahu bilik ini dipenuhi dengan berlian supaya aku boleh gunakannya untuk Islam, dan sekali lagi Saidina Umar berkata, buatlah permintaan! Sahabat bingung dan membalas, Aku sudah tidak tahu mahu berkata apa lagi wahai Amirul Mukminin, apakah permintaanmu pula?"

Wajah semua sahibah saya tatap. "Agak-agak antum Saidina Umar nak apa?"

Semua diam, menanti bicara saya selanjutnya.

"Saidina Umar pun berkata, aku mahu bilik ini dipenuhi oleh manusia yang seperti Abu Ubaydah dan Muaz bin Jabal supaya aku boleh menghantar mereka untuk Jihad!"

Sahibah senyum, mengerti makna yang tersirat.

Sumber manusia adalah lebih penting dari kebendaan!

Segala kemaksiatan dan jenayah yang berlaku rata-ratanya berpunca dari permasalahan hati. Hati yang rosak dan hitam, mana mungkin dapat merasai lagi segala dosa yang dilakukan. Sensitiviti yang ada pada hati sedikit demi sedikit hilang dek kebiasaan dosa.



Hati, Ibarat sebuah cermin.

Cermin yang bersih dan bersinar, jika kita lihat ke dalamnya dan tiba-tiba pula ada jerawat baru di wajah kita, kita pasti nampak. Kita bolehlah picit ke, letak T3 ke, :)

Tapi... Jika cermin itu kotor dan berhabuk, kita lihatlah ke dalamnya, ada jerawat 5 biji baru naik pun susah untuk dilihat. Jadi payahlah untuk kita mengesan kekotoran di wajah.

Apabila hati kotor... dosa menjadi biasa, maksiat berleluasa.

Semuanya gara-gara sekeping hati yang sudah bertukar wajahnya. Hitam, kelam, sekelam masa depan yang semakin tenggelam.

Masyarakat yang kucar-kacir, Pemimpin yang pecah amanah, Pelajar yang memberontak sini-sana, Kes bunuh diri. Dan bermacam lagi...

Semua itu berpunca daripada satu perkara : HATI

Kerana itu terdapat satu hadith:

Dalam setiap badan manusia itu ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah keseluruhannya, jika buruk daging itu maka buruklah keseluruhannya. Itu adalah HATI

Bersihkan Hati

Dosa adalah ibarat racun yang memakan diri, manakala hati pula adalah salah satu perkara yang amat sukar untuk dijaga.

Tsabit bin Qurah berkata : Kerehatan badan adalah dengan kurangnya makan, kerehatan jiwa adalah dengan kurangnya dosa dan kerehatan lidah adalah dengan kurangnya bercakap.

Berilah setiap kerehatan itu kepada diri, moga kelak hati suci kembali. Jika lalai ubatnya adalah dengan menyedari tugas yang Allah beri, Maka ubatlah hati yang penuh dosa dengan bertaubat kepada Ilahi!

Bersihkan hati, bersihkan diri. Ayuh menjadi 'sumber manusia' yang berharga untuk Islam.

sumber: ILuvIslam.com

Wallahu'alam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...