Followers

Friday, February 26

kenapa Muhammad diiktiraf sebagai Rasulullah?

bismillahirrahmanirrahim..

siang tadi, ana ada join satu majlis ilmu kat masjid berdekatan ngan rumah ana. so, ana nak kongsi la sket apa yang ana dapat tadi.

dalam satu hadis yang hasan sanad yang ringkas, Abu Umamah bertanya kepada Rasulullah, "ya Rasulullah, mengapa kau dipilih sebagai nabi?" then, nabi membalas, "da'ahu abi Ibrahim (ini berkat doa bapaku Ibrahim)"...

kalau diteliti hadis ini, kita mesti tertanya2, kenapa nabi jawab "BAPAKU IBRAHIM".. kenapa tak "BAPAKU ABDULLAH".. sebenarnya, jawapan nabi ini merupakan serampang dua mata kepada pemilihan baginda sebagai Rasulullah.. sewaktu nabi ALLAH Ibrahim dan Ismail membina Kaabah, baginda khuatir kalau sekiranya Kaabah akan dicemari oleh dosa2 manusia dan maybe akan diruntuhkan. so, he prayed to ALLAH, "ya ALLAH, Kau kurniakanlah dari keturunanku ini seorang nabi akhir zaman yang akan memelihara Kaabah ini. maka, termakbul la doa nabi Ibrahim ini..

tapi, bila nabi da dipilih sebagai Rasulullah, orang yahudi tidak bersetuju dan membantah dengan pemilihan tersebut. sebab diorang beranggapan bahawa nabi akan dipilih dari puak yahudi. so, bila Muhammad dipilih dari kalangan orang arab, diorang tak puas hati and sebab tu orang yahudi tak suka nabi Muhammad. pasal jawapan nabi "BAPAKU IBRAHIM" tu, sebenarnya... nabi Ibrahim mempunyai dua isteri, siti Hajar dan Siti Sarah... hasil perkahwinan dengan Siti Hajar, baginda dapat Nabi Ismail yang akhirnya sampai ke keturunan Nabi Muhammad.. ngan Siti Sarah palk, dapat nabi Ishak. Ishak plak berkahwin dan dapat nabi Ya'kub. dan dari Ya'kub, dapat keturunan yahudi. actually, Ya'kub dalam bahasa lama disebut sebagai Israel. so, Israel tu merujuk kepada nama orang, bukan bangsa... maka, orang yahudi sepatutnya mengiktiraf nabi Muhammad kerana mereka dari keturunan nabi Ibrahim..



Nabi Muhammad sebenarnya perlu diiktiraf sebagai Rasulullah oleh penduduk dunia. bagi orang Islam, dah pasti kita kene mengiktiraf baginda dan membenarkan ajarannya. bagi orang kristian plak, nabi Isa dah berjanji kepada orang Nasrani ketika itu bahawa akan ada seorang nabi akhir zaman yang diutus dari kalangan bangsa arab dan mereka perlu mengikutinya. kalau orang Nasrani atau kristian ni taat kepada nabi mereka, maka mereka perlu mengikut apa yang diperintah kepada mereka. janji ini ada disebut di dalam al-Quran.. so, kristian perlu mengiktiraf Islam sebagai agama kebenaran..

maka, dah terbukti lah bahawa nabi MUHAMMAD perlu diiktiraf sebagai Rasulullah dan segala apa yang disampaikan oleh baginda perlu dilaksanakan dan diamalkan..

wallahu a'lam...

Thursday, February 25

MUHAMMAD: Manusia Unggul

bismillahirrahmanirrahim..

menjelangnya tarikh 12 rabi'ul awal ni, tak sabar rasenye.. bukan ape, tarikh ni la yang ana rasa special sangat sebab tarikh tu merupakan tarikh seorang manusia yang unggul kat muka bumi ni dilahirkan. tapi yang sedihnya, bila ditanyakan pasal tarikh ni.. ramai yang tak tau.. sedangkan tarikh ni la yang da mengubah dunia kita ni.

