bismillahirrahmanirrahim..
Persoalan seperti tajuk di atas seringkali terlintas di kepala para lelaki, tidak kisahlah lelaki tersebut mempunyai hubungan yang istimewa dengan perempuan tersebut mahupun sekadar 'pemerhati'.
"WHY..??"
Kadang2, perbuatan atau tingkah laku seorang wanita ini membuatkan seorang lelaki tertanya2 dan boleh jugak membawa kepada pergaduhan. So, jom kita lihat beberapa situasi yang boleh membuatkan lelaki pelik tentang perempuan. (
kadang2 naik angin jugak..)
1. Bersiap2 terlalu lama untuk keluar
Yang ini memang aku paling pelik. Depa ni kalau bab nak bersiap, punya la lama.
"Nak pegi pasar je pon kak Bedah.." Pernah tak anda semua yang lelaki ni mengalami keadaan apabila korang terpaksa menunggu lama untuk seorang perempuan bersiap..? Setakat mandi, pakai baju, mekap sikit and apa-kebenda-diorang- buat tu, itu pun ambil masa sejam lebih..
Hello.. Kitorang lelaki ni bukannya larat sangat nak menunggu korang wahai wanita. Kalau yang jenis sabar, takpe la juga. Kalau yang jenis duk panggil,
"Cepatlah cik kak oi..!! Tak siap lagi ke..??", itu memang parah la kalau perempuan tu reply,
"Nak siap dah ni. Kejap ek. Tunggu taw.." sambil pegang tuala baru nak mandi. Ladies.. What's your problem??
2. Banyak cakap
Yang ini memang lumrah agaknya. Kebanyakan perempuan yang aku jumpa, semuanya banyak cakap. Dan tak aku nafikan, ada juga lelaki yang banyak cakap. Tapi, the other side of that man dia mesti seorang yang kurang bercakap. Bercakap bila perlu. Ramah bertempat namanya.
(backup sket..) haha
Balik kepada hal perempuan banyak cakap ni, depa ni kadang2 bercakap 24/7. Entah apa benda depa cakap pun aku tak tau. Mungkin depa ni borak2 je kot. Tapi masa depa tu kebanyakannya tak kene. Bayangkan kalau subuh2 tu lagi dah borak sakan sampai satu rumah dengar suara dia je,
DUUHHH!! "Senyap sikit boleh..?"
Banyak cakap ni pun apply dalam situasi dalam kereta.
"Abang, kak Tipah tu kan.. Eeeh!! Abang belok kiri!!.. Pastu, kak Tipah tu punya anak..bla3.." Weyh!! Perempuan2 ni memang boleh cakap banyak benda dalam satu masa ek? Depa boleh ajak sembang sambil tengok trafik. Sebab tu la, banyak accident yang berpunca daripada perempuan. Tension weyh lelaki dengan perempuan yang banyak cakap ni. Bukan tak boleh cakap banyak, cuma bertempat.. Ladies, what's your problem?
3. Mengumpat
Kesinambungan daripada banyak cakap tadi, terselit la juga mengumpat ni. Aku akui yang lelaki ada juga mengumpat. Tapi dikalahkan oleh depa2 perempuan ni. Aku pun tak paham apa yang depa ni sakan sangat nak mengumpat. Maybe depa ni dulu nak jadi reporter, tapi takde tauliah kowt,..?? Ladies, what's your problem??
4. Menggedik
Perangai gedik ni dah selalu sangat dah aku tengok. Nak muntah pun ada. Mostly yang aku tengok gedik2 kat public (
of course la kan. Kat mana lagi nak tengok..). Bagi aku, gedik seorang perempuan ni ada 2 jenis. Satu yang gedik dengan gegirl2 je. Boboi takleh join. Lagi satu jenis gedik dengan lelaki, khasnya boyfriend atau suami depa.
Yang first ni, depa ni menggedik sesama perempuan je.
"Hey yoouuu!! Gegirl2 ada beli bangle baru taw. Sekali dengan maskara ni, dapat harga set.. hik3.. Suka2!!" sambil terkinja2. Aku menyampah betul kalau yang ini. Rasa nak penampar pun ada. Kalau ye pon nak terkinja2 terlompat2 tu, pi la menggedik kat dalam rumah sendiri. Toksah la menggedik kat public. Malu weyh..
Yang second ni pulak applied tu depa2 yang ada boyfriend or suami la. Depa ni kalau kat luar dengan laki depa, terpeluk2 lengan, terpeluk2 badan, tercubit2 pipi. Geli la cik kak oi.
"Honeeeeeyyyy!! Sweet2 nak baju tu.. boleh la..." sambil manja2 gitu. Aku paling menyampah yang kedua ni daripada yang first tadi. Depa ni nak tunjuk kat sapa? Nak tunjuk kat perempuan lain yang depa ni ada laki?? Hello.. cuba tanya laki yang korang gedik2 tu, apa diorang rasa. Malu weyh!!! Kalau suami takpe lagi. Kalau boyfriend, sayonara la jawabnya.. So ladies! What's your problem..?
Tu merupakan sebahagian daripada pemerhatian aku la pasal perempuan ni. Sometimes, kelakuan depa ni annoying gak. Aku tak generalize untuk semua perempuan. Dan aku tak lancarkan perang whatsoever ke atas perempuan2 jenis ni. Aku akui ada perempuan yang sejuk mata memandang. Baik dan sopan. Yang tu bagus la. Yang lain ni. Apa masalah korang??
notakaki: Masalah boleh diatasi dan diperbaiki. Nak ke tak nak je persoalannya...