Followers

Thursday, January 31

Blackberry 10

bismillahirrahmanirrahim..

Dulu aku selalu dengar2 member aku, Abi Judeen pernah cakap pasal Blackberry nak keluarkan satu phone full touchscreen yang baru, so aku pun macam teruja la kan nak tau. Actually, aku ni bukan lah penggila Blackberry pon. Just nak tau macam mana rupanya and how Blackberry maintains its identity and features kan...

#gadget

So, cari punya cari. Maka berjumpa lah aku dengan BB baru ni. Namanya : BLACKBERRY Z10. Full touchscreen. Panjang. (hahha..) Not bad la. Android. Nice.







Cane, guys??!! Mungkin penggemar BB atau penggemar smartphones akan suka dengan BB Z10 ni. Tapi, ramai pengguna BB sekarang ni akan mengeluh tentang hilangnya satu identity BB, iaitu QWERTY physical keypad. 

"Takde feeling la type secara MAYA ni.. Dapat tekan baru ada feeling sket..."

tak pun...

"Jari I besar sangat la nak tekan2 screen ni. Takut tertekan dua huruf. Kalau keypad keras tu, boleh la I rasa kan...."

Ok. Tu agak problem kepada yang dah biasa tekan keypad kan.. (macam aku.... haha). No worries, guys!! BB akan keluarkan satu lagi model yang dinamakan BLACKBERRY Q10. Depa announce dua2 BB ni serentak, tapi yang ada kat market sekarang ni hanyalah BB Z10. "BB Q10 akan ada di pasaran by April", kata depa. Bagi sapa2 yang dah biasa dengan keypad 'keras' tu, boleh la tengok BB Q10 tu. hehe 



Aku just sharing dengan korang pasal BB ni. Kalau korang minat, pandai2 la kan. haha.

notakaki : Aku tak tau la sejak bila aku minat dengan BB ni. Maybe lepas aku kenal BB ni dengan detail kot. Dulu takde la minat sangat. Biasa2 je. Tapi sekarang, NICE!! =)

Wednesday, January 30

#syukur

bismillahirrahmanirrahim..

Seperti biasa, tiap2 kali result exam semester keluar semua orang akan gundah gulana, tak senang duduk dan macam2 feeling. Same goes to me.

Result yang patut keluar pukul 12 tengah malam tadi tak membuat aku teruja pun nak bukaknya tengah malam tu. Aku update post ni pun sejurus aku tengok result tu. Dan seperti biasa sebelum2 ni, aku tak pernah nak sorok2 kan result aku. Tak kesah la baik mahupun teruk. Tiap2 kali dapat result semester, aku akan post kat blog. huhu

Result kali ni aku tak expect tinggi sangat dan alhamdulillah, aku dapat yang 'tak tinggi sangat' tu... haha.. adoi. Bagi aku, takpelah. Itu kiranya menjadi kayu ukur tahap pembelajaran aku di peringkat degree ni.. Dan aku masih lagi tercari2 lagi method belajar yang ideal untuk diri aku sendiri. Mungkin pada awal2 semester tu aku banyak main-main dan tak ambil berat sangat pasal kuiz.. hmm.. takpelah

Let bygone be bygone, right??


Ulasan aku untuk result kali ni...

1. Start dengan study circle. Aku rasa ramai yang dapat result sama macam aku sebab naqib aku sangat sempoi. haha

2. Islamic Input. hmm.. Bagi aku subject yang agak bosan dan aku start study pasal subject ni bila nak exam final. Memang tak masuk semua la kan. Nota nya BAAAAAANYAK sekali.

3. Anatomy &Histology. Hmm. Aku tak expect aku boleh score sebab agak payah la. Paling payah bagi aku ialah OSPE and MCQ. Banyak aku bantai je.. huhu

3. Physiology. Aku target tinggi sket sebenarnya. Dalam A- ke... Tapi takpelah. Aku bersyukur je dapat B+.

4. Physical Pharmacy. Banyak mulut2 dan khabar angin yang mengatakan bahawa subject susah nak score.. Hmm. Agaklah.. Bagi aku, soalan nya takdelah susah sangat. Kiranya boleh jawab la.. Tapi mungkin apa yang aku jawab tak bertepatan dengan apa yang soalan dan examiner nak..

5. Pharmacy Practice. Aku bersyukur sangat dapat B+ sebab aku target rendah lagi.. Sebab?? Yela... Bila keluar exam hall, ada la mulut2 yang suka duk bincang jawapan kan.. Bila aku dengar, "Banyak giler aku salah...T.T" Plus, aku punya practical dan report banyak yang tak lengkap. So, aku bersyukur sangat...

