bismillahirrahmanirrahim..
Salam Ramadhan. Semoga kita terus gagah melayari bahtera Ramadhan di dalam 10 hari terakhir Ramadhan ni. InsyaAllah.
Dah lama rasanya aku tak post pasal 'Mitos vs Fakta' ni. Selepas entry pasal..
PANTANG LARANG MELAYU
WANITA MENUTUP AURAT
KITA DAN ALAM SEKITAR
maka, aku nak kongsi sikit tentang lelaki. So, wanita2 di luar sana sila ambil peduli tentang perkara2 yang anda selalu fikir tentang lelaki. Dan anda akan mendapatinya...
MITOS BELAKA!!!
Baiklah.
#MITOS
- Lelaki berfikir tentang seks setiap 7 saat.
#FAKTA
- Gila ape?? Secara matematiknya, amat mustahil. Dah kalau macam tu, memang payahlah nak makan, tidur, solat, drive etc.. Secara ilmiahnya, lelaki memang akan berfikir tentang benda ni ( perempuan pun sama kot??? ). Benda tu fitrah, dah terlintas tak kan nak halang. Cuma jangan BIASAKAN. Baik fikir pasal kebesaran Allah. Ada gak pekdahnya, yedak??
#MITOS
- Lelaki tak beri perhatian sangat pasal penampilan depa.
#FAKTA
- Memang la ada laki ni nampak selekeh semacam. Tengok pun dah loya tekak. Tapi itu cuma sebilangan kecil dari umat manusia ni. Secara amnya, lelaki ni amat menjaga penampilan diri, terutamanya ketika berhadapan dengan pasangan depa. Cuma, masalahnya ialah depa ni suka berlagak cool, tu yang depa tak mengaku secara terbuka tu..
#MITOS
- Lelaki suka mengosongkan fikiran depa dan akan berhenti berfikir
#FAKTA.
- Memang kadang2 depa ni nampak macam tak ambil kesah sangat, cakap pun buat tak layan je kan.. Tapi depa ni nampak je diam, otak jalan jugak. So, jangan anggap depa ni diam tanpa berfikir. Lagi depa diam, lagi ligat otak depa ni. Tak macam perempuan. Mulut dengan otak sama ligat!!
#MITOS
- Lelaki kalau ajak sembang, mesti pasal sukan je memanjang. Bila tanya pendapat pasal benda lain, diam je.
#FAKTA
- Dah hangpa duk ajak depa sembang pasal Zalora.com tu memang la depa tak layan. =D Kebanyakan lelaki ni suka duk sembang pasal sukan. Tak pun politik. Depa ni bukannya takda pendapat, cuma depa ni rata2 akan mengangguk je bila tanya pasal, 'Ni ok tak??", takpun, "Yang ini macam mana..??"
#MITOS
- Lelaki ni memang tak suka shopping.
#FAKTA
- Cara lelaki shopping berbeza dengan perempuan. Lelaki kalau shopping, dah tau dah nak beli apa. Cuma tinggal nak pilih, bayar, balik. Kiranya dah ada plan la nak beli apa. Kalau orang perempuan pulak, depa main masuk je. Cuci mata dulu, belek2, pilih2, try2, tawar-menawar, bayar, singgah kedai sebelah, balik (balik tu optional). Nampak tak prosesnya? Tu yang banyak laki malas nak ikut perempuan shopping tu..
#MITOS
- Lelaki tak menangis
#FAKTA
- Lelaki pun manusia gak, cuma depa ni takda lah menangis meroyan depan hangpa suma. Tak macam perempuan, yedak? Depa menangis secara diam2, sama ada dalam hati atau sekadar mengalir air mata, pastu lap balik. Yang aku tau, perempuan memang mudah menangis, walaupun atas sebab2 yang kecil je pong. Tapi kalau lelaki menangis, memang benda tu sangat2 menyentuh hatinya.
#MITOS
- Lelaki ni aktif, makan banyak mana pun tak gemuk gak..
#FAKTA
- Itu amat salah. Buktinya ialah AKU SENDIRI.. hahaha... Aku dulu aktif kat sekolah, tapi makan pun aktif gak. At last, gemuk gak. Adoyai. Faktanya, tak kisah lah se-aktif mana pun depa ni, kalau banyak makan benda yang tak berkhasiat, kadar lemak dalam badan naik jugak. Tu yang kadang2 nampak lelaki 'mengandung' tu.. 0.o
Itu merupakan antara Mitos dan Fakta yang aku boleh bagi kat korang. Sebab kebanyakan Mitos ni, selalu dijadikan mind set orang2 perempuan dan sebahagian lelaki. So, ubah fikiran kita balik ye.
notakaki : Yang part shopping tu, aku rasa aku lagi kuat shopping kot daripada perempuan.. hahaha