Followers

Monday, April 30

Budak ART vs Budak SCIENCE

bismillahirrahmanirrahim..

Actually, aku dah lama nak tulis post pasal ni. Akhirnya dapat jugak. Alhamdulillah.

Kaifa hal, peeps?? =)
OK. Sebelum apa2, post ni berkenaan PANDANGAN AKU tentang budak2 arts dan science. So, agak2 sapa yg tak berapa nak suka tu, boleh click kotak yang ada tanda 'X' kat hujung atas sebelah kanan desktop anda. TERIMA KASIH!

Orite!

Aku selaku budak science sejujurnya agak AMAT KONTRA dengan SESETENGAH budak art yang aku kenal. Dan majoriti yang aku tengok pun memang agak kontra pun. Dan ke-kontra-an mereka2 ni dalam beberapa aspek :

1. Kreativiti

Tak aku nafikan yang budak2 arts ni memang berSENI habis. Dah nama pun art kan..?? *what do you expect nazrin... haish..* Tapi kadang2 diorang punya kreativiti tu agak diluar dugaan aku. Contoh; aku pernah attend satu meeting satu masa dahulu yang dikendalikan oleh budak arts. So, aku hanya expect MEETING adalah MEETING. Aku tak expect selain dari tu. Alih2...

"Meeting yang sepatutnya aku expect 2 jam telah menjadi 3 jam. Kerana MEREKA2 ini amat kreatif dalam membuat modul terlebih dahulu sebelum meeting bermula. Dan aku macam.. APAKAH INI???. Hello~~ Kalau nak meeting, meeting jela. Tak perlu la bermodul bagai. Kalau nak warm up pun, sepatutnya setiap org yg attend meeting perlu dah tersedia warmed up.. kan?? Aku dah rasa macam ada kat kursus motivasi je. Semangat MEETING yg aku bawak tadi terus kendur. Adeyai.."

Mungkin itu kot cara deme nak expresikan kreativiti mereka. Entahlah. Bagi aku, budak science memang tak perlu nak dibuat sebegitu. Walaupun muka nampak lalok je kan, otak jalan ma~~ Kalau nak buat time farewell party takpe la kan.. Ni time meeting. Business time!


2. Diam

Haha. Ni aku memang tengok rata2 budak science memang jenis diam je. Dalam erti kata lain, kurang bercakap. Macam aku la kan, aku ni kurang je bercakap. *jujur ni..*. Tapi kalau dah ajak bersembang, tak ingat dunia dah. haha. My point is kebanyakan conversation yang aku alami dengan budak arts akan dimulakan oleh budak arts tu dulu. Mesra alam gitu~~ Tapi, ada je masa aku rasa macam.. BAPAK ANNOYING nyer mamat ni!! Contoh :

" Di pagi hening subuh, sambil menelaah selepas membaca Quran, lalu terdengar la suara yang amat kuat memecah kesunyian..

'NAZ... bla. bla. bla...."

*Dalam hati* ' Ya Allah, kenapalah mamat ni tak reti2 nak diam pagi2 buta ni?? Tak nampak ke semua muka budak science kat sini dah ketat semacam...'

Begitulah  gamaknya. Memang la korang tengok budak science ni jenis tak bercakap, tapi otak2 kami amat ligat berfikir. Kalau nak diterjemahkan ke mulut kami ni, kalah korang.. haha


3. Kesusasteraan

Yang ni memang amat jelas la dalam kalangan member2 arts aku. Deme ni amatlah kaya dengan kosa kata dan kesusasteraan mereka, tak kisah BM mahupun BI. Yang paling hot, bila aku tengok FB la. Bermadah2 bagai. Tak salah pong~~ Aku pun ada je bermadah syahdu kat FB. Tapi, paling tidak orang paham jugak. Aku ni jenis yang baca setiap status org kat FB, cuma bila sampai part2 yang... hmm..  contoh:

"Manusia tidak akan dpt melepaskan sesuatu dari fikirannya. Hakikat yg dahulunya tidak bergantung pada pemandangan manusia itu pun akhirnya ciptaan fikiran manusia itu juga.Samada menimbulkan soal atau menjawap soal, itu pun fikiran manusia. Manusia adalah haiwan yang berfikir, berfikir adalah bertanya, bertanya adalah mencari jawapan. mencari jawapan adalah mencari kebenaran. Mencari jawapan tentang Tuhan, alam dan manusia ertinya mencari kebenaran Tuhan, alam dan manusia. Jadi pada akhirnya manusia adalah makhluk pencari kebenaran (mantiq)."

