Followers

Saturday, November 12

Perkara yang perlu anda tahu tentang lelaki

bismillahirrahmanirrahim..

Bila kita bercakap pasal lelaki, ada beberapa perkara yang semua perlu tahu. So, kali ni ana nak list-kan beberapa perkara yang berkaitan dengan lelaki yang kadang2 kita (lelaki mahupun wanita) terlepas pandang. Dan ana nak highlight disini bahawa ini adalah SUDUT PANDANGAN ANA sendiri. Takde kena mengena antara yang hidup mahupun yang telah tiada. (tapi kalau terkena batang hidung tu, kira halal je la ye...)

1. Jangan cakap ulang2.

Lelaki ni kalau dibagitahu pasal satu benda jangan ulang banyak kali. Ni tak, kalau suruh pergi kedai (khasnya mak2 kepada suami beliau..)..


"bang, belikan saya kobis, keladi, bla bla.." Dua minit stengah kemudian.. "bang, ingat tak..? awak tak tulis pun. saya nak kirim kobis, keladi, bla bla.."

Rimas la ulang2 banyak kali. Cakap sekali dua cukup la. Daripada ingat tadi terus lupa benda nak beli..

2. Kurang bercakap

Lelaki ni sejak azali lagi kurang bercakap. Especially waktu pagi2. Malas betul nak borak. So, mak bedah dan kak timah kat luar tu tak payah la ajak laki2 anda borak pasal gosip2 artis ke, anak jiran sebelah ke pagi2 buta tu.. tak dilayannya. Kalau anda nekad juga, paling tidak laki anda akan jawab.. "em.." atau "yeke.. (sambil baca newspaper)" nak jaga hati punya pasal. Kalau tak kena tidur luar pulak nanti.

And one more thing. Laki ni kurang cakap dan kurang luah perasaan kat orang lain. (tiada kena mengena time anda cintan cintun dulu ye..) Kalau tengok pak2 kita dulu, jarang diorang ni nak feeling2 kat orang lain pasal masalah kerja ke, hubungan dengan majikan ke.. Semua ditelannya. Biasanya pompuan la yang akan luah2 ni. Tu yang ramai lelaki cepat mati tu.. =)

3. Lelaki dan Sukan.

Dua entiti ni memang tak boleh dipisahkan. Tak kisah la sukan apa pun yang dia suka, moden mahupun tradisional. Kalau tengah tengok match bola ke apa ke.. jangan la memekik, "BANG!!! Belikan teh uncang kat kedai Ah Leng nuuuuhh... awak jugak yang minum karang.." Time ni la laki makcik Peah ni rasa nak pekena teh tarik 2 -3 jam kat kedai mamak je, then balik lepas habis match tu. So, jangan ganggu konsentrasi lelaki ketika diberhadapan dengan perkara kegemarannya ini.

4. Cemburu Buta

ok. Lelaki memang benci wanita yang cemburu buta tak pasal2. Entah apa yang dipikirnya tah. Cuba lah anda bawak bertenang dan discuss dengan laki anda elok2. Mungkin sepupu dia ke yang anda tak tahu. Jangan main cemburu tak tentu hala. Kalau dia cari lain disebabkan sikap cemburu buta anda tu, tak ke putih mata dibuatnya.


5. Simple.

Lelaki ni suka benda yang simple2 je. Asal ada je tak kisah sangat. Tak payah nak rumit2. Kadang2 apa yang lelaki menyampah dengan wanita ni ialah diorang ni selalu nak pikir rumit2 sangat, padahal benda tu patut pikir surface je, yedak?

"bang, macam mana nanti kita kat sana nanti? Nak tidur kat mana? Nak makan kat mana? Berapa banyak duit nak bawak? Kalau takde hotel nak tidur macam mana? bla3.."
Tak rimas ke kak enon oi.. Kalau nak berjalan ke apa ke, tak payah la nak detail sangat. Dah sampai sana nanti, survey and pilih la. Kan senang? Kalau dari sini lagi dah pikir, ana pasti perjalanan itu akan memeningkan laki anda je..

So, itulah beberapa perkara yang anda perlu tahu tentang lelaki. tapi ini ana tak GENERALIZE untuk semua lelaki ye. mungkin sebahagian je. OK. Maka, fahamilah orang lelaki dengan baik.

wallahu a'alam..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...