6. Tilawah. Aku target A. Tapi dapat ni je.. Syukur je la

7. UNGS ni... hmm.. Aku rasa pelik sikit dengan cara Lecturer bagi markah. Aku check carry mark aku. Tengok markag bahagian, Participation : 3/5... Tanya member yang lain, 5/5... 0.o I was like... "Mengapakah...?" Not fair aku rasa sebab aku rasa aku dan member aku tu takdelah ber-ia sangat dalam kelas kan.... hmm... Takpelah. Mungkin ada la tu cara dia bagi markah..

Overall, Alhamdulillah. Bersyukur sangat.. Aku tengok CGPA 3 ke atas pun kira syukur sangat. Untuk next semester, kene work hard lagi untuk memburu ilmu. =)

notakaki: Best pulak kalau belajar sebab ilmu ni.... =) tak rasa menyesal sangat..

Monday, January 28

Cuti 3 Minggu Yang 'Awesome'?

bismillahirrahmanirrahim..

"Kejapnya cuti. Cuti 3 minggu macam 3 hari je.. Banyak lagi benda nak buat kat rumah..."

OK. Ayat ni sangat klishe' dan selalu sangat aku dengar (mungkin jugak selalu aku guna). Tapi cuti kali ni aku rasakan sesuatu yang lain. Buat pertama kalinya, aku rasakan bahawa cuti 3 minggu kali ni bagaikan 3 bulan!! o.0

#pelik

Aku tau. Nampak pelik. Tapi itulah yang aku rasakan. Rasa lama sangat. Bukan tak suka duduk rumah. Tapi kalau duduk rumah dah bosan, makanya memang suka sangatlah nak duduk UIA kan. haha. Plus, aku tak sabar nak tunaikan 'tanggungjawab' kat UIA tu. (orang yang berkenaan, sila terasa. hahaha)

Ok. Itu cerita pasal cuti. Aktiviti aku waktu cuti ni :

1. Takde pape pon yang hebat2. Hidup orang bujang. MAKAN. TIDO. ONLINE. MAKAN. TIDO. ONLINE. And the cycle goes around. Plus, aku mungkin menghadapi saiz berlebihan bila naik cuti ni. hahah


2. Pasal kerja aku kat UIA bawak balik kat rumah pulak. Memandangkan aku ni SU untuk program kat UIA nuh, makanya ada la kerja taipmenaip kan. Plus, cuti ni aku cuba belajar After Effects dengan mahaguru YouTube. haha. Tapi apakan daya. Tersangat lah pening kepala aku belajar benda alah tu. Maka, aku stop kejap. Mungkin aku kene cari mahaguru yang lebih 'hidup'. haha

3. Oh yeah!! Dalam cuti ni jugak, first time aku join meeting online kat FB. And bagi aku agak efficient kalau berjauhan kan. Tapi sebetul2nya, aku rasakan meeting online ni macam takde feeling nak meeting. Sebab? Kalau kita meeting berhadapan, kita boleh tengok muka ahli meeting tu dan dalam masa yang sama, kita boleh tafsir ayat dan riak wajah seseorang tu dengan lebih tepat. Maka, meeting akan lebih efficient.


4. Dalam cuti ni jugak, aku ada sedikit emosi dan perasaan yang macam2 berlegar dalam badan aku ni. Sedikit affect my daily life. Tapi aku suka perasaan tu. Plus, cuti ni aku kerap shopping and ada belikan something as a surprise. So, watch out!! hahah

5. Lastly, aku dah tukar line kepada celcom. Nombor still sama. Aku dah citer dalam previous post. =)

Cuti pun tinggal kurang dari seminggu je lagi. So, aku kene siapkan la keje mana yang tak setel lagi dan cuti kali ni, aku tak dapat la nak melancong mana2 macam dolu2 kan. Barangkali waktu Sem baru nanti aku akan melancong. haha. Mampooo??

notakaki : Internet slow, so tak dapat nak update selalu..

Monday, January 21

Kini Aku UOX

bismillahirrahmanirrahim..

#CelcomUser

Kini aku dah berhijrah dari Maxis kepada Celcom New UOX. Nombor masih sama, tapi line sahaja yang bertukar.


Actually, aku dah lama berniat nak tukar Celcom ni. Sebelum masuk ke UIA Kuantan lagi. Tapi hajat aku tu terbantut sebab bila aku pergi kat Celcom punya kedai2 tu, depa kata kene tunggu masa seminggu untuk dapat kan line Celcom tu.. haish.. X MAMPOOO la aku nak tunggu lama2 gitu kan..