Tangkap leleh bai~~ haha. Tak paham la der. Manusia tu manusia la, pejadah haiwan pulak ni. Adoyai! Samada BM deme tinggi sangat atau aku ni jenis yang bebal tak reti2 nak paham mende. Straight to the point la beb! Kan senang nak paham. Aku dari jenis yang suka baca status orang, sampai part ni, aku skip. haha..

Konklusi aku adalah budak arts and science memang ada banyak beza. Kadang2 perbezaan tu membuatkan kita tak selesa. Tapi itu sebab Allah cipta kita berbeza. Supaya kita mengenali dan melengkapi. Kan??

notakaki : Ok! Pandangan aku ni takde kene mengena dengan sapa2 sama ada yang masih hidup mahupun yang telah tiada. =) Jangan terasa ok..

Sunday, April 29

Dihentam pasal Bersih 3.0?

bismillahirrahmanirrahim..

Hari ni aku telah cipta sejarah hidup aku sendiri apabila aku telah dihentam di facebook dengan amat berhemah sekali. haha. Best kot kene hentam. First time rasa. Actually, bersangkut paut dengan Bersih 3.0 ni la.

Aku telah buat satu statement yang ala2 pro-kerajaan yang mengutuk tindakan Bersih 3.0 yang mana statement itu lebih menjurus menceritakan keburukan Bersih melalui media massa. To be frank, aku tengok juga video2 yang ada, baca juga blog2 yang amat sensasi memberitakan benda2 ni. Dan di facebook juga ramai membuat statement yang kebanyakannya menyokong pembikinan Bersih ni.

Lalu aku terpikir untuk gather information tentang, apa sebenarnya yang ada dalam pemikiran kawan2 aku ni? Even diorang sokong, ada jugak yang tak sokong. Maka, aku cuba la gali apa yg patut. Hasilnya :




Amacam, best tak aku kene hentam?? haha. Actually, komen ni dah jadi makin panjang. Tapi aku amek mana yg patut je. Bersih 3.0 menjadi amat sensitif utk dibicarakan. Apa yang aku boleh conclude dari benda2 ni ialah :

1. Ramai yang menyokong pembikinan  Bersih 3.0 kerana kali ini dibuat secara aman melalui slogan "DUDUK DAN BANTAH". Kata depa, keganasan berlaku selepas dimulakan dahulu oleh pihak polis. Mereka telah menyembur gas pemedih mata, merempuh peserta Bersih dan sebagainya. Insiden menterbalikkan kereta polis dilihat sebagai usaha menyelamatkan mangsa yang tersepit dibawah kereta akibat dirempuh kereta polis. 

Matlamat mereka adalah untuk mencapai keadilan dalam sistem pemerintahan dan pilihanraya. Tak kurang juga yang memperjuangkan pendidikan percuma. Ada juga yang mempersoalkan kewajaran pihak media massa memutarbelitkan fakta tentang sesuatu berita. Pelbagai berita yang disiarkan telah ditapis agar menjadi "TV Kerajaan" semata-mata. 


2. Terdapat juga yang membantah Bersih 3.0. Menurut depa pulak, ia menjadi satu kewajipan pihak polis untuk men'defend' negara mereka dari sebarang unsur2 provokasi. Selain itu, depa juga kata yang Bersih 3.0 mencerminkan ke-tidak-tenteram-an yang berlaku di negara di mata dunia. Mereka juga melihat hal ini sebagai satu keganasan. 

Mereka juga mempersoalkan kewajaran Bersih 3.0 untuk diadakan. Pelbagai medium lain yang boleh dijadikan wasilah untuk menyatakan hasrat mereka tanpa perlu menyusahkan pelbagai pihak dengan cara berdemo. 

APA PANDANGAN AKU?

Aku sokong mana yang benar... =)

notakaki : Terima kasih la pada yang sudi mengomen pada status kontroversi aku tu. Maaf sebab aku saja je nak buat ayat provokasi supaya ada je mata2 yang membaca serta jari2 yang menaip komen dengan ikhlas.. haha.. special credit to Roziana dan Apek. Best weyh kena hentam!! Boleh cuba cara ni ye..

Thursday, April 26

My MUET..

bismillahirrahmanirrahim..

Tu dia, result MUET mai dah. haha. Bagi aku ok la. Actually, aku expect lebih sebenarnya. Tapi, ini je yang Allah rezekikan pada aku. Syukur, ALHAMDULILLAH..


Writing aku teruk beb!! Guane nak buat ni??

notakaki : Alhamdulillah tak yah repeat. Kalau tak, terbang RM100 aku.. haha

Sesi Aku Bersama Dean CFSIIUM!!

bismillahirrahmanirrahim..

