Sorry la der! wa busy sikit ini minggu. Sebab apa? Banyak benda yang berlaku minggu ni. Dengan result examnyer.. (ok. ni rasa down gler!) dengan aurah awareness campaign nyer, research EAW lagi.. macam2 la orang kata minggu ni. Tu yang kadang2 tu tak sempat nak update blog tu. Kadang2 mesej pun tak sempat nak balas. Sorry la kawan2.
Tayyib. Aku nak cerita sikit pengalaman bersama imam2 muda yang bertandang kat UIA ni sempena Aurah Awareness Campaign. Actually, kempen ni mahallah sister yang buat. Tapi aku ni dijemput la untuk jadi usher imam2 muda tu. haha.. (gelak gedik sket~~) Kempen ni 3 hari. First day tu, IMAM MUDA FAKHRUL & CATRIONA ROSS datang. Pergh!! Best seyh talk malam tu. Diorang ni memang friendly habis la...
Second day aku tak join sebab tu untuk sisters sahaja. Yang third day pulak aku kene usher IMAM MUDA NAZRUL. Dia ni memang ada suara yang amat merdu. Time dia bagi talk tu, ada la dia nyanyi2 sikit. Memang terbaik suara dia. Jeles plak~~ haha
Generally, diorang ni mempunyai anak2 yang amat comel. Korang pun tau kan aku ni pantang tengok budak2 comel ni. Habis je talk, time refreshment, aku pun pulun la main2 dengan anak2 diorang tu. Memang terbaik la. Hmmm.. aku ni bila la nak dapat anak kan?? haha.
notakaki : Kahwin pun tak lagi, dah berangan nak ada anak. haha. Nak buat macam mana, calon pun takde lagi. hmm
credit to Zaidan Roslan for the pics
No comments:
Post a Comment