Maka hasrat aku tu pun terkubur seketika.. =(

Tapi bila sampai kat UIA Kuantan nuh, keinginan aku tu semakin membuak-buak sebab line maxis memang SELALU takde kat dalam bilik aku tu. #sedikitgeram!! Mana tak nya.. Satu langkah masuk ke bilik aku bersamaan dengan satu bar network line berkurang. Makin dalam aku masuk bilik, maknanya makin hilang la network aku. Sampai atas katil, SOS!! Sabar je la


So, aku ambil keputusan untuk tukar line. Sekarang I'm a CELCOM Family member. =) Makanya, sapa2 yang nak call or mesej tu, boleh la amek calculator awal2. Kira la berapa duit yang korang kene prepare untuk bayar tu.. muahaha.. #evillaugh

Kalau taknak kene deduct duit tu, boleh la contact through WhatsApp.. haha..

notakaki: Terima kasih pada yang berkenaan kerana memberi aku dorongan dan sokongan untuk aku tukar celcom ni.. Arigato Gonzaimas!! =)

Tuesday, January 15

Listen, Listen, Listen!!

bismillahirrahmanirrahim..

#listen

Trend baru di Twitter. Pada mulanya aku pelik tengok orang duk heboh pasal 'Listen' ni. Kat wall Facebook apatah lagi. So, aku cuba la explore kat Youtube.. Moh le tengok dulu..


Apa komen korang?

Bagi aku, Bavani tu mungkin sedikit tidak respek pada si Sharifah tu. Tak respect in a way that dia sepatutnya memberi hujah dalam keadaan yg tenang je, toksah la emo2 depan orang tua kan. Perlu tunjukkan kematangan ketika berhujah..

Dan si Sharifah Zohra Jabeen tu SEPATUTNYA perlu lebih professional dalam mengacarakan majlis. Dia sebagai moderator perlu tahu cara berkomunikasi dengan baik bersama audience. Tambah2 lagi, dia  merupakan seorang yang berpangkat; Pengerusi Suara Wanita 1 Malaysia. Malu lah kak Mah dengan abang Najib kalau ada kuncu2 depa macam ni kan.. Beliau tidak seharusnya menarik mikrofon begitu sahaja dan semoleknya mendengar terlebih dahulu hujah Bavani sampai habis.. Bukannya duk mengira perkataan..

LISTEN... LISTEN.. LISTEN... LISTEN....

No respect to audience at all!!

Aku hanya bercakap mengenai tatasusila dan adab depa2 ni sebagai manusia terhadap manusia lain. Bukan nak bercakap pasal fakta2 yang depa duk hujahkan tu. Fakta2 ni aku malas nak ulas. Betul ke tak itu antara mereka. Kan...?

Above all, Respect Others! Then, people will respect you~~

notakaki : Jaws itu bukan Jerung. In English, we call it Shark! hahaha

Sunday, January 6

DC 16th: The Eleventh Striker. Nice!!

bismillahirrahmanirrahim..

Ok.. Aku rasa aku lah fan Detective Conan yang paling lambat tengok movie yg ke-16. T.T Kesian tak kat aku?? huhu


Actually aku dah tunggu lama dah sejak DCTP announced yang movie ke-16 nak keluar bulan 10 hari tu. Tapi bila aku buka, depa habaq yang DCTP ada masalah teknikal. Cis!! Kenapa aku tunggu DCTP punya, padahal kat website lain semua dah keluar yang boleh tengok online?? Sebab DCTP punya ada English subtitle. Senang la nak tengok kalau ada subtitle kan. =) And aku tak suka tengok online. Tak boleh nak ulang2 tengok... haha

Anyway, dengan kelajuan maksima broadband aku, lantas aku men-download lepas depa release-kan movie ke-16 tu. Kejap giler aku donwload. Dalam setengah jam siap dah. Mungkin kurang. haha



Then, dalam ketenangan hati, aku pun menonton la movie tu. My comments were:

1. Overall, Nice!! Aku suka giler. Pack with action
2. Family and friendship values yang tinggi
3. Dan lagi sekali aku tak dapat nak rungkaikan sapa penjenayah di akhir cerita tu.. haha.. Actually, tiap2 kali cerita tu aku cuba make an intelligent guess tentang culprit. Tapi tewas!! huhu
4. Football skill yang best. Dan skill2 depa tu SANGAAAAT HYPERBOLA!! haha
5. Macam biasa, ada part2 yang amat lawak!! Tergelak sorang2 aku depan laptop.. haha

Pada korang2 yang tak tengok lagi tu, sila la tengok cepat2 sebelum movie ke-17 di-release-kan. haha.. Sapa2 yang dekat2 dengan aku tu boleh la copy movie ni dari aku je... (baik x?? :P)


Oh yeah!! Next movie is DC 17th Movie: Private Eye in the Distant Sea.. Tak sabar lak nak tengok. Tapi kalau tengok gayanya macam cerita pasal kapal2 dan laut2 lagi. Macam movie DC 9th: Strategy Above the Depths. hmm.. Pape pon, tunggu je la kemunculannya bulan 4 ni!! Watch out!!

notakaki: Kipas-susah-mati DC movie~~ haha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...