Sehari selepas aku disaman oleh pak guard CFSIIUM yang comel2 ni (ok!aku tipu..), aku telah secara tidak sengaja telah bertemu dalam pertemuan 4 empat bersama Dean, Dato' Dr. Syed Zahir Idid. Actually banyak lagi mata time tu sebab aku pergi kelas dengan member aku..


Al-Kisah...

Sedang tengah-petang yang agak kering, aku pun berlalu ke AMF untuk menyedut segala udara sejuk yang menyamankan itu, lalu terserempak la dengan Dean.

Dean : Brothers, where is your ties? Today is Wednesday. You are supposed to wear your ties and dress smartly.
Aku & Member : *saling berpandangan sambil mencari alasan*
Dean : *muka masih lagi tak puas hati dengan kitorg*
Aku : We forgot to bring our ties because we are in hurry to class..
Dean : *mengangguk, kemudian beliau blah dari situ*

Damn!! Dalam banyak2 manusia yang lalu lalang kat depan AMF, kenapa la beliau tahan kitorg ni? Dah la tengah lambat giler nak gi kelas.. Adoyai.. Anyway, thanks la Dato' sebab sempat kami beramah mesra sebelum kami graduate dari sini.. haha. Dean kami amat baik ye. Jangan salah sangka pulak.

notakaki : Aku ingat dia nak tegur tak pakai matric card lagi. Kalau dia tegur jugak pasal matric card, aku akan tegur dia balik, "Dato' pun tak pakai gak staff card.." haha

Wednesday, April 25

Navel to Knee Only, Guys!

bismillahirrahmanirrahim..


It's as simple as ABC..

So, why should we make it hard for ourselves?

Just obey and gain REWARDS!!

InsyaAllah..

Tuesday, April 24

Saman Oh Saman!

bismillahirrahmanirrahim..

Tengah elok2 dah lambat nak pegi lab tadi, ternampak la Ustazah Asiah Aling bersama Kak Nik Hanizah sedang bersenang lenang di tepi jalan depan AMF hall. Tapi aku ternampak la surat2 saman yang diorang tengah pegang. Cuak beb! Dah la tak pakai matric card bagai.

Ustazah : Nazrin, mana matric card?
Aku : Tertinggal la ustazah. Nak cepat tadi..
Ustazah : Baik awak pergi ambik. Dengan saya, boleh lepas. Kat depan tu lgi ramai fellow tunggu.
Aku : Ok2. Saya pergi ambik.

Maka, berlarian la aku pergi ambik matric card kat bilik. Nasib baik tingkat satu je. Tak mahu aku kene saman. Dah la tengah poket bocor sekarang ni. Bila dah ambik tadi, aku pun setel dengan ustazah. Terbaik la ustazah.

Ustazah : Ok. Awak dah lepas.
Aku : Terima kasih ustazah.

Gambar tak lawa. Sebab aku taknak lawa kan.. hihi

Maka, berlenggang la aku ke 'checkpoint' gurad seterusnya. Tiba2..

Guard : Baju putih! Sini kejap..
Aku : *Sudah.. nak apa pulak ni..* (dalam hati).
Guard : Mana matric card awak?
Aku : *Aku pun keluarkan la tanpa banyak soal..*
Guard : Kenapa tak display?
Aku : Tak boleh nak display la cik. Takde tali.
Guard : *Sambil tunjuk ke arah fellow di sebelah dia* Jumpa fellow!

Tengok2 fellow tu Ust Najmuddin. Lalu..

Aku : Terlupa la ustaz.
Ustaz : Nak buat macam mana.. Haish. Nanti mitak kurang la dengan ustaz Hasan. Awak kan orang kuat Ustaz Hasan.. (Principal Mahallah)
Aku : *haha.. kuat la sangat*
Ustaz : *Setelah selesai menyaman, dihulurnya kembali matric card aku.* Mintak maaf la Nazrin!
Aku : Takpe la ustaz. Saya redha je la..

notakaki: Ceh! MRC pun tak lepas gak dari disaman. Ni saman aku kali kedua di CFS ni. First dulu sebab balik lambat.. Adeyai~~

Resipi : Ayam Masak Lada Hitam

bismillahirrahmanirrahim..

Jangan ingat korang dah tersalah masuk blog. Ni still blog SudutPadanganKu. haha. Kali ni aku nak share sikit ke-terer-an aku masak. Selain masak nasi dengan telur goreng serta maggie paket, aku jugak reti masak lauk pauk nih..

