Alhamdulillah. Ana masih lagi diberi peluang untuk hidup di atas bumi Allah ini. Ana nak cerita sikit pasal Pesta Sukan Institusi Pengajian Tinggi Islam Malaysia (IPTIM) 2011 yang ana join baru2 ni. Program ni anjuran kementerian pengajian tinggi dan CFS IIUM menjadi tuan rumah kepada program yang berlangsung dua tahun sekali ni.
So, dalam program ni ana terpilih untuk menjadi ahli Result Secretariat yang bertanggungjawab untuk menjaga segala keputusan permainan yang dipertandingkan. FUUUHH!!! Bunyi macam penting sangat je. Tapi memang penting pon.
Ana ada tulis perihal tentang latar belakang dan event Pesta Sukan IPTIM ni kat blog mahallah..(memandangkan ana admin nya. =0) . ni link nya:
Apa yang ana nak share disini hanyalah pandangan peribadi ana pasal keadaan ketika berlangsungnya event...
1. Ana ni bukanlah jenis yang sporty sangat. So, ana banyak belajarlah tentang rules permainan, khususnya Sepak Takraw and Volleyball. Syok pulak tengok diorang main. Rasa nak join je..
2. Para pemain pun very warm. Delegasi dari 8 IPT Islam tu memang amat mengujakan kerana pemain, khasnya muslimat masih lagi menjaga identiti Muslimatnya walaupun ketika bersukan.
3. Time bersukan lumrahnya mestilah ada cheers sana sini. So, pada ketika itu memang banyak cheers yang amat MENGGAMATKAN suasana sukan.. Terbaiklah. Yang ana rasa terbaik dari segi cheers ialah KUIN dan KUIS.. SUPERB!!
4. Ok. yang kat atas ni semua pujian. Apa yang menjadi kekesalan dan patut menjadi pengajaran ialah semangat kesukanan tidak patut dicemari dengan insiden pergaduhan sehingga melibatkan body contact. Cheers cukuplah dan tak perlu membawa kepada kecederaan dan penghinaan.
5. Penganjur untuk Pesta Sukan IPTIM akan datang perlulah men-separate-kan permainan muslimin dan muslimat agar tidak berlaku unsur2 "pengharaman" permainan tersebut apabila permainan muslimat ditonton oleh si muslimin. Dan pengajur perlu sedar bahawa Pesta Sukan ini mengangkat martabat kesukanan dalam Islam. So, be ALERT.
6. Ana memuji Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) dari sudut penjagaan Islam mereka dalam bersukan. Mereka masih lagi bertudung labuh meskipun bersukan dan yang paling mengejutkan ialah mereka (muslimat) menarik diri dari pertandingan atas sebab muslimin menonton permainan mereka. SYABAS KIAS!!!
So, ana rasa setakat itu je kot review ana pasal Pesta Sukan IPTIM 2011 ni. Ana dari Result Secretariat (ReSec) berpuas hati dengan pengurusan IPTIM secara keseluruhannya, khasnya team ana sendiri yang tak tidur sampai 5 pagi sebab nak siapkan result yang ditampal di 5 board keliling CFS. Fuh! Great job guys.
anyway, this's really a good experience in my life. Ada intipati yang ana boleh apply dalam projek mendatang. oh! Lupe pulak. Congrats CFS IIUM kerana menjadi JOHAN keseluruhan Pesta Sukan IPTIM 2011 dengan pencapaian 5 emas, 2 perak dan 2 gangsa.
wallahu a'alam..
No comments:
Post a Comment