Followers

Monday, March 5

Hati Seorang Abah

bismillahirrahmanirrahim..

ABAH!

Mungkin mak lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya abahlah yang mengingatkan mak untuk menelefon kita?

Semasa kecil, mak lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja abah pulang bekerja dengan wajah yang letih abahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

Saat kita sakit atau demam, abah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa abah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untuk keluar malam. Abah dengan tegas berkata "tidak boleh!". Sedarkah kita bahawa abah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi abah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, abah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya. Maka abah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa, abah telah menghantar kita ke sekolah atau kolej untuk belajar..

Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, abah hanya mengerutkan dahi. Tanpa menolak, beliau memenuhinya. Saat kamu berjaya, Abah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu. Abah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita (anak perempuan) dari abah. Abah sangat berhati-hati mengizinkan nya. Dan akhirnya, saat abah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan kita, abah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana abah sangat bahagia. Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dengan baik. Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu abah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk. Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita.. T.T


Sumber : Facebook

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...