So, this time aku nak share sikit cara masak Ayam Masak Lada Hitam. Aku dah try resipi ni time Slaughtering Course kat mahallah. Aku bedal setengah ekor ayam buat lauk ni. haha. Resipinya :

Bahan2 :

1/2 ekor ayam yg disembelih (kalau buat ala2 filet lagi best)
1 labu bawang putih
2 biji bawang besar / 5 biji bawang kecil
5 camca besar lada hitam yang ditumbuk halus (sapa yg nak lagi pedas, tambah lagi black pepper tu)
3 camca besar sos tiram
2 camca besar kicap manis
Garam secukup rasa
Olive oil

Ni contoh yang aku buat hari tu.. Dah tinggal sikit je.. huhu

Cara memasak :

1. Sebelum mula masak, korang blend bawang putih, bawang besar/kecil dengan ladam hitam yang dah ditumbuk halus tu. Tapi jangan blend sampai hancur sangat. Nanti tak best rasa dia.

2. Panaskan minyak zaitun. Aku prefer guna minyak zaitun dari minyak lain sebab minyak zaitun ada special aroma and taste. Tapi boleh je guna minyak biasa (tak termasuk petrol ye..)

3. Dah panas tu, korang masukkan bahan yang dah dikisar tadi dan tunggu sampai naik bau. Api sedang2 saja. Jangan masak sampai garing. Nanti jadi bawang goreng pulak. haha

4. Masukkan filet ayam korang tadi dan gaul sampai sebati. Dah sebati tu, korang masukkan sos tiram tadi. Gaul dan tunggu sampai masak ayam tu. Tapi, bila dah nak hampir masak tu, korang masukkan kicap manis tadi. Boleh je kalau korang nak masukkan bawang holland. Nak kasi lawa sikit. =) Akhir sekali, korang masukkan garam secukup rasa. Garam takyah banyak pun. Sebab sos tiram tadi dah masin dah. Gaul sampai masak.

5. Bila dah siap, korang hidangla. Senang kan?? Boleh la hidang kat mak mertua nanti ke. haha

InsyaAllah, banyak je resipi aku nak kongsi. Sebab aku ni dah mula suka masak2 ni. Untungla bini aku nanti. haha

notakaki : Aku mula start masak masa aku form 3. Tu pun senyap2 je. Mak aku tak tahu. haha

Saturday, April 21

Apa macam Melayu mau hidup??

bismillahirrahmanirrahim..

Bila dah balik rumah ni, macam2 cerita la keluar kan. Tengah bersenang2 dekat kerusi empuk kat rumah ni, mak aku pun buka la satu cerita :


Mak : Epit tau tak. Hari tu mak pegi tempah baju kat Rawang. Dah sebulan lebih la. Minggu lepas, mak pegi balik la kat kedai tu sebab dia kata boleh siap sebulan.

Aku : Pastu? Asal? Tak sedap pakai ke?

Mak : Tak sedap apa.. Mak pegi tanya hari tu. Tak potong pun lagi kain tu. Baru nak tercari2 kain kat dalam bakul dia tu. Mak dalam hati nak je cakap kat muka dia tu, "Tu sebab la Melayu tak boleh hidup.."

Aku : haha. Tau takpe.

Mak : Hari masa pegi tempah tu. Dia ada cakap la yang kita ni kene sokong orang Melayu niaga. Dah tu, ni la jadinya. Sebab tu mak suka berurusan dengan cina. Cina, kalau dia janji dia buat betul2. Melayu ni hampeh je lebih. Mak rasa nak pulang balik je apa yang dia cakap hari tu.

Aku : Samalah. Kalau Epit nak deal, dengan cina memang bagus. Dengan Melayu ni, entahlah.. Bukan tak sokong orang Melayu, bukan nak jatuhkan bangsa sendiri, tapi tengok la sendiri. Dah tu, mak ambil balik la kain tu??

Mak : Mak biar je la kat kedai dia tu. Kalau dia dah siap, mak suruh dia call. Last2, mak pegi beli baju siap je kat Rawang tu.


So, orang Melayu ni jangan la nak berangan maju kalau etika kita berniaga masih lagi tak betul. Contohi orang cina dalam berniaga kat malaysia ni. Hakikatnya, Islam dah mengajar kita cara berniaga yang terbaik. Cuma kita ni je yang malas nak ikut.

notakaki : Walaupun orang Melayu ni letak harga murah, tapi kalau niaga tah hape2, baik tak payah niaga. Kalau cina, walaupun mahal, tapi berbaloi lagi memuaskan..

Penangan Cemburu Seorang Wanita

bismillahirrahmanirrahim..


LOL..

Orang perempuan memang kuat cemburu. Tambah2 bila laki diorang ni senyum2 sengih2 dekat perempuan lain. Time tu habis la korang wahai lelaki (aku pun kene jugak la..) Dicarinya sampai ke lubang cacing scandal mendel korang tu. Kalah FBI.. haha

notakaki: Tak salah jeles2 ni. Tapi kene bertempat la. Takkan la laki korang duduk sebelah mak mertua korang sendiri pun korang nak jeles. Tu nak kene panah petir tu. haha.

