Aku ternampak video ni di facebook dengan tajuk yang sebegitu, maka aku pun usha la. Korang pon bolehlah tengok2 dulu..
Komen..??
Pelik..? Aku pun rasa pelik mula2. Tapi jangan terus hentam sister ni. Mungkin dia ada dengar kat mana2 pasal benda ni. Atau ada ostad2 yang ajar dia. Hormati pendapat dia. Jom kita dengar kata Ustaz Azhar Idrus pulak pasal ni..
Ni pulak pandangan aku.
1. Sebijik bateri dalam jam tangan tu kita kenali sebagai lithium battery. Kandungan dalam lithium battery atau mana2 bateri sekalipun ialah metal atau keluli. Ada yang boleh di-cas semula dan ada yang tak. Ada jenis bateri yang mengandungi cairan besi dan ada yang berbentuk rod. Korang boleh google mana2 struktur dan kandungan sebijik bateri. Maka, sebijik besi (cair mahupun rod) tidaklah mungkin dibuat daripada unsur yang haram. Dan ia tidak dikategori sebagai najis ye..
2. Ramai antara kita ini tidak berapa arif dengaan penggunaan perkataan "Alcohol" itu. Aku tak salahkan korang yang tak berapa tahu. Penggunaan alcohol dalam bentuk minuman atau dalam apa2 saje bentuk yang boleh memabukkan si pengguna adalah haram, dan obviously akan membatalkan solat korang.
TAPI, ia tak membatalkan sekiranya alcohol tu tidak dimakan atau diminum. Satu lagi fakta yang perlu kita semua aware ialah alcohol yang manusia mampu minum/makan/consume ialah Ethanol (C2H5OH). Ethanol ialah SATU2NYA alcoholic beverage yang boleh memabukkan. Kalau korang ambil Methanol ke, Propanol ke, Butanol ke, apa2 -nol yang lain tu, ia tak memabukkan. Tapi ia akan mempercepatkan proses kematian korang. #hehe
Maka, aku boleh conclude-kan kat sini bahawa pemakaian jam ketika solat itu harus. TAPI, sekiranya jam itu menyebabkan korang lalai dan tak khusyuk, sila letak jam tu kat tepi. Mana la tau, korang khusyuk sangat tengok jarum jam tu bergerak. Terus tertinggal imam dekat depan. haha.
Dan macam sister dalam video tu cakap, ada ulama yang pandai meletakkan microphone yang mengandungi bateri ke atas sejadah dan tak menggunakannya. Bagi aku la, ulama tersebut mungkin berasa tak selesa dengan pemakaian microphone yang berwayar tu.
Sapa2 yang pernah menjadi imam dan guna microphone macam tu, pasti rasa tak selesa. Sebab apa? Microphone tu mengganggu pergerakan solat dengan wayarnya yang panjang. Ada yang terpijak wayar tu, ada yang terlepas, ada yang kuat sangat. Bunyi bingit. Kan dah mengganggu imam dan makmum. Maka, untuk mengelakkan benda tu terjadi, ulama berkenaan mengelak daripada menggunakan microphone tersebut.
Oh ye. Korang boleh google jugak tentang content post aku ni. Aku post ni pon berdasarkan ilmu kimia yang aku tahu dan aku google jugak on certain points. tq.
notakaki: Mungkin sister yang dalam video ni mempunyai bateri yang diperbuat daripada najis lembu. Organik gitu. Jaga environment sangat.. =)
2 comments:
Nice post..sis tu mengibaratkan seperti tanggalkan pundi kencing b4 solat kerana air kencing itu najis..so,xsah solatnya..sekian
kadang2, ramai antara kita ni yg terlalu byk berfikir, tanpa merujuk kpd yg lebih berpengetahuan. bila da jd mcm tu, benda2 mcm ni selalu la berlaku...
Post a Comment