bersempena Hari Ibu sedunia hari ni, ana nak ucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu2 di dunia, termasuk la mak ana sendiri Norlily Bt Leman yang da banyak berkorban untuk ana dari ana kecil sampai la ana da dewasa.. alhamdulillah..
"MAK, TERIMA KASIH MAK ATAS SEGALANYA"
sebenarnya, banyak pengorbanan seorang ibu ni terhadap anak dan keluarga. orang kata, dia la ratu di hati kita. sehinggakan dalam Islam sendiri telah mengiktiraf level seorang ibu ni di tahap yang tinggi...
nabi pernah ditanya,"ya rasulullah... siapakah yang patut ak patuhi, sayangi dan hormati serta utamakan selepas Allah dan RasulNya????
baginda menjawab:
"ibumu"
ditanya lagi, "selepas itu???"
"ibumu"
ditanya lagi, "sesudah itu???"
"ibumu"
ditanya lagi, "sesudah itu???"
"barulah bapamu"
lihatlah betapa besarnya pengiktirafan Islam terhadap insan yang bergelar ibu. sehinggakan "ibu" itu disebut sebanyak tiga kali.. oleh itu, kepada ibu2 di luar sana, berbanggalah dengan gelaran dan pangkat sebagai seorang "ibu"..
"wahai ibu,
tiada terbanding titik peluhmu
dalam membesarkan insan kerdil ini,
pengorbanan mu itu
diibarat selaut mutiara syurga
yang tidak akan luput"
"wahai ibu,
keringatmu, usahamu,
tidak dapat ku balasi dengan ucapan terima kasih sahaja,
berilah anakmu ini kesempatan dalam membalas
segala jasa dan budimu,
berbakti kepada keduanya,
di usia senjamu.."
"wahai ibu,
halalkan setiap titis susu
yang mengalir dalam diri ini,
halalkan segala ilmu yang kau curahkan,
segala rezeki yang kau carikan...
ampunkan dosa anak mu ini,
yang kau sedari mahupun tidak,
yang besar mahupun kecil..
hanya ku inginkan..
pelukan mesra mu ibu"
wallahu a'alam..
No comments:
Post a Comment