Friday, April 20

3 Minggu Berbaki di CFS

bismillahirrahmanirrahim..

Well. Sebagai graduating student, aku admit la yang aku amat happy bila dah nak habis foundation. Member aku kat universiti dan kolej lain masing2 dah masuk first year degree level. Aku ni baru nak terloncat2 habis foundation. Itu pun tak tau lagi boleh dapat ke tak course yang aku nak ni. InsyaAllah..

Melihatkan CGPA aku yang tak berapa nak kuat ni :: 3.67 :: , so aku kene la merenung dan merancang masa depan dengan elok2. And of course la aku kene struggle untuk final exam aku ni kan. Ada orang pernah kata kat aku:

DER! SYUKUR LA CGPA TINGGI.. KITORANG NI BERAPA KERAT JE PONG~~"


Itu aku tak tau la korang really care ke tak pasal masa depan korang. Bagi aku, kalau kita pikir yang orang lain ada lagi rendah, sampai bila la aku ni nak cakap pada diri aku :

"NAZ! KO DAH JAUH KETINGGALAN NI. ORANG LAIN DAH PEGANG BUNSEN BURNER, KO BARU NAK BELAJAR PEGANG MANCIS.. COM'ON LA DUDE.."

OK. Ni analogi je. Kita asyik duk pikir pasal ada orang dapat CGPA lagi rendah. Then, kita pun akan bersenang-lenang menembamkan punggung sebab dah ada orang lagi rendah. That's why I cakap dekat U yang kita ni kene look very forward. Sapa yang rasa nak maju, nak berjaya kene strive la. Jangan bila dah sangkut kat mana2, baru nak salahkan orang sekeliling. Tu yang salah orang kita ni..

Tayyib..

Dah nak hujung2 last semester ni, aku pun dah kene struggle untuk maintain CGPA. Satu minggu tinggal untuk study week, consultation segala bagai. Then, 2 minggu untuk exam. 3 paper je pong aku kene ambil. Tapi tu yang kene pulun habis tu..


Alhamdulillah. Kerja MRC aku dah semakin habis. Tinggal aku nak wariskan beberapa benda yang perlu untuk MRC sesi akan datang. Sapa pun diorang aku tak kisah. Aku tak nak diorang jadi macam aku dulu yang terpaksa mula dari scratch untuk buat surat. (Almaklum la SECRETARY la katakan..) Kene habiskan masa berjam2 untuk belajar buat surat dengan betul. Haish. Pengalaman~~

Dan masa ni la aku nak menyedut segala stok2 movie, drama (KECUALI KOREA. Aku tak suka.. haha).. Sebab time cuti nanti, kene ada leisure gak kan. =) haha. Adios..

notakaki : Setakat ni aku baru ada stok2 Pokemon dengan Digimon je. haha. Ok. Aku layan gak benda2 ni. =)

Find Me on FB

bismillahirrahmanirrahim..

OK. Aku admit yang aku ni dah lama sebenarnya nak buat FB page untuk blog ni. Tapi bila aku pikir2 balik, aku ni bukannya rajin sangat nak update blog ni. haha..

Bukan apa. Senang kot kalau ada sapa2 kat luar sana ataupun followers blog ni yang berapa kerat je tu nak update dengan posts yang aku publish. Lama gak la aku pikir. Aku pikir

BUANG MASA JE BUAT PAGE TU. BUKANNYA ADA YANG NAK LIKE PON~~

haha. Itu la yang aku pikir. Tapi gasak la apa yang nak jadi. Yang penting, blog ni jalan. It's the matter of the blog kan. FB page tu just nak promote je. And mudahkan orang nak baca.. =)


Plus, ramai je yang tak tahu yang aku dah tukar URL blog. Dulu aku punya URL

http://muttaqincorner.blogspot.com

Dah tu, aku tukar URL blog aku kepada

http://sudutpandanganku.blogspot.com

seperti mana yang ada sekarang. Sebab apa aku tukar? SAJE2 JE.. haha. Kalau korang tengok kat column blog aku yang kat sebelah kanan ni, korang boleh nampak LIKE button tu kan. Apalagi? Like la.. haha. Bukan apa. Senang la korang nak tau apa2 updated posts kat blog ni. OK. Adios!

notakaki: Thanks la pada member2 aku yang membuatkan aku teringat balik niat aku ni.. haha

Thursday, April 19

PTPTN : Apa depa kata?

bismillahirrahmanirrahim..