tanggal 12 rabi'ul awal, tahun gajah, lahirnya seorang insan yang mulia ke bumi ini. baginda diputerakan dalam keadaan yatim dan dalam kehidupan yang baik. baginda dipelihara oleh ibunya dan datuknya sebelum diserahkan kepada pakciknya. baginda telah menerima Khadijah sebagai isterinya pada usia 25 tahun dan telah menerima wahyu pertamanya di Gua Hira' pada usia 40 tahun..

baginda telah melalui pelbagai ancaman dan dugaan yang sangat hebat dalam menyampaikan seruan Islam dari Ilahi. segalanya diharungi dengan penuh kecekalan dan kesabaran. diancam bunuh dan sebagainya. pernah kah kita mendapat sehebat begitu dalam menyampaikan dakwah Islamiyah??? ana tak rasa ada di antara kita ini yang mendapat tentangan sedemikian. lihat betapa unggulnya nabi kita ni.

walaupun dalam keadaan begitu pun, baginda masih tetap dalam misinya. yang penting, baginda dapat menyebarkan agama Islam.. hasilnya, hampir 2/3 dunia telah Islam takluki. takluk di sini bermaksud seruan Islam telah sampai ke hati nurani manusia sekalian untuk menerimanya.. alangkah hebatnya perjuangan nabi kita ni.

lengkap dengan sifat mahmudah yang sangat tinggi, khatimul anbiya' ini patut menjadi qudwatul hasanah (sebaik2 ikutan) oleh sekalian manusia... maka, apalah salahnya untuk kita meluangkan masa untuk nabi kita yang telah berjuang menyebarkan Islam selama 23 tahun.. ayuhlah kita berselawat kepada baginda agar kelak, di akhirat baginda akan ingat kepada kita dan mudah2an kita mendapat syafaatnya kelak..

"allahumma solli 'ala saiyidina muhammad, wa 'ala alihi wasohbihi wabarik wasallim"

wallahu a'lam...

Sunday, February 21

khilaf mengajar erti kehidupan..

BismIllahirRahmanirRahim...

semua manusia pernah melakukan kekhilafan atau kesalahan. kalau nak kata dosa tu, tipu la kalau x pernah buat. sama juga macam ana. bagi ana, dosa itu merupakan balasan daripada ALLAH untuk diri ini atas kesalahan yang dilakukan. tapi, ana juga tengok dosa ni dari perspektif yang lain. ana tengok dosa ni sebagai satu pengalaman yang mengajar erti hidup..

biar ana ceritakan serba sedikit tentang diri ana yang bertimbun dengan dosa ni. kalau la dosa tu boleh ditimbang kat dunia ni, rasanya nak patah bahu ni pikul dosa yang begitu banyak. dosa masa lampau tu ana jadikan sebagai pengajaran untuk diri yang jahil ni. sebelum ana jadi seperti mana ana sekarang, ana banyak bergelumang dengan dosa. bukan nak kata ana ni baik atau mulia ke apa ke... cuma mungkin lebih elok dari sebelumnya kot.. benda ni bukan nak riak atau nak buka pekung di dada.. sekadar berkongsi pengalaman ana supaya apa yang kita dapat ni, boleh dijadikan iktibar..

sebelum ni, ana merupakan seorang yang nakal. boleh dikatakan nakal la. ana dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan disiplin dan kehormatan. ana mempunyai ibubapa yang amat penyayang. dipendekkan cerita, mereka ni boleh dikatakan garang la. kadang2 tu marah sampai naik kecut ana dibuatnya. yalah.. kalau dah buat salah, sapa yang tak marah. kalau ana pun mesti marah punya. tak gitu??? so, ada sekali tu, ana terikut2 perangai rakan mengaji ana yang ponteng kelas mengaji. biasanya, lepas kelas mengaji tu, ana terus pergi sekolah. ana sekolah sesi pagi, so, kelas mengajinya lepas subuh la..

