Followers

Friday, May 28

TA'ARUF WEEK AT UIA PJ 2010/2011

bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah.. ta'aruf week berjalan dengan lancar sekali. walaupun terasa letih sket kan.. normal la bile kita nak kenal ngan institusi n orang baru, mesti rasa macam susah sket.ni serba sedikit pengalaman ana sepanjang Ta'aruf Week berlangsung bermula dari 24.5.2010 sampai la 27.5.2010


24.5.2010

sebenarnya kami da ada briefing da sebelum tarikh ni tapi semuanya lebih berkaitan dengan peperiksaan pertama kami setelah berada di UIA selama dua hari.. huhu.. mula2 bile dengar test tu, pelik gak la rasenyer. tak penah2 ana masuk orientasi terus kene exam.. exam ni dinamakan APT (Arabic Placement Test) & EPT (English Placement Test)... test ni nak menentukan length of study kitorang kat sini, sama ada setahun atau dua tahun. tapi biasanyer course kritikal cam medic, pharmacy ngan dentistry kene 2 tahun la.. yg EPT tu kita ok lagi.. yg arab tu.. mahu nyer berpusing gak kepala ni jawab. nasib baik la ana ni ada la blaja sket arab ni.. tu pun time sekolah rendah agama.. lepas test tu, kami semua kene pergi amek gambar tuk buat smart card. apa yang ana suke kat UIA ni, kalau kita nak panggil laki ngan perempuan.. kami guna perkataan brothers & sisters.. boleh nampak la ukhuwah yang ada kat sini..

25.5.2010

hari ni kami ada briefing pasal disiplin ngan tatacara untuk berada kat UIA ni. cara berpakaian, cara bergaul. pasal keselamatan dan macam2 lagi la.. tapi kalau sekali dengar, mmg kita akan cakap yang UIA ni cerewet. tapi kalau kita pikir2 balik, mmg ada hikmahnya mengapa peraturan dibuat sedemikian rupa. kami ada briefing ni sampai tengah hari jugak la.. then, kami bebas la smpai petang. so, ana decide balik mahallah je la. op! lupa nak terangkan. kat UIA ni, kami panggil kolej dengan gelaran MAHALLAH.. so, ada 3 mahallah utk brothers and 2 mahallah untuk sisters. ana berada di mahallah ABU BAKAR a.k.a ABC (Abu Bakar College).. bilik ana ni kat tingkat 4, maka secara alamiyah nyer, mmg lenguh gak la kaki nak mendaki ABC ni.. adoyai..


malam pula, kami ada motivational talk. buat nyer kat padang UIA ni.. mmg besar la juga.. bila ana dengar speaker tu bagi talk, ana teringat kat cikgu RAZMI kat ASiS dulu. dia kan suka bagi semangat kat student. sama gak la ngan speaker tu.. mmg semangat la..

26.5.2010

hari ni kami dibawa untuk campus tour keliling UIA ni.. besar betul campus ni. letih juga la nak pusing satu UIA ni. ada macam2 department n beratus2 anak tangga yang perlu didaki setiap hari. tapi bagi ana, tak kisah la sebab niat kita untuk belajar kan.. so, apala salahnya kita berkorban sket.. after that, kami ada programme briefing pasal course yang kami amek. tapi ada gak yang mintak tukar kos. tak kisah la tu sebab itu pilihan diorang.. takkan la ana nak paksa diorg buat pilihan. macam dalam bilik ana ni.. mula2 tu, ada 3 org je yg amek farmasi, yg lagi 7 tu amek bio science. tapi lepas tukar kos tu, skunk ada 3 bio science, 2 medic n 5 farmasi.. wah, lepas ni ana bole la study farmasi rmi2 kan..haha

malam plak, kami ada culture night. macam2 la ade, dikir barat, nasyid, deklamasi sajak n lain2. yg best nyer tu, nasyid tu brothers yang baru ni yang buat n ana bole kata yg diorg tu bole buat album da sbb mmg sedap sgt2.. org kata tu perfect la.. hihi

27.5.2010

budak2 pharmacy pagi ni takde ape2 program. kitorg punyer program ni berdasarkan kos yang kitorg amek. committee buat camni sbb ada byk sgt kos kat sini.. yela, mana taknyer, untuk Ta'aruf Week ni student campus PJ ngan campus Nilai gabung sekali. mau tak sesak nyer.. lepas zohor, kami ada test lagi.. TEnT (Tilawah Entrance Test). test ni utk check kita punyer kelancaran dalam tilawah n hafazan. so far, alhamdulillah, ana punyer ok je.. result x tau lagi sbb result tu kuar 1 & 2 jun nnti.. hehe.. lambat lg..

malam, kami ada Bai'ah Ceremony. kira mcm akur janji la tapi versi yg grand sket la.. so, time ni rector ngan dean ada skali la. mmg gempak la majlis tu. bayangkanla, majlis tu buat kat padang terbuka n mmg rase la kemeriahan nyer.. lepas bai'ah tu, rasmi la kami bergelar pelajar UIA.. huhu


so, selama berada seminggu kat UIA ni, ana rase mmg happy la. dapat roomate yang happening n dapat belaja kat tempat yg Islamic..konklusinya, mmg hebat la.. kira tak la nyesal masuk sini. ada sekali tu, kami satu bilik kuar sekali da macam rombongan bilik da.. haha. then, ada satu malam tu kami borak satu pukul 2 pagi.. ntah ape2 la kitorg citer.. esoknya tu, bangun pukul 5.30.. haha.. btw, mmg syok la.. thank you ALLAH sbb tempatkan hamba MU ini di UIA.

wallahu a'alam..

2 comments:

Jazmi said...

oi2!
slalu kate aku suke ambik gambar candid...
ko pun ske ambik gmbr candid!
paparazi btol! :P
huhu~
-JAZMI-

Nazrin Syafiq said...

ala.. jaz..
ak bukan slalu amek gmbr candid ni..
huhu..
skali skala la katekan..
haha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...