Bila bercakap tentang PTPTN waktu2 isu tengah hangat ni, salah cakap sikit pun boleh terbakar rumah dibuatnya. So, aku cuba lah nak ambil pendekatan dari sudut pandang aku yang tak seberapa ni. Benda ni jadi sensitif dengan tak semena2. Mungkin dah nak dekat kot tarikh Bersih 3.0 ni..


APA KES PTPTN NI?

Setakat pembacaan aku yang takde la selalu rajin sangat nak membaca ni, PTPTN ni ialah pinjaman dari segi kewangan kepada mahasiswa yang gagal nak dapatkan biasiswa untuk depa ni lanjutkan pelajaran. Dan setahu aku, PTPTN ni untuk golongan yang tak berkemampuan je. Kira nak tolong depa ni further study. Yela, kos hidup pun meningkat, duit nak beli buku pun kene 'tebal' jugak la setanding dengan ketebalan buku tu sendiri. Nak tak nak, kene la buat pinjaman. Kalau tak, mana la nak cekau duit kan~~

SO, APA YANG KECOH2 SANGAT?

Setakat yang aku tengok, depa ni nak mansuhkan la PTPTN ni. Sebab apa? PTPTN kira sedap bila dapat duit. Tapi tang nak bayar tu yang agak kelat sikit. Depa dok kecoh2 ni sebab kalau korang bayar RM 70 000, korang kene bayar dalam RM 90 000 balik (ni anggaran yg tak tepat ye..). Lebih kurang camtu la. Aku pakai kira jari je ni. Agak2 betul la kot.

Mana datang lebihan tu? Ada duit bunga (riba), ada kata duit nak proses pembayaran, ada kata duit orang atasan nak masuk poket depa yang tak penah2 koyak tu. So, yang mahasiswa ni naik hangin la kan sebab kalau korang pinjam banyak TU, banyak TU jugak la yang korang kene bayar. Yedak? Kira zalim la kan...


One more thing is depa ni duk persoalkan pendidikan percuma. Kalau negara2 lain boleh buat pendidikan percuma, kenapa tak negara 1Malaysia kita ni? Negara kita kan kaya. Duit zakat berlambak. Tapi diorang duk LAMBAKKAN dekat poket orang atas je. Tu yang depa duk canang satu negara yang depa ni tak nak pendidikan di-jualbeli-kan. Satu lagi, depa ni tak nak mahasiswa yang belum kerja lagi ni dah ada hutang keliling pinggang. Kan hutang tu satu beban kan??

APA KATA MAHASISWA LAIN?

Aku ni kira mahasiswa gak la. Tapi aku nak petik kata2 member2 aku yang duk rancak jugak debat benda ni. Ada mahasiswa yang setuju PTPTN dimansuhkan. Depa kata macam apa yang aku dah taip kat atas tadi. So, ada la mahasiswa yang setuju dengan demonstrasi yang dibuat kat Dataran Merdeka tu. Duk pacak khemah kat situ. Aku pikir ada camping apa la kat situ. Depa nak pendidikan percuma. Kira senang la, takyah pikir pasal duit dah. Masuk IPT, terus belajar. Then, graduate.


Ada jugak mahasiswa yang tak setuju dengan pemansuhan ni. Depa kata kalau kita mansuh PTPTN, mana depa nak cekau duit nak tampung makan minum, study semua? Fine la kalau depa kata pendidikan percuma kerajaan akan bagi. Tapi bukan sekelip mata boleh mansuh. Kalau terus mansuh, kesian la depa2 yang tak berkemampuan ni. Paling tidak, depa2 ni ada la duit nak makan minum, beli buku tebal2 tu. Nanti kalau dah kerja nanti, bayar la balik hutang tu

Ada jugak mahasiswa yang atas pagar je. Depa setuju kalau nak mansuh. Tapi depa tak setuju dengan cara mahasiswa yang duk berdemonstasi bagai nak rak kat Dataran Merdeka tu. Terjerit2 kat pegawai DBKL dan polis tu. Depa kata macam tak orang tak berpelajaran. Tapi MAHASISWA tu. Bila aku dengar pun, rasa malu nak gelar diri ni mahasiswa. Semoleknya, depa ni guna cara yang elok. Tak perlu nak duk pacak khemah kat sana. Then, memburukkan imej negara depan pelancong asing. Macam la negara kita ni teruk sangat.

Ada mahasiswa yang kata PTPTN tak payah mansuh, cuma molekkan sikit sistem PTPTN tu. Toksah la nak letak lebihan sampai beribu2 tu. Kalau nak letak denda lambat bayar sekalipun, toksah beribu2. Nanti takut timbulkan spekulasi macam sekarang ni. Tu la depa kata. Sebab kita tak tahu latar belakang keluarga orang lain macam mana. Depa kata patutnya PTPTN ni bagi pada yang golongan yang biasa2 je. Yang susah2 dan terer2 tu bagi biasiswa, yang kaya2 tampung sendiri.

