Followers

Monday, October 22

Mak Aku Pernah Pesan....

bismillahirrahmanirrahim..

Pesanan orang tua2 ni kadang2 menyusahkan (berdasarkan apa yang orang2 muda pikir la kan..). But then, kita kena tahu bahwa tak semua yang depa pesan tu menyusahkan. Tambah2 lagi kita ni orang Melayu. Banyak benor 'boleh' dan 'tak boleh' nyer..

Sama jugak la dengan aku. Aku sebagai anak sulung yang rapat dengan mak aku, memang selalu dapat teguran (baca: pesanan) dari mak aku. Untuk apa? Supaya aku boleh adapt dengan cara hidup sebagai manusia yang mempunyai hati naluri yang amat berperikemanusiaan terhadap insan2 lain di alam yang fana ini. <--- sangat hiperbola kan..? haha


So aku nak share la dengan korang2 semua apa yang mak aku pernah pesan kat aku sepanjang hidup aku selama 20 tahun ni.

Mak Aku Pernah Pesan...

#Kalau nak pergi rumah orang, jangan datang waktu tengahari atau malam. Sebab waktu tengahari orang tengah lunch. Kalau kita datang tetibe, tuan rumah akan kalut la makanan tak cukup. Takkan depa nak halau balik pulak kan..? So, dah menyusahkan orang. Malam pulak, orang nak berehat. Jangan la datang malam2. Tapi kalau orang dah ajak lunch tak pun dinner, join je la..

#Kalau makan tu, ingat2 orang belakang. Maksudnya, kalau tengah makan, jangan perabih lauk pauk tu. Ingat2 orang yang tak makan lagi. Tinggalkan sikit makanan tu kalau orang yg tak makan lagi tu takde time tu. So that takde la orang kecik hati dengan kita. Kan..?


#Kalau mengidam sesuatu, toksah la bising2. Kalau kita dapat benda yang kita nak tu, Alhamdulillah la.. Kalau xde, diam2 je. Toksah la cakap "Kempunan aku.." atau "Bila la nak merasa benda tu..". Ini akan menyebabkan orang tua2 kat rumah tu tak senang duduk. Depa ni pantang kalau hajat tak dipenuhi. Kalau nyawa pendek, tak ke menyesal depa.. Itu la sebabnya...

#Kalau orang tak ajak pergi kenduri, jangan nak menyibuk pergi. Walaupun kenduri tu bespren kita punya. Segan la.. Orang tak ajak, kita pulak memandai2 pergi. Tak malu ke..? Dan kalau boleh, jemputan tu bukan pakai orang tengah. Jemputan mestilah dari tuan punya kenduri tu sendiri. Invite RSVP kat FB tu memang takkan pergi la..

#tetibe
#Kalau kita tak berapa nak gemar dengan seseorang tu, diam je dengan dia. Toksah cari gaduh. Kalau dia bising2, marah2, diam je. Lama2 dia akan diam sendiri. Letih sebenarnya membebel ni. Buat dek je. Tapi jangan buat muka mintak kaki pulak.. haha.. Itu aku pun tak leh nak tolerate tu. =)

#Belajar dulu, baru kahwin. Ni memang selalu aku dengar dah. haha. Tapi bila pikir balik, memang betul pun. Bagi aku la. Habis kan study dulu. Kasi stabil dulu, then baru pikir pasal kawen. yedak..?

#Kalau kita nak ziarah rumah orang, jangan puasa pulak. Jamah makanan orang tu walaupun sikit. Nanti orang kecik hati kalau tak jamah. Nanti depa kata tak sudi pulak nak makan makanan depa. So, ziarah rumah orang tu, makan apa yang dihidang. Tapi jangan duk ratah segala lauk pauk orang dah la...

Jangan sampai bersilang2 tangan duk jamah makanan orang.. Lahap benor gamoknya tu.
#Kalau pergi rumah orang, mata tu jangan nak meliar pulak tengok rumah orang tu macam mana. Kadang2 orang ni tak suka kalau kita tengok rumah dia. Tak kesah macam mana buruk pun rumah tu, diam je. Toksah komen2..

#Kalau bercakap dengan orang tu, berlapik2 sikit. Jangan cakap lepas je. Kadang2 orang tak suka. Walaupun orang yang kita cakap tu open-minded, kadang2 family dia tak suka. So, tengok2 sikit kalau nak bercakap tu.

PAHAAAAAM..? Baik mak..

Hasilnya, aku makin lebih sensitif terhadap orang sekeliling aku (walaupun kadang2 aku cakap lepas je kalau aku dah geram sangat.. haha). So, boleh kira aku ni di-train untuk tahu gerak hati orang tu. Bila mana orang tu rasa tak selesa, bila mana orang tu rasa macam tak suka.. Semuanya bermula dari hati seorang mak.. Thank you, mak.. =)

notakaki : Banyak lagi pesanan tu, tapi ni antara yang paling kerap aku dengar..

3 comments:

roziana rahim KRAR said...

terbaik...! most of the pesanan lebih kurng je dgn mak aku.. :)..

Nazrin Syafiq said...

tu la.. mak2 kita semua ni mmg dah di-program kan kot.. haha

TashaYusof said...

Yg mengidam tu betula lah. Biasanya kita ni selagi xdpt selagi tu minta kat mak ayah smpai dapat. Haha Nakal betul :)
by the way. Nice post :)
Follow you. Kikiki :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...