Followers

Sunday, November 18

10 Latest Update

bismillahirrahmanirrahim..

Post jenis ni aku tak pernah buat lagi sebelum ni sebab biasanya kalau aku buat update memang spesifik pada tajuk. This time around, aku akan campur je semua my latest update. About anything la since my last update.

1. Selamat Tahun Baru kepada seluruh umat Islam yg ke 1434H. Semoga dengan konsep hijrah yang kita hadap tiap2 tahun ni, kita benar2 implement Hijrah dari segi bahasa dan istilahnya. Harap2, apa yang kita buat hari ni lebih baik dari semalam, dan esok sepatutnya lebih baik daripada hari ni. InsyaAllah...


1.1 Kemuliaan bumi Palestin sekali lagi dinodai oleh Israel laknatullah. Tiap2 hari ada berita tentang tu. Bercucuran air mata aku tengok penderitaan diorang, saudara2 aku kat sana. Tapi, aku tak mampu nak galas senapang. Hanya doa tiap2 kali solat sahaja yang mampu aku beri. Ya Allah, bantulah mereka.. T.T

2. Minggu sudah, aku agak stress dengan pencapaian quiz Anatomy dan quiz Physiology yang tak menepati citarasa aku. Disebabkan aku ex-Perfectionist, so sifat tu masih lagi terbawak-bawak sampai sekarang. Actually, takdelah teruk sangat markah tu. Boleh la untuk beginner kan. One more thing, last day before break hari tu aku ada ngadap satu quiz ni. Agak terkejut gak sebab quiz tu soalan essay dan hanya 2 markah. 3 tajuk yang masuk. Aku pun macam, "Nak tulis apa ni weyh....!!!"

3. Program IPhA (persatuan Pharmacy kat UIA Kuantan) ni memang sangat mengujakan aku. Dengan cooking competition nya, IPhA race nya.. So, aku rasa sangat best bila aku dapat release sikit bebanan kepala aku ni dengan berprogram. Yedak??


4. Dulu aku pernah kata yang aku tak nak join program yang berat2 sebab aku ni takde transport lagi. So, aku tak nak la menyusahkan kawan2 aku atau sesapa pun, walaupun diorang sudi disusahkan kan.. But then, yang terbaru ni aku dipilih untuk jadi Secretary untuk program Family Day under Kulliyyah of Pharmacy. Mula2, aku agak macam.. "Secretary lagi.. Dah masuk 4 kali dah ni..". Tapi bila dah lama2 tu, aku makin teruja nak bekerja sebab environment aku dah jadi lain, dan aku menghadap orang2 baru dengan perangai2 baru.. =)

5. Pada sapa2 yang tak tau, aku pakai Blackberry Bold 9700 sekarang. Actually, dah lama dah aku pakai. Sebelum masuk UIA Kuantan lagi. Cuma, aku baru pakai BIS (Blackberry Internet Service), so ada la internet kat BB aku tu sekarang. Kalau tak, sebelum ni aku pakai phone tu untuk mesej dan call saja. Memang tu je la kan function dia kan.. haha.. Anyway, credit to 'Izzuddin Zamery yang urge dan bantu aku untuk pakai BIS tu.. Thanks yeah!!


5.1 Lagi satu, BB aku buat hal hari tu, entah kenapa ntah boleh ter-off time nak update OS. So, aku ter-lost semua contact number aku. T.T Tinggal number parent aku je la yang ada. Nasib baik number je. Yang lain ok lagi. Tapi tu pun dah kira parah dah tu. So, pada sapa2 yang baca ni, boleh la hantar2 number korang kat aku, kalau korang sudi la kan.. hahaha.. (tacing sket..)

6. Hari tu, mak aku nak belikan jam baru untuk aku. Mula2 tu aku agak teruja jugak la. Jam baru weyh!! Sapa tak nak kan..?? Tapi bila mengenangkan yang aku ni dah banyak kali menyusahkan parent aku dari segi kewangan ni, so aku just buat muka not interested la walaupun dalam hati hanya Tuhan yang tahu kan.. Aku memang suka pakai jam, cuma jam aku yang dulu tu dah rosak. Tu yang tak pakai tu.. Takpe lah. Banyak lagi benda yang boleh dibuat dengan duit 300-400 tu.. =)


6.1 Oh ye!! Duit JPA dah masuk. Alhamdulillah. Aku ingat sem depan baru masuk. haha. Tapi, aku selalu ingatkan diri aku yang duit tu bukan untuk joli sampai habis. Aku kene fikir jauh sikit. Nak suka2 sikit takpe, cuma jangan melampau la kan.. Aku kene bahagi duit tu untuk yuran, sara hidup aku, simpanan untuk parent aku, simpanan untuk aku, dan macam2 lagi la.. InsyaAllah, boleh!!

7. Latest person in my close-friend list now is 'Izzuddin Zamery. Ni aku cakap terang2 je. Kenapa jadi close friend? Entah la. Best pulak jadi member dia. Most of my close friends ada keunikan depa tersendiri. Termasuk la mamat ni. Tapi, aku selalu ingatkan diri aku yang "Benda yang cepat dapat, biasanya akan cepat hilang juga..." Aku agak cuak dengan statement ni sebab dulu aku ada member macam ni juga, dan dia menghampakan aku.. T.T Kerna aku amat menghargai sebuah persahabatan..

8. Dah bincang2 dengan family aku hari tu, insyaAllah depa kata boleh lah diusahakan untuk aku dapat transport sendiri. Sebenarnya, aku AMAT malu nak mintak bantuan orang ni, walaupun dengan parent sendiri. Tu la perangai aku sebenarnya. Kalau aku boleh buat sendiri, aku akan buat sendiri dulu. Kalau aku boleh naik bas, aku akan naik bas.. Tapi tu la kan.. Kat UIA nuh, aku akan menyusahkan member2 aku pulak. Haish.. Tak suka la menyusahkan orang ni..


9. Perangai aku kat UIA Kuantan dah makin menjadi-jadi pulak. Sebab? Aku makin nakal menurut sahabat2 aku kat sini. Terkesima sebentar. NAKAL = JAHAT ke? Tak kan...? Aku akui yang aku agak nakal, amat BERBEDA sekali dari di CFS dulu. Entahlah kenapa. Aku pun tak sure. Aku cuba nak improve. Ambil semangat Hijrah ni sikit. Takut ada pula yang rasa, "Annoying gila mamat ni..." 

10. Aku makin busy di UIA Kuantan. Bukan sebab program (atau pun belum lagi..). Tapi aku busy dengan study style  nya yang agak susah aku nak cope. Kalau kat CFS dulu, apa yang aku belajar hari ni, aku boleh revise esoknya. Tapi di sini, hari ni belajar, hari ni jugak kene revise. Aku yang jenis lambat pick-up dalam study2 ni agak berpotentsi untuk jadi zombie la kot.. haha.. Anyway, aku mohon yang terbaik la dari Allah.. =)

tu je kot aku punya update. Kalau korang rasa macam nak juling baca tu, mintak maaf la ye..

footnote : Dan aku juga makin sensitif. Dunno why?? Hmmm...

3 comments:

Unknown said...

amboi... tu diaaaa...... dah pakai BB habaq weii..

Abe Mat Slekeh said...

o.0 masalah mamat ni hahahaha

Anonymous said...

o.0 problem mamat niiiiii jom shopping !!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...