tanggal 16 Mei setiap tahun merupakan tarikh keramat bagi seluruh rakyat Malaysia yang bergelar seorang guru.. kerana pada tarikh inilah sambutan Hari Guru diadakan. so, sempena hari guru ni, ana nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan
SELAMAT HARI GURU
buat semua guru yang pernah mengajar ana dari tadika sampailah tamat persekolahan ana. untuk semua guru di TADIKA AL-IKHWAN, SK SELAYANG JAYA (SKSJ), SEKOLAH AGAMA RAKYAT UMMUL QURA' (SARUQ), SMK IDEAL HEIGHTS (SMKIH) dan SM SAINS ALAM SHAH (ASiS)... ana ucapkan setinggi-tinggi penghargaan di atas ilmu yang dicurahkan selama ini.. sebenarnya, tiada ungkapan yang tepat dalam menggambarkan jasa seorang guru ni.. mereka ni ibarat lilin yang menerangi sekeliling, ibarat matahari yang menyinari bumi, ibarat bintang di malam gelap.. semuanya menggambarkan betapa kuatnya pengaruh guru dalam kehidupan seseorang..
ana teringat peristiwa time ana sekolah rendah.. time ni ana darjah 4 kalau ana tak silap.. masa ni ana nakal dan orang kata tu.. ntah la.. susah nak cakap.. hehe.. biasa la tu. time kanak-kanak ni mana la kita ni sedar lagi pasal perasaan cikgu..
ana dalam kelas 4M (kelas first) time tu. and masa tu kitorang diajar oleh seorang cikgu BM yang amat garang.. namanya cikgu Rahimah.. kalau sesape yang sekolah kat SKSJ dulu kenal la ngan cikgu ni.. ada sekali tu, dia bagi homework BM. takde la banyak mane pon, tapi ana ni dulu jenis yang tak suke buat homework. tambah2 lagi karangan... fuuhh.. mmg ana tak sentuh la jawabnyer... haha..
al-kisah, ana ni tak siap la kerja tu.. time tu ana da kelam kabut tak siap kerja.. ngan cikgu yang tibe2 angin satu badan pulak.. adoyai.. mahu disembelih gak ana dibuatnyer.. so, ana ambil jalan penyelesaian dengan meniru karangan kawan ana bulat2.. orang kata cam photostat balik r. cume ana ubah beberapa nama ngan tempat dalam karangan tu..
ana fikir, selamat la. janji, hantar.. kalau tak hantar, lagi la kantoi.. dijadikan cerita, kitorang bile hantar kerja buka buku tunjuk depan cikgu.. so, mestilah cikgu nampak en.. ana tak perasan lak yang member ana tu hantar depan ana je.. so, kantoi la bile cikgu cakap yang karangan kitorang ni sebijik.. kitorang kene panggil.. kecut perut dibuatnyer... mana tak nyer.. ana macam da nampak api keluar ikut mate dier.. huhu.. bile cikgu dapat tau je ana punyer angkara, dier terus koyak buku ana and then campak buku ana keluar kelas.. fuh.. sedih sungguh hati ana.. ,buat depan mata ana plak tu..
mulai hari tu, ana da mula buat homework yang diberi.. walaupun, kadang2 tu ada yang tak siap gak.. sejak tu, ana sedar yang cikgu tu sebenarnya nak ajar kita erti kehidupan.. even benda tu sukar bagi kita, kita perlu usaha sedaya upaya kita untuk berikhtiar.. pengalaman di sekolah banyak beri ana kesedaran dan peluang untuk ana lebih mengenali dunia dan akhirat..
actually, banyak lagi pengalaman kat sekolah ni.. pengalaman ana main rounders dalam kelas time ustazah kat depan kat sekolah agama, ana kene rotan ngan cikgu, time ana kene public canning kat ASiS ngan ust Zul and macam2 lagi la... yang telah mewarnai hidup ana pada hari2 persekolahan.. semuanya.. kerana nilai kasih seorang insan yang bergelar GURU...
wallahu a'alam...
No comments:
Post a Comment