ada sekali tu, makcik tu lambat buka pintu(maybe tak dengar kot..), so ana macam malas nak attend kelas ngaji ari tu.. so, ana terus la pergi sekolah agama. waktu tu, ana darjah 2 kalau tak silap. sejak ari tu, ana tak attend kelas ngaji. setiap kali parent tanya, ana cakap yang ana pergi. sampaila ana darjah 6, diorang tanya, bila nak khatam ngaji ni??? so, ana dah macam tak tentu arah. dah takda idea nak cakap. so, ana cakap la yang makcik tu lambat sangat ajar. ana suggest la, apakata ana berhenti je??? parent ana pun bagi respond baik, so jalan la... sejak ari tu, ana rasa tak senang sebab dah tipu diorang.

one day, ana pergi mintak maaf kat diorang and tell them from the top till the end. so, apalagi... marah sakan la diorang kat ana. tapi, ana sedar yang diorang marah sebab ana gak yang carik pasal. sejak ari tu, ana terus berubah jadi seperti sekarang. dari seorang yang tak solat kepada yang dah mula fikir pasal keutamaan fardhu ain dan kifayah. kalau nak diikutkan, dulu ana banyak kali tinggal solat. boleh dikatakan, ana solat sekali je sehari. itupun maghrib, time sebelum nak makan. subuh jangan nak kata la.. punya la malas nak solat. zuhur ngan asar da sah2 la tinggal sebab kat sekolah. isyak jauh sekali. nampak je bantal, terus lentok. jahiliah betul ana waktu tu.

tapi, alhamdulillah, ana dah mula berhijrah sedikit demi sedikit. bukannya sekaligus. takda orang yang berubah secara mendadak begitu. perubahan merupakan proses yang slow, tapi ada progress. ana nak serulah, kepada sesiapa yang pernah atau sedang melalui apa yang ana pernah rasai dan alami atau yaang sewaktu dengannya, ayuh la kita sama2 pohonkan setinggi taubat kepada ALLAH TAALA. kita pinta dan merayu agar segala apa dosa dan kekhilafan yang pernah kita lakukan mendapat pengampunanNYA yang maha luas..

"ALLAH MEMBENTANGKAN TANGANNYA PADA SIANG HARI UNTUK MENERIMA TAUBAT ORANG YANG MELAKUKAN DOSA PADA MALAM HARI. DAN ALLAH JUGA MEMBENTANGKAN TANGANNYA PADA MALAM HARI UNTUK MENERIMA TAUBAT HAMBANYA YANG MELAKUKAN DOSA PASA SIANG HARI."

wallahu a'lam..

Saturday, February 20

penghargaan buat sahabat...

bismillahirrahmanirrahim..

suatu ketika...
ana terfikir..







andai ditakdirkan mereka tiada di sisi seperti dahulu...







mungkinkah ana akan berdiri seperti ini..

memandang ke hadapan..

melihat masa depan yang cerah..







bersama menggapai redha Ilahi..

di dalam hidup yang fana ini...







ya ALLAH..

Kau kurniakan lah kepada mereka kekuatan untuk menghadapi hidup ini..

moga dengan rahmatMu..

mereka berada dalam keadaan iman yang mapan kepadaMu..

kurniakan kepada mereka segala kebaikan dan murahkan rezeki mereka...

kerana sudi membantuku sebagai seorang sahabat..

ya ALLAH..

berkatilah hidup mereka..

yang bergelar..

sahabat....













AMIIIIIN......

Thursday, February 18

kawan dan sahabat...

bismillahirrahmanirrahim..

pertemuan dengan seseorang yang kita rapat dan mesra memang amat membahagiakan. apatah lagi orang yang kita jumpa itu orang kita sukai. tapi ingat cinta kita ini tidak boleh terbanding dengan cinta dan kasih kita kepada Pencipta kita. itulah yang ana rasai semalam. sedang ana syok2 keje kat dalam kaunter, tiba2 seorang kawan lama ana datang. nama dia Mustain (mus). dia ni kira rapat gak la ngan ana. tak sangka gak. dah lama dah tak jumpa. kitorang sama sekolah menengah dulu masa kat smk ideal heights sebelum ana pindah ke ASiS. lepas tu memang ramai gila yang ana jumpa, kawan dari sekolah rendah sampai la sekarang.. semuanya masih segar dalam ingatan.

