Followers

Friday, August 3

Jahat-Jahat Pun, Masuk Syurga Jugak!!

bismillahirrahmanirrahim..

Tibanya 15 Ramadhan ni, kita makin bersemangat. Bukan menghitung hari untuk Syawal. Mungkin juga. Tapi yang lebih penting ialah untuk mengejar Lailatul Qadar. InsyaAllah.

Bercakap tentang Ramadhan ni, aku teringat akan satu peristiwa di mana aku pernah menegur saudara seaqidah yang mana beliau ni tak berpuasa di siang hari Ramadhan. Dah alang2 menegur tu, aku berceritalah sekali tentang kemuliaan Ramadhan dan ganjaran syurga yang Allah bagi untuk mereka yang beribadah. Aleh2~~

"Alah.. Aku jahat2 pun, masuk syurga jugak. Semua orang Islam kan masuk syurga gak nanti.."

Waduh2... Pedas kok jawabannya. Terkedu sebentar.

Betul tu. Semua orang Islam akan masuk syurga selagi mana dia tak menyekutukan Allah. Dan haram bagi orang kafir untuk beroleh syurga tak kira banyak mana kebaikan mereka.

MASALAHNYA...

Orang Islam zaman la ni, perangai mengalahkan orang kapir. Dengan minum arak, seks bebas, mencuri, rasuah, fitnah, etc.. Aku rasa orang kapir sendiri pun tak buat benda2 tu. Kadang2 aku merasakan yang sesetengah orang Islam kita ni lagi 'kapir' dari orang kapir. Yedak??

Sebelum kita boleh claim yang syurga tu kita punya, kita ni kena dicampak dulu dalam neraka. Yelah, dosa bertimbun takkan boleh masuk syurga camtu2 je. Btw, panasnya api neraka tu bukan macam hot shower yang kita selalu mandi tu. Bukan juga macam api Bunsen Burner kat dalam makmal yang kita guna tu. Tapi, wallahu a'alam. Allah saja yang tahu panasnya macam mana. Aku nak describe pun bukannya aku penah ziarah neraka tu macam mana, kan??

Muhasabah Sikit

1. Layakkah kita dapat syurga free dengan dosa yang banyak ni? Kalau tak dengan Rahmat Allah, kita ni tak jejaknya syurga tu..

2. Layakkah kita dipanggil orang Islam kalau semua benda yang Allah suruh kita tak buat? Apa guna mengaku Islam kalau tak berkelakuan seperti Islam, kan?

3. Layakkah kita kata yang syurga tu kita punya kalau kita sendiri pun tak tahu yang kita ni mati dalam keadaan beriman ke tidak?? Kita tak tengok permulaan dan pertengahan, tapi kita tengok pengakhiran..


Dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sekalian umatku akan masuk syurga kecuali orang yang enggan.” Sahabat-sahabat Baginda bertanya: “Ya Rasulullah, siapakah orang yang enggan itu?” Baginda menjawab: “Sesiapa yang taat kepada ku akan masuk syurga dan sesiapa yang derhaka kepada ku maka sesungguhnya ia telah enggan.” (Riwayat Bukhari)

notakaki : Jangan nak berangan syurga kalau perangai macam orang neraka... #sedikitpedas

2 comments:

Farhana Fakhira said...

pedas, tapi betul, thanks for the reminder nazrin :)

Nazrin Syafiq said...

insyaAllah, sama2lah kita beringat ya..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...