kalau kita tengok pada situasi zaman sekarang ni, kebanyakan pemuda atau lebih kita kenali dengan gelaran remaja mahupun belia ni semacam "hilang arah pedoman". apa yang ana maksudkan di sini ialah remaja masa kini mengalami satu fenomena yang merunsingkan lagi menakutkan. kehidupan kebaratan mereka ini seolah-olah dah menjadi darah daging mereka gamaknya. tengok sahaja la remaja zaman sekarang ni.. masya Allah.. sakit iman, sakit mata..
mereka ini dengan tidak segan dan silu melakukan sesuatu yang luar dari adat ketimuran dan batasan syarak. perhatikan sahaja konsert2 yang diadakan di serata tempat..
"siapa yang memenuhi konsert2 dan gig2 yang melalaikan lagi tak berfaedah tu?"
mesti ramai yang memberi jawapan yang serupa. remaja Islam.. renungkan, adakah ini yang diajar oleh agama suci Islam yang mereka anuti. ana tak rasa Islam ajar umatnya untuk membuat sesuatu yang melalaikan. dengan bercampur lelaki dan perempuan, berpakaian mengalahkan pakaian orang zaman batu yang selalu tak cukup kain gamaknya.
inilah yang selalu diperkatakan oleh sesetengah remaja. "lek r bro, hidup kene enjoy. wa muda lagi. wa nak ada life gak. nanti wa da tua, baru r duduk atas sejadah.." astaghfirullah. apa la nak jadi dengan remaja sekarang. padahal pemimpin kita selalu mengatakan bahawa remaja ataupun belia ni tiang negara. merekalah yang akan menjadi tonggak kepemimpinan negara.. kalau begini la sifat remaja Islam yang ada, tak mustahil agama dan negara kita akan senang ditindas. sebab apa? kerana teras negara itu sendiri sudah goyah dan lemah. sebab itu la Islam ada menghighlightkan peranan pemuda dalam membangunkan syiar dan daulah Islamiyah.
remaja atau pemuda ini sebenarnya berperanan dalam menjadi GENERASI INTI DAN PELAPIS kepada sistem kemasyarakatan sesebuah tempat atau negara. cuba kita tengok, core generation inilah yang sering kali dipilih dalam menganggotai sayap kepimpinan sesebuah organisasi. lihat sahaja kepada parti politik yang ada di negara kita ni. semuanya pasti ada position untuk sayap pemuda. paling kurang pun, akar umbi parti tersebut dikuatkan dengan kekuatan daya tenaga pemuda. mengapa takde sayap parti untuk orang tua atau senior citizen ke.. sebab jelas sekali pemuda ini berperanan dalam menggerakkan sesuatu asbab para pemuda ini mudah berpengaruh dan berdaya saing.
Islam ada menggariskan peranan pemuda sehinggakan pemuda mukmin ada disebutkan dalam Al-Quran..
"wahai Nabi (Muhammad)! kobarkanlah semangat para mukmin untuk berperang...." (Al-Anfal:65)
lihat! perkataan mukmin itu sendiri disebut dalam Al-Quran yang merujuk kepada para pemuda yang diminta untuk pergi berperang (membuat bakti). maka, tamsilan core generation ini bertepatan dengan kepercayaan masyarakat terhadap remaja yang diharapkan dapat membangun serta mempertingkatkan kekuatan negara itu sendiri.
oleh yang demikian, tidak wajar la sekiranya para remaja mahupun pemuda ini mengabaikan kepercayaan serta keyakinan masyarakat terhadap mereka. ayuh, para pemuda!!! tingkatkan iman, perhebatkan taqwa... sahut cabaran masa depan yang mengharapkan kita agar lebih maju dalam menjadi mukmin bertaqwa..
wallahu a'alm..
No comments:
Post a Comment