tapi ana ni jenis yang senang nak cam muka orang, tapi memang susah nak ingat nama. mintak maaf la pada sesapa, manalah tau jumpa suatu hari nanti, ana tak tegur ke. ana memang kenal orang, tapi tak ingat nama. takut salah orang plak. ana takkan lupa muka orang, tapi nama ana tak jamin.. hehe..



tak ana nafikan, kat tempat kerja ana kat parkson tu memang ramai kenalan dan sahabat ana. ada yang memang dah lama tak jumpa, ada yang cam baru2 lagi. semuanya mengimbau kembali segala kenangan bersama waktu kat sekolah dulu. memang indah. betullah orang kata, bila kita dah kerja, kita mesti rasa nak balik semula ke sekolah.

persahabatan mengajar ana erti kehidupan. ana akui, dulu memang ana obses pasal kawan2 ni. bukan apa, waktu dulu kan kita kecik lagi, so ana rasa semua kawan ana ni adalah hak milik ana. maksudnya, orang lain tak boleh nak kawan ngan diorang. sampai cam tu skali ana waktu tu. ada sekali tu, waktu darjah 6, ana boleh gaduh ngan kawan ana yang lain sebab diorang berkawan ngan sahabat ana yang sorang ni. tapi bila sahabat ni pindah, baru ana rasa yang sebenarnya, sahabat ni merupakan "nyawa" persaudaraan kita. sahabat bukan hak milik sesiapa. sahabat ialah peneman kita waktu kita suka dan duka.

sekarang ana dah ada ramai kawan, tapi sahabat cuma ada beberapa. yang itu, biar ana saja yang tau. sahabat ngan kawan ni berbeza. bagi ana, kawan ni ialah orang yang kita rapat cam gitu2 je. tapi sahabat, orang yang sanggup menemankan kita waktu kita suka dan duka. kawan waktu suka, gelak tawa, memang ramai... kawan waktu duka, sedih, kecewa.... susah dicari.. alhamdulillah, ALLAH kurniakan ana sekumpulan sahabat dalam hidup ini.. terima kasih, ya ALLAH.

Sunday, February 14

hari valentine: akhlak tergadai

setiap tahun tarikh 14 februari pasti akan dikenali dan diingati sebagai hari valentine atau hari kekasih. pada tarikh inilah, manusia seluruh dunia akan menghargai kekasih mereka dengan cara mereka sendiri. hari kekasih ini diasaskan oleh orang Kristian yang ada bersangkut paut dengan kejayaan paderi mereka dalam meruntuhkan Islam. tapi apa yang amat menghairankan lagi memusykilkan, hari valentine ini juga disambut oleh orang Islam sendiri. kalau ditanyakan tentang tarikh 14 februari, dengan pantas mereka dapat menyatakan apa yang special tentang hari tersebut. cuba kalau kita sebut 26 februari, siapa yang tahu apa yang special hari itu??? pasti ramai yang terpinga2 kan... carilah sendiri.

tak perlu tengok yang jauh2 la.. tengok di negara kita sendiri sahaja. pabila menjelang sahaja 14 februari, setiap pasangan kekasih melayu dan Islam yang tidak berpegang pada prinsip Islamiyah pasti akan menyambutnya dengan cara yang keji. ada yang sanggup bergadai akhlak dan maruah demi membuktikan "kesucian" cinta mereka. kononnya, ini sebagai tanda cinta mereka kepada pasangan kekasih mereka. jahil benar mereka ini. bukankah Islam sudah meletakkan hubungan seks itu sebagai sesuatu yang suci dan ia seharusnya dilakukan dengan lunas pernikahan. itulah sikap manusia. ada cara yang halal, nak juga cari cara yang haram. yang haram pula, mereka halalkan. apa nak jadi..

sedih betul ana dengan situasi yang melanda umat Islam sekarang. nama sahaja Islam, sekadar "beragamakan" Islam di mykad, tapi perangai dan akhlak mengalahkan orang kafir. cuba kita renung sebentar, siapa yang banyak mengunjungi kelab2 malam di kota2 yang pesat. bukankah orang Islam yang banyak mendominasi tempat tersebut??? yang banyak berpelukan , berpegangan tangan malah lebih daripada itu. mereka ini hanya merosakkan kesucian Islam di mata orang bukan Islam.