APA KATA AKU SEBAGAI MAHASISWA JUGAK?

Aku tak boleh nak judge PTPTN ni macam mana sebab aku sendiri pun under biasiswa. Tapi aku tau macam mana rasa kene bayar hutang, aku tahu macam mana nak dapatkan pelajaran. Tapi orang kata, kalau kita tak merasa susah, kita takkan hargai hidup senang. Sama la jugak macam orang yang susah2 belajar, akhirnya depa dapat biassiwa. Sama je la analoginya.

Aku bukanlah suruh semua mahasiswa seantero negara ni rasa susah. Tapi, semolek2nya pelajari dari kesusahan supaya kita hargai kesenangan. So, aku sokong PTPTN tak dimansuhkan, tapi sistem pemberian dan pembayaran pinjaman perlu dikaji semula.

Dr. MAZA antara figura yang meminta agar PTPTN distruktur semula.
notakaki : Member aku cakap yang masyarkat Melayu kita ni dah terlalu 'dimanjakan' dengan duit. Dengan hak bumiputeranya, dengan itu dan ini. So, kalau boleh semua nak senang. Bila ada je susah depan mata, mula la nak melatah. Tengok macam cina. Depa tak dapat hak bumiputera. Ada depa buat demonstrasi tuntut hak sebagai rakyat? Depa kerja kuat, bersusah payah so that generasi depa nanti senang. So, wahai orang Melayu, jangan terus manja dan dilayukan..

Tuesday, April 17

MAB Futsal Carnival

bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah. Last program MRCMAB akhirnya berakhir. Biar aku story sikit kat korang pasal program ni. EHEM2...

Program : MAB Futsal Carnival
Team : 20 team
Mula : 9.00 am
Habis : 5.45 pm
Tempat : CFS IIUM


haha~~

Best tak story aku? ;p

OK. Untuk program kali ni, aku jadi Head of Catering Buraeu. Dan org bawahan aku ialah aku sendiri. Maknanya, aku sorang la. lolz. Cuma kali ni, aku rasa excited giler nak buat keje sebab first time dapat head Catering. Selalunya kalau ngan catering ni takat2 perabih makanan, takpun jd chef jemputan. *tersedak*

time ni tengah menggedik2 calling ngan caterer nak suruh hantar makanan awal. =)

Untuk program ni aku kene bagi makan 150 org. Termasuk komiti adalah dalam 160 perut2 yg perlu diisi. Aku diberi amount of money yg tertentu. *amount adalah rahsia* So, bagi aku amount agak sikit gak la. Lepas istikharah *part ni aku tipu* jap, then aku decide untuk tempah makanan yg agak grand2 gitu. Bagi aku grand la given that amount of money yang agak sikit..

Breakfast : Sandwich special and teh o'
Dinner : Chicken chop
VIP : Chicken chop, spagetti, cream caramel, air teh dan air mineral
VIPnya, Principal, dan kami sendiri. =)



Lunch xde sebab aku rasa macam tak perlu kot. So, sapa2 nak makan tengahari, kene la depa pergi ke cafe2 yg berdekatan. =)

Overall, futsal carnival ni memang best giler. Kenangan jadi Catering ni pun best. Ada sekali tu, aku keluar dengan sorang MRC lain nak pi beli kordial nak buat air. Kitorng pun pi la JayaOne kat Seksyen 17 PJ ni. Sampai kat sana dengan pakaian komiti yg sama, kami pun mencari la kordial. Tibe2 :

Aunty : Excuse me! Ni expiry date bile ye?? *sambil tunjuk kat kami botol sos tomato*
kami : =.=' (tanpa berkata apa2 dan kami saling berpandangan)
Aunty : Ops. Sorry..
Then, kami pun belah dari situ. Cis! Ingat kami pekerja Cold Storage ke?? Tau la kami pakai baju yg sama. Takpe. Kami akan ingat muka aunty tu.. haha

Part yang paling best bila ada je program ialah peluang untuk para komiti membantai lauk pauk VIP yg tak berusik tu. Biasa VIP tak datang pun bila program2 camni. Maka, rezeki Allah itu berpihak pada kami.. =)


Anyway, memang best program terakhir kami ni. Kenangan yg amat indah.

notakaki : Kalau program biasa, kami buat baju. Tapi kali ni kami buat topi. Style wa cakap lu. =)

Saturday, April 14

Kenapa air mazi itu najis?

bismillahirrahmanirrahim..

