Followers

Friday, November 25

Al-Fatihah buat sahabat, Kamalhadi Rosli

bismillahirrahmanirrahim..

Terkejut betul ana pagi ni apabila buka Facebook, dipenuhi dengan ucapan takziah buat sahabat, Kamalhadi Rosli. Biar betul? Ya. Ana perlu terima hakikat bahawa sahabat yang terus menerus memperjuangkan Islam dalam dirinya ini telah kembali ke pangkuan Ilahi.

Ana mula kenal arwah ketika menjadi ahli BADAR di sekolah atau juga dikenal ASiS Islamic Council (AIC). Di situ ana mula berjinak dengan dunia Islam dan mula mengenali apa itu usrah. Arwah dulu ada je panggil ana malam di sekolah dulu. Katanya hendak memulakan majlis ilmu. Dah nak light off pun dia masih panggil lagi ke surau. Kental betul arwah.

Mula2 tu macam janggal sikit sebab dia ni senior so tak berani nak 'huha huha' dengan dia. Tapi dia sangat 'warm' and friendly. Sampai masuk UIA, pun dia masih stick dengan usrah dia. Dia sahabat yang sangat baik. Sehinggakan arwah sanggup menolong kami dalam MRC (MPP di UIA) mencari dana untuk projek di luar. Besar sungguh pengorbanan arwah.

Tak sempat ana nak berjumpa dengan dia lagi. Last sekali jumpa arwah ketika di UIA untuk program Youth Generation Carnival, Y-GENC awal tahun. Tahu2 je dah meninggal. Apa yang boleh ana buat ialah berdoa agar arwah ditempatkan di tempat para solihin.. AMIIIN.. T.T Takziah buat keluarga Kamalhadi Rosli. Al-Fatihah...


wallahu a'alam..

1 comment:

Abd Fatah Khairi said...

Innalillahiwainnailaihirajiuun..salah seorang pljr ASiS yg istiqamah dlm perjuangan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...