Bila kita mula bercakap pasal melayu, ada yang sensitif. Tak boleh nak usik sikit. Yelah.. bangsa sendiri kan. Sapa nak bangsa sendiri kena kutuk. Dan mula la kita ni nak bising sana bising sini, ISA sana ISA sini dek kerana ada mulut2 yang mula membangkitkan isu perkauman. Sensitif katanya. Hak pemilik asal Tanah Melayu ni. Kena jaga ketuanan Melayu. Jaga hak Melayu.
Sebab itulah bangsa yang dikatakan tuan tanah ni makin layu. Layu dengan pelbagai hal yang tolong sama2 melayukan Melayu ni. Apa dia?? Banyak perkara yang bila kita sebut je kat Malaysia ni, mesti dikaitkan dengan Melayu.
"Haiyaa.. itu misti olang Melayu punya kije tu. Tala olang lain punyaaa..."
Pernah dengar benda macam ni?? Apa sebabnya? Kat bawah ni ada beberapa perkara yang kita sering sangkut pautkan dengan Melayu..
1. Janji Melayu.
Kalau nak berjanji dengan orang Melayu ni, janganlah nak harap sangat masa tu tepat. Kome datang le 10 - 15 minit kemudian. Baru nampok mukenye. Kadang2 tu setengah jam pun tak nampak batang hidung lagi. Cuba kamu janji dengan orang Cina ke apa ke, on time je. Pernah kamu dengar orang sumpah seranah sebut 'Janji Cina' ke 'Janji India' ke.. ada?? Tahniah lah Melayu. Dah ada jenama sendiri. Sampai bila nak maju macam ni?
2. Gaduh
Ok. Ni semua orang akan rasa bila ada yang tak kena. Tapi yang betul2 tak kena ialah kenapa Melayu kat negara Malaysia kita gaduh sampai nak menjatuhkan bangsa sendiri. Itulah Melayu kita. Pantang dapat senang sikit, asyik nak dengki je dengan orang lain. Tak boleh nak tengok orang lain senang. Ada je akal panjangnya. Bomoh la itu la ini la. Itu belum tengok yang dah naik pangkat tinggi2 tu. Bukannya nak tolong orang yang sama bangsa yang tugas kat bawah tu. Dianiaya lagi ada la. Disuruhnya itu ini. Kalau yang bangsa lain, tau pula takut. Takut orang yang bangsa lain tu memberontak atas dasar perkauman. Cuba kita tengok orang Cina. Kalau diorang dah dapat jadi orang atas diorang akan bantu bangsa diorang sendiri. Takde mananya nak majukan kita Melayu ni. Come on la..
Ni pulak kita tengok yang gaduh peringkat besar punya. Pak2 menteri yang duk sibuk laga2kan bangsa sendiri. Fahaman beza2. Tapi satu aqidah. Pejadahnya?? Video seks la, gelang puluh ribu la, sesat la, apa la.. Bangsa sendiri tak maju pun. Bersembur air liur duk kempen sana sini. Bila dah dapat pangkat, lupa orang bawah. Bangsa lain tepuk tangan la. Sapa lagi nak majukan bangsa kita kalau tak kita sendiri. Korang jilat bo***t bangsa lain pun takde manenya nak majukan kita punya. Yang dapat kuasa tu, kata nak majukan bangsa sendiri. Kalau tengok, belambak je lagi yang merempat tak dapat bantuan. Cubalah turun padang sikit kat kawasan2 hulu tu ke.. rasanya ada je yang terpinggir walaupun dah merdeka 50 lebih tahun dah.
3. Gejala sosial.
Ini takyah nak cerita panjang la. Memang kita ni hero first class la kalau bab2 ni. Rogol nya, zina nya, rompak nya, dadah nya, segala macam la. Bukak je paper muka depan, "PELAJAR BUANG ANAK DALAM TANDAS". Bila tengok nama. MELAYU. ISLAM. Memang itu ke adat Melayu yang diagung2kan sekian lama tu? Kadang2 tu tak payah sebut nama penjenayah pun dah tahu benda tu Melayu kita yang buat. Tak malu ke cik abang cik adik oi.. Memang la korang tu Pan Asian tapi darah Melayu tu ada je lagi. Sedar la sikit.
Berapa ramai ratio orang Melayu kalau nak compare dengan dengan bangsa lain? Memang kita ramai. Cukup ramai. Tuan tanah la katakan. Tapi tanah yang kita claim kita punya ni, sapa yang tadbir dari segi ekonomi? Bangsa lain kan? Orang Cina kan yang ramai? Kita? Sosial? Memang hampeh la.. Politik? Yang duk heboh pasal isu video seks, rasuah, tuduh itu ini tu ke? Melayu ke tu? Oh.. Baru sedar rupanya itu bangsa kita sendiri. Sekali lagi, bangsa lain TEPUK TANGAN dengan gemuruhnya.
4. Hantu
Yang ini paling famous rasanya kalau kita bukak TV malam2. Memang belambak2 hantu Melayu menghiasi TV tontonan anak2 Melayu kita sendiri. Memang la at last ada pengajaran yang diberikan. Tapi takde cerita lain ke yang lebih menjana minda hah? Duk tengok cerita hantu ni makin sempit otak rasanya. Cuba la tayang cerita yang setidak2nya mengasah sikit minda anak2 kita yang duk tengok TV hari2 ni. Tayang cerita hantu hari2, lama2 perangai pun macam hantu nanti.
5. Agama Melayu.
Part ni susah sikit nak paham. Sebab apa? Sebab Melayu tu dah naik pangkat jadi satu agama. Punca? Bila ada orang nak masuk Islam je, kita senang2 labelkan Mualaf tu masuk Melayu. Banyak cantik. Hello..!! Janganlah kita ni nak menyusahkan orang nak masuk Islam sebab kita ni duk sibuk suruh orang tu paham apa adat Melayu. Lantak pi la dia nak paham ke tak. Yang penting ajar dia Islam dulu. Bimbing elok2.
Dan kalau kita berbicara pasal agama ni, agama ialah yang akan menjadi ikutan dalam kehidupan. So, kita yang hidup kat Malaysia ni duk ikut agama Melayu la kan. Sebab apa? Sebab undang2nya mengikut undang2 yang pak2 menteri Melayu Islam kita yang reka dan pertahankan. So, Islam letak tepi dulu la. Bila nak cerai, nikah, makanan halal, isu babi dan arak, hubungan dagang dengan negara arab, baru kita pakai Islam. Kan? Macam tu kan yang biasa kita ikut? Sebab tak nampak pun orang yang kena rejam bila berzina. tak nampak pun yang kena potong tangan bila mencuri. Musykil la..
Maka, itulah yang kita selalu agung2kan Melayu yang kian alpa dengan situasi sebenar kehidupan. Bahkan, kita bangga bila bangsa Melayu kita sendiri makin layu sebegitu rupa. Tapi, ingatlah! Islam tak pernah memandang kepada bangsa. Tak pernah hirau tentang pangkat dunia. Kalau kita follow Islam, maka agama dan bangsa itu sendiri akan makin maju. so, MELAYU boleh la jadi MEMAJU. =)
P/S: Artikel di atas menceritakan situasi sebenar yang kita sering nafikan kewujudannya. Bukanlah niat ana untuk merendah2kan bangsa ana sendiri, tapi lebih baik kiranya kita analisa kelemahan kita. PEACEnoWAR!
Wallahu 'alam..
No comments:
Post a Comment