Followers

Thursday, May 13

Judi Piala Dunia

bismillahirrahmanirrahim..

pertama kali ana baca artikel ni di internet pasal judi Piala Dunia ni, istighfar panjang. ana betul2 terkejut dengan keputusan kerajaan ISLAM Malaysia ini meluluskan lesen perjudian sempena Piala Dunia yang akan berlangsung tak lama lagi. atau dalam erti kata yang lain, MENGHALALKAN judi Piala Dunia. apa lah nak jadi dengan kerajaan Islam di Malaysia ni.. name je negara yang menegakkan Islam, pengerusi sidang Islam antarabangsa... negara yang sentiasa berusaha untuk memapankan kedudukan Islam di mata dunia... tup tup.. negara Islam itu sendiri yang menghalalkan judi itu sendiri..

ana tak nak tuding jari pada sesiapa dan ana tak salahkan negara yang berstatus Islam.. yang ana nak salahkan ialah kerajaan atau lebih khusus ORANG yang menghalalkan judi Piala Dunia.. sebagai pemimpin, mereka seharusnya menimbang segala baik dan buruk setiap perbuatan dan keputusan yang diluluskan untuk rakyat..

ana pasti rakyat tak memangkah parti yang pemimpin kita wakili untuk perbuatan yang HARAM seperti ini. dan ana juga yakin yang rakyat tak akan bersetuju akan hal ini. namun, tidak ana nafikan ada segelintir rakyat kita yang menyokong perkara ini.. tapi kalau kita nak tengok majoritinya, dah sah2 la rakyat taknak benda ni berlaku..

pemimpin kita ni tak boleh ke nak berfikir secara waras.. diorang sanggup suap duit haram ke mulut rakyat jelata yang mengundi mereka ini,. kita sebagai rakyat menaruh harapan kepada barisan kepimpinan negara untuk meneraju bahtera negara ini agar dapat terus berlayar dengan layar Islam yang mantap... tapi sayang, ini balasan yang kita dapat.. semuanya kemewahan dari sumber yang haram..

dari sumber yang ana dapat, kerajaan meluluskan lesen perjudian Piala Dunia ni sebab mereka nak memajukan ekonomi negara.. dahulunya, perjudian sukan atau dengan kata nama lain "pertaruhan sukan" pernah diluluskan buat sementara namun sesudah itu telah dibatalkan sesudah kepimpinan beralih tangan.. walau bagaimanapun, kalau da dinamakan JUDI TU HARAM... ia tetap akan jadi HARAM.. tak bermakna kalau kita luluskan perjudian ini, mereka dapat mengHALALkan judi atau mengurangkan status HARAM yang ditetapkan oleh Islam..

memanglah kalau kita lihat pada dimensi yang lain, JUDI ni memang "bermanfaat" dalam meningkat status ekonomi negara... tapi ingat,

MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA

ibarat kita basuh kain dengan air kencing, kain tersebut tidak akan bersih walau kita basuh banyak kali sekalipun.. dan ia juga ibarat kita sembelih BABI dengan menyebut nama ALLAH, benda tu tetap tidak akan menjadi HALAL..

in the nutshell, para pemimpin kita hendaklah memastikan segala duit yang mengalir kepada rakyat adalah dari sumber yang halal SAHAJA.. jangan lah kerana kita ni taksub dalam memajukan negara, segala halal haram kita abaikan..

“Mereka bertanya kepada kamu (wahai Muhammad) tentang arak dan judi. Katakanlah olehmu, pada keduanya terdapat dosa yang besar dab beberapa manfaat bagi manusia. Dan dosa keduanya adalah lebih besar daripada menfaatnya”. (AL-BAQARAH:219)

wallahu a'alam...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...