Followers

Tuesday, October 30

Farmasi, Kuiz dan Surat

bismillahirrahmanirrahim..

*OPPA GANGNAM STYLE...* ting3..

Ok. Tetibe je kan. haha. Sejak seminggu yang lalu ni, fikiran aku ni dah 'terkinja-kinja' sebagaimana 'terkinja-kinja'nya Psy dalam muzik video Oppa Gangnam Style tu. Sebab macam2 berita dan dugaan yang aku dan sahabat se-batch aku dapat sepanjang minggu raya lepas.

Memula tu, berita pasal :

1. 62 member batch aku tak dapat JPA. Ni agak tergamam gak la. Kami2 ni sepatutnya dapat biasiswa tu sebab kami kan dalam kategori critical course kan.. So, takde lah tertakluk pada syarat2 apakejadah yang JPA letak tu. Tapi, start batch kami, depa ubah pulak. Jadi bahan ujikaji lagi..

Then, lepas tu terkeluar la segala konspirasi tentang JPA ni. Ada gak yang kata JPA tak bagi duit kat budak UIA ni sebab UIA ramai pembangkang. Dahek..? Memang sakit beb kalau tak dapat biasiswa ni. Dah la yuran UIA paling mahal. Peluh ketiak nak bayar yuran SERIBUSETENGAH satu semester.



Dan yang paling best, kos FARMASI yang aku damba-dambakan ini bukanlah lagi CRITICAL COURSE. Best kan dengar berita ni bila tengah semangat nak study PAMASI ni..? Runtuh semangat aku.. Bukan la aku study pharmacy ni sebab ia kritikal kos semata, tapi ia sebagai pembakar semangat nak study la kan.. Dah la depa tak habaq awal pasal kos kitorang ni. Kalau tak, boleh la plan2 nak tukar medic ke hape ke.. haha.. (cakap macam mampu je nak dapat medic kan..)



2. Kuiz-kuiz dan midsem exam yang aku tak study lagi. Benda ni cliche' sangat kan bila baca. "Ala.. ko tak study pun boleh score gak.." BOLEH BLAH!! Kalau kat sekolah dulu memang la boleh cakap camtu kan, tapi ni sekarang UNIVERSITI bai. Tahap dia dah tinggi. Kalau dulu korang bolehlah hapal satu kitab Biology tu, pastu lupa. Tapi bila kat alam U ni, PAHAM is the key to sukses. Tapi nak memahamkan benda tu, berasap kepala beb..

Then, sepanjang cuti yang lepas tu, ramai yang study. Siap post2 segala bagai kat FB. Tapi kira ok la kan. At least, aku yang tak study ni boleh dapat sikit2 ilmu tu kan.. =) Thanks la u'ols yang mengajar aku secara tak langsung tu..


3. Surat rayuan ke JPA. Actually, surat ni takde kaitan dengan aku pun. Tapi ada kaitan dengan member2 aku yang lain. Kami satu batch kan, so tolong menolong la kan. Hari ni depa kena, entah2 esok lusa kita pulak yang kena. Yedak..?

So, nak buat surat pegi government ni bukan benda senang kan. Pengalaman aku kat dalam MRC dulu banyak mengajar aku selok belok surat2 ni. Nak hantar ke government kene ikut format2 depa. Kalau tak, kene tendang dengan penuh ketenangan je surat tu..


So, pepagi buta tadi tergerak pulak nak buka FB. Aleh2, ada pulak member aku post pasal surat tu. Maka, aku pun bagilah nasihat profesional aku... (pro la sangat kan..!!) Aku doakan yang terbaik la untuk depa semua.. =)

Tu je rasanya aku nak citer. Takde yang hebak2 pong. Oh yes! Satu lagi, aku takde transport sendiri lagi untuk pergi kelas.. hahaha. Terpaksalah aku jadi Geng Bas Sekolah lagi untuk beberapa bulan mendatang ni.. Tapi kalau aku tak lalui semua tu, aku tak tahu erti kesusahan, yedak..?

notakaki : Mak aku kata, kita kena jaga periuk nasi kita dulu. Sebab periuk nasi kita tak sama dengan orang lain. Bukanlah bermakna kita kene tabur pasir kat periuk nasi orang lain, tapi jangan sibuk2 jaga periuk nasi orang lain sampai periuk nasi sendiri terabai.. (if you know what I mean...)

2 comments:

Rashdan Roslan said...

nota kaki yg well said. :)

Fathanah said...

isu ni dah lama da sebenanye (x silap akk) tp xsangka secepat ni,,akk simpati dgn korg,,saba ye,,ujian Allah tu pasti utk mereka yang beriman :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...