Followers

Sunday, November 13

"One truth prevails.." - Shinichi Kudo

bismillahirrahmanirrahim..

Anda minat tak dengan cerita anime? Tak kisah la apa pun ceritanya. YA! Ana sendiri meminati satu anime yang terhebat dari Jepun ni, DETECTIVE CONAN. haha.. Layan jugaklah benda2 macam ni. Sebelum apa2, mari ana perkenalkan kepada anda watak2 penting yang ada dalam anime ini.

Ini ialah SHINICHI KUDO atau nama English-nya ialah Jimmy Kudo. Dia dilahirkan pada 4 Mei (tahunnya tak dapat dikenal pasti..). Tinggi dalam 174 cm dan berumur 16 - 17 tahun. Dia ni merupakan penyiasat sekolah menengah yang hebat dalam membuat diduksi ketika menyelesaikan kes.

Dia ni ada banyak nama panggilan. Ran Mouri (teman wanita) dan Prof Agasa memanggil dia Shinichi. Hattouri Heiji (penyiasat dari Osaka) memanggil dia Kudo. Vermouth (ahli Organisasi Hitam) memanggil dia Silver Bullet. Dan quote dari Shinichi yang famous ialah "ONE TRUTH PREVAILS.."
Ini pulak ialah EDOGAWA CONAN. Umur 6 -7 tahun. Dia ialah versi kecil Shinichi Kudo. Sebenarnya, ketika Shinichi dan Ran berjalan2 di satu taman permainan, Shinichi telah ternampak satu urusan kewangan yang mencurigakan dikendali oleh satu organisasi. Sedang dia khusyuk mengintip, dia telah dipukul dari belakang oleh Gin (kalau tak silap..) lalu dia diberi pil beracun, APOPTOXIN 4869 untuk membunuhnya.

Tapi hasilnya dia telah mengecil. Tak ramai yang tahu pasal benda ni. Yang tahu ialah, Ai Haibara (bekas ahli Organisasi Hitam), Prof Agasa, Hattori Heiji dan parent Shinichi. Shinichi kini memburu Organisasi Hitam dengan bekerja bersama Kogoro Mouri (ayah Ran Mouri) yang juga merupakan penyiasat persendirian.

Dia nilah KOGORO MOURI atau juga dikenali sebagai "The Sleeping Kogoro". Dia ni penggatal, kuat minum arak, telah bercerai, sedang menyara anak perempuannya dan penyiasat yang biasa2 je.
Ni ialah RAN MOURI. Kekasih Shinichi Kudo. Dia terer karate. Dia ni dah lama mengesyaki yang Conan tu ialah Shinichi. Tapi masih tak dapat membongkarkan siapa Conan sebenarnya kerana tiada bukti.

Ok. Kat bawah ni ialah antara watak2 sampingan yang mewarnai Detective Conan ini.

Ni DETECTIVE BOYS atau BMnya, SKUAD PENYIASAT MUDA. Diorang ni berangan nak jadi penyiasat yang handal dengan cuba menyelesaikan kes yang ada. But at last, Conan jugak yang selesaikan. Yang besar tu Genta Kojima (kuat makan Unagi atau belut), yang baju kelabu tu Mitsuhiko Tsuburaya (a geek, sukakan Ayumi), yang baju kuning tu Ayumi Yoshida (sukakan Conan). Baju ungu tu pulak Haibara Ai atau nama ketika dalam Organisasi Hitam ialah Sherry.


Professor HIROSHI AGASA. Dia ni saintis yang banyak tolong Conan dalam menyediakan pelbagai alat2 penyiasatan. Dan ni juga kaya dengan teka teki untuk Detective Boys.

Ini pulak ialah KAITO KID. Dia ni ialah pencuri profesional yang sangat dikehendaki pihak polis. Muka dia sangat mirip muka Shinichi Kudo. Dia juga ahli silap mata yang handal.

Dan banyak lagi watak2 yang ana ingin ketengahkan. Tapi paham2 la.. Kalau panjang sangat takde orang nak baca pon.. haha.. Anyway, anime yang penuh dengan ilmu penyiasatan ini membawa kepada kepekaan kita dalam melakukan sesuatu. So learn something guys from what you've watched.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...