yang terbaru ini, ada sebahagian penuntut di IPTA(tak tau la IPTA mana) yang menganjurkan "no panties campaign" sempena hari kekasih. siapa yang jadi dalang? orang Islam... apa nak jadi ni. sungguh memalukan. ana rasa, orang bukan Islam yang lain pun tak terlintas nak buat kempen macam tu. istighfar panjang ana.. dalam rancangan Tanyalah Ustaz yang disiarkan di TV9 baru2 ni ada menerangkan tentang tajuk Mahram. waktu itu, ustaz Ahmad Husni Abdul Rahman yang kendalikan rancangan tu. beliau menyatakan dalam Al-Quran, ALLAH menyebutkan tentang penzina. namun, ALLAH menyebutkan "penzina perempuan dan penzina lelaki".. mengapa ALLAH menyebut yang perempuan dahulu??? kerana pada wanita itu terdapat tarikan nafsu pada orang lelaki. maka, sebab itulah, hubungan sosial kita tidak boleh terlalu bebas. yang wanita tu berpada2 lah dalam pergaulan. biarlah orang nak kata, "kau ni tak sosial la..." asalkan maruah dan akhlak kita terpelihara.

muhasabah lah diri kita ini. renungkanlah tentang nasib diri kita dan nasib Islam secara keseluruhannya. janganlah sampai apa yang kita lakukan ini akan mencacatkan serta mencemarkan kesucian dan kemurnian Islam. hari valentine atau hari kekasih ni bukan untuk disambut atau diagungkan, tetapi untuk dicegah dan dijauhi..

wallahu a'lam..

Wednesday, February 3

ini dah melampau...

pagi tadi, ana ada masuk web ni lepas baca satu buletin di myspace. terkejut sungguh ana apabila ana jumpa pelbagai gambar dan hinaan terhadap Islam yang sungguh menyakitkan hati semua umat Islam.. ni address nyer..

http://beritamuslim.wordpress.com/category/kartunkomik-islami/

address ni ada menghina ALLAH, nabi muhammad, al-quran dan macam2 lagi. ana rasa nak hentak je monitor ni bile baca benda tu. tapi tak bole nak hentak, nanti rosak monitor ana. yang hairannya, pembuat laman ini merupakan seorang indonesia yang ana rasa beragama Islam tetapi sengaja memecahbelahkan umat Islam sendiri. pelbagai hinaan dan cercaan yang sungguh menyakitkan hati. tidak puaskah mereka ini untuk meruntuhkan Islam.

sebenarnya, kalau kita fikirkan, ramai masyarakat dunia hari ini menentang ajaran Islam sahaja. perasan kah kita tentang benda ni???? ada tak kita dengar kes masyarakat dunia menghina atau membuat karikatur tentang agama buddha atau hindu atau yang lain2?? setahu ana, tidak ada lagi. jadi, mengapa mereka sakit hati sangat dengan Islam ini????? melainkan mereka tahu bahawa Islam merupakan agama yang benar lagi suci dan membawa ke arah kebenaran.. mereka takut kalau agama mereka tergugat dengan perkembangan agama Islam yang suci ini.. ingin ana ingatkan bahawa Islam tidak berkembang melalui mata pedang atau mata senapang atau apa2 lah.. Islam berkembang melalui akidah yang mantap kepada ALLAH swt.

tuan punya laman ini sebenarnya seorang yang sangat jahil lagi bodoh serta tidak tahu menahu tentang apa yang Islam ajarkan kepada umatnya. dia boleh dikategorikan sebagai seorang yang gila la kot.. bayangkan.. orang yang tak tahu apa2 tentang sesuatu, tiba2 mengutuk lagi menghina pasal benda tu. tak ke gila namanya.. dia menuduh nabi muhammad mengahwini saidatina aisyah yang berusia 9 tahun kerana gila seks.. tak ke bodoh namanya tu.. tentu ada sebab nabi mengahwini saidatina aisyah.. semua benda yang nabi muhammad lakukan ada benarnya dan segala ketentuan ALLAH ada hikmahnya..

