Followers

Monday, November 14

Seks Bebas VS Zina

bismillahirrahmanirrahim..

Satu perkara yang ana musykil sampai sekarang ialah mengapakah orang Islam, khasnya orang Melayu di Malaysia ini yang KONONNYA penuh dengan sifat malunya masih memenangi tangga teratas kes2 yang melibatkan perlakuan sumbang antara lelaki dan wanita mahupun sesama jantina??

Kaifa hal?? InsyaAllah, bikhair. Sekadar luahan kemusykilan yang sering bermain di minda ana ni tentang nasib anak bangsa berkaitan dengan hal sebegini.

Kalau kita tengok tajuk ni, berat semacam. (memang berat pun..) Ana suka hendak memetik kata TG Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika beliau ditanya tentang pendidikan seks untuk diimplementasikan dalam pelajaran pelajar sekolah.


“Dalam Islam sendiri sudah ada pengajaran seks iaitu antaranya kita diwajib mengasingkan tempat tidur apabila anak-anak meningkat umur tujuh tahun, mereka juga diminta hanya melihat bahagian muka dan telapak tangan sahaja apabila bertunang. Ini semua adalah pengajaran seks yang sedia ada dalam pendidikan masyarakat Melayu dan Islam. Saya tak setuju jika ilmu seks diajar di peringkat sekolah,”

YA! Bercakap pasal pendidikan seks ni, ana sependapat dengan Dato' Nik Aziz. Tak usah nak ajar pasal seks kat sekolah. Macam kita nak ajar pencuri cara mencuri dengan betul. Takde faedahnya. Kalau di Barat sana mungkinlah boleh dibuat kerana mereka ni sudah hilang panduan ketamadunan. Kita mempunyai agama Islam yang jelas mengajar kita secara tidak langsung tentang seks melalui sunnah Rasulullah s.a.w.

Lagi satu, kalau ana sebutkan perkataan SEKS BEBAS, kita bagaikan...

"Oh! Seks bebas. kenapa? biasalah dalam surat khabar selalu cakap pasal benda tu. budak2 zaman sekarang nak have fun. memang macam tu gayanya..."

Dan situasinya agak berbeza bila ana sebut ZINA..

"Ish!! Kak Peah, ko tahu anak si Jenab tu kena tangkap dengan Jakim sebab berzina. Uiish... haram tu.."

atau pun abang2 kat kedai kopi mahupun di pejabat sekali pun..

"Eh! Zina?? Berdosa tu.. mana boleh bawak main2.."

Kedua2 kalimat ini seakan2 mempunyai dua pengertian yang berbeda padahal ia benda yang sama. SEKS BEBAS=ZINA. Tapi kenapa masih ada yang men-duadarjat-kan benda ni?? Bila kita sebut seks bebas je, macam dah lali dengan telinga kita. Seumpama tiada apa2 kesan pun. Dan dalam satu hal lain, kalau kita sebut ZINA, kita rasa takut semacam sebab kalimat itu ada disebut dalam agama. Maka, terbayang2 seksa hudud direjam sampai mati yang dianggap sangat kejam itu.. (oleh sesetengah pihak)

APA NI???

Takkan dua2 perkataan itu pun tak boleh nak nilai maksudnya. sehingga menjerumuskan kita ke lembah kehinaan. Malulah kita kepada haiwan2 yang ada. Andai kata Allah memberikan akal kepada diorang, pasti diorang pun akan paham dan tak akan melakukan 'seks bebas' diorang. Begitulah ana menyokong kata2 TG Dato' Nik Aziz,

“Apa salahnya kalau seks bebas kita sebut zina, supaya orang Islam berasa gerun dengan perkataan itu yang telah diharamkan Islam dan orang berzina mesti dihukum dengan hukum hudud,”

wallahu a'alam...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...