Followers

Monday, March 5

Surprise Untuk Emak

bismillahirrahmanirrahim..

Every year, memang aku akan peruntukan 3 hari yang utama untuk aku buat surprise. 3 tarikh tu ialah 25 Januari (birthday abah), 5 Mac (birthday emak) dan 13 Mac (birthday adik). Ok. Birthday adik aku tak buat surprise pape pong~~ haha


So this time around, I made a different surprise for my mother. Memandangkan aku pun nak exam 5 Mac (damn!!), so aku terpaksalah buat surprise hari sebelumnya, iaitu semalam. Semalam lepas study maths and EAW sikit, so pun termenung lalu bermonolog,

"apa aku nak surprise mak aku ni?? kalau nak call esok (hari nilah) macam bosan je.."

At last, aku decide untuk...

"balik jap la.. (memandang jam pukul 3 petang. untong la rumah dekat..)"

sesudah menuju balik ke Selayang dengan train KTM (yang memang selalu 'sardin' je tu), aku singgah jap ke Secret Recipe.

"adik, bagi Chocolate Strawberry cake ye.."

"slice or a whole?"

"A whole la.. Tulis ni ek."

HAPPY BIRTHDAY, EMAK!!


Setelah beberapa minit, sambil mengeluarkan handphone murah aku, aku menaip..

"Abah, amek Epit kat Selayang Mall jap. Nak bawak kek la.."

"k." Abah aku memang suka balas yang pendek2..

Sampai di depan pintu rumah apartment family aku tu, buka pintu dan ...

"Suprise!!!!!!!!!! Happy Birthday Mak......."

Mak aku yang duduk menghadap laptop sambil buat kerja tu pun agak terkesima dengan suprise itu. Dapat la peluk cium dari mak aku kan.. Jangan jeles ek~~~

Dah habis potong2 kek, makan2, gelak2.. kitorang satu family keluarlah makan kat luar. Dah nak habis makan tu, mak aku tanya,

"Nak bawak apa2 tak balik UIA??"

"Entahlah. Takde kot.."

"Nak bawak balik satay tak??"

"Ok je kot.."

Lalu kami ke Satay Kajang Haji Samuri cawangan Selayang, bungkus satay 70 cucuk and drive balik UIA. Alhamdulillah rezeki budak bilik aku la tu. Itulah! Suprise dari mak aku untuk budak bilik.. =) Anyway, Happy Birthday Emak!


notakaki : Itu je lah aku termampu buat surprise. Nanti dah sambung kat Kuantan nanti tak tau la macam mana.. Mau aku hantar kek guna courier je.. hihi

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...