ana sebenarnya nak masukkan imej yang ada dalam laman tu.. tapi ana tak nak cemarkan blog ana ni dengan imej yang menghina Islam secara keseluruhan.. tapi, apa yang ana dapat terangkan, imej2 yang ada dalam laman tu semua menghina agama kita. dia menghina al-quran yang dikatakan ayat2 setan, nabi muhammad seorang terrorist dan gila seks dan macam lagi yang ana tak dapat nak ungkapkan dengan kata2. sungguh sakit hati ini sehinggakan rasa nak menangis pun ada..

da macam2 cara orang kafir berusaha untuk menjatuhkan Islam. tetapi Islam tetap berkembang. namun, apa yang menyedihkan, orang Islam sendiri berpendirian tidak melambangkan imej sebagai seorang Muslim langsung. sungguh memalukan. siapa yang paling banyak mencuri?? orang Islam.. siapa yang paling banyak terlibat dengan dadah? orang Islam .. siapa yang selalu melakukan maksiat?? orang Islam.. semua orang Islam.. apa nak jadi dengan orang Islam kini??? Islam itu sempurna dan ana tidak menyalahkan agamanya... tetapi ana menyalahkan penganutnya yang tidak berperilaku seperti apa yang dianjurkan oleh Islam itu sendiri..
wallahu a'lam....

Tuesday, February 2

kerja dalam kehidupan..

kehidupan bekerja rupanya amat memenatkan.. kadangkala tu, amat memeritkan.. tapi nak buat macam mana, kehidupan mesti diteruskan demi mencari rezeki. kini, ana sudah masuk dalam alam perkerjaan sebagai seorang cashier di parkson. ana kerja full time.. pagi sampai malam. tapi untuk sementara waktu jela.. bila da dapat offer nanti, ana berhenti la.. kalau nak diikutkan, kalau tengok pada gajinya, memang la tak berbaloi. tapi, apa yang sebenarnya yang ana inginkan ialah pengalaman sebagai seseorang yang bekerja. sekarang, barulah ana sedar betapa perit dan jerihnya parent ana carikan duit untuk family.
pengalaman sebenarnya mengajar kita erti kehidupan sebenar. segala perkara di dalam dunia ini mesti kena hulur duit dulu.. orang kata, no money no talk.. begitulah hendaknya kehidupan ni. sampai nak masuk toilet pun kene bayar 20 sen. alahai!!!!
tapi, pernah tak kita fikir bahawa apa yang kita dapat hari2 tak payah nak hulur duit!!! apa benda yang kita dapat free zaman sekarang ni??? semua kena bayar.. tapi kita kena ingat, ada satu "ketua segala ketua" ni yang bagi kita free je hak milik Dia.. tak payah nak pakai kredit kad, takpun pakai cek.. semua free.. Dia lah Allah Azza Wajalla yang sering lengkapkan kita dengan roh serta jasad selagi belum masanya tiba.. segala pancaindera ni kita dapat free je. dah la tu, "teknologinya" pun dahsyat sekali. ada tak kita pernah terfikir pasal benda ni??? ada tak datang bil bulan2 mintak sewa atau cukai guna dua biji mata ni??? tak pun kena bayaran ansuran berserta faedah sebab guna nyawa??? dah tentu la tidak.. so, semua benda ni free. tapi free bukan macam tu je.. kena la disertakan pulangan balik sebagai imbalan kita meminjam barangan kepunyaanNya.. kenalah kita guna segala kurniaan ni dengan sebaiknya.. jangan guna ke arah maksiat pulak..
itulah kerja kita dalam kehidupan seharian.. Allah dah berfirman, "tidak aku jadikan jin dan manusia selain untuk beribadah kepadaKu"
kerja ni memang la kita tak nampak gaji tiap2 hujung bulan.. tapi kita akan nampak di akhirat yang kekal abadi nanti..
wallahu a'lam..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...