Masa aku kat sekolah rendah dulu, dalam kelas agama time belajar fiqah tentang jenis2 najis, aku tanya ustazah aku :

"Ustazah, apa beza air mazi dengan air mani??" Lalu berkatalah beliau,

"Air mazi ni air yang keluar sebelum air mani keluar. Sifatnya jernih. Air mani pulak warnanya macam putih telur. Air mazi tu najis, tapi air mani tak..."

Hmm.. Musykil di situ. Tempat keluarnya sama je. Tapi kenapa satu najis, satu lagi bukan. So, aku tanyalah kenapa berbeza pula. Jawab ustazah aku dengan hadis nabi:

Dari Ali r.a., katanya: Aku seorang lelaki yang kuat keluar air mazi, aku malu untuk bertanya kepada Rasulullah s.a.w. Lalu aku menyuruh al-Miqdad bi al-Aswad menanyakannya kepada Rasulullah s.a.w. Dia bertanya dan baginda s.a.w. menjawab: "Diwajibkan berwuduk. Seorang Islam hendaklah membasuh zakarnya dan hendaklah berwuduk." (HR syaikhani)

Pastu aku diam je la sebab Nabi dah cakap camtu. Setelah aku masuk UIA ni, time belajar pasal Reproduction Anatomy of Human, tetiba aku teringat balik kisah ni. So, aku bedah la buku Biology Campbell 9th Edition tu. Aku terjumpa la jawapannya dari sudut sains.

Yg ditunjuk itu ialah Cowper's Gland. Atas dia tu ialah Prostate Gland.

Ada satu gland (kelenjar) dalam reproductive system lelaki ni, namanya Bulbourethral gland atau jugak dipanggil Cowper's gland yang akan keluarkan air mazi bila meningkatnya keinginan seks. Air mazi ni sifatnya jernih. Bila air mazi ni dikeluarkan oleh gland tadi, maka ia bertindak sebagai pelincir untuk sperm (air mani) untuk keluar melalui urethra (saluran kencing).

Selain tu, air mazi jugak akan neutralize sisa air kencing yang bersifat acid yg masih lagi berbaki kat dalam urethra. Senang cerita, bila air mazi ni keluar je, ia akan bawak sekali sisa air kencing kita. Sebab tu la ia jadi najis. Ada air kencing kat dalam air mazi tu. Kalau air mazi terkena pakaian, kene cuci pakaian tu. Wuduk pun batal.

Then, bila air mani keluar pulak dah tak dikira najis. Sebab saluran kencing kita tadi tu dah bersih dari kotoran. Lagipun, sperm dalam air mani itu sendiri sifatnya bukan najis. Ia sejenis cell dari dalam badan je. Kalau air mani keluar, kene mandi wajib. Paham???  

Kan Islam tu Indah. Islam bagitau kita ilmu sains ni 1400 tahun yg lepas. Supaya senang kita nak beribadah. Agama lain ada?? Wallahu a'alam..

notakaki : Sains dan Islam tak boleh dipisahkan. Jangan jadi sekular. Sebab tu aku suka sains. Sebab dalam sains ada Islam, dan dalam Islam pun ada sains. =)

Friday, April 13

Number One For Me - Maher Zain

bismillahirrahmanirrahim..

A new song from Maher Zain in his latest album, Forgive Me entitled NUMBER ONE FOR ME had really caught my attention these 2 days. I dont know why but it seems like I couldn't really have my tight sleep these days. Hmm..

Number One For Me depicts about one's appreciation onto his beloved mother. The story line tells about this boy who used to be a mischievous boy doing much more of silly things. Haha. I remembered of myself. As he grown up, he realized that his mother had sacrificed many things and he tried to be like his mother.

Anyway, I'd want you to listen to the song (for those who haven't hear it before).


Here's the lyrics :

i was a foolish little child
crazy things i used to do
and all the pain i put you through
mama now i'm here for you

for all the times i made you cry
the days i told you lies
now it's time for you to rise
for all the things you sacrificed

oh, if i could turn back time rewind
if i could make it undone
i swear that i would
i would make it up to you

mum i'm all grown up now
it's a brand new day
i'd like to put a smile on your face every day
mum i'm all grown up now
and it's not too late
i'd like to put a smile on your face every day

and now i finally understand
your famous line
about the day i'd face in time
'cause now i've got a child of mine

and even though i was so bad
i've learned so much from you
now i'm trying to do it too
love my kid the way you do

oh, if i could turn back time rewind
if i could make it undone
i swear that i would
i would make it up to you

oh, if i could turn back time rewind
if i could make it undone
i swear that i would
i would make it up to you

mum i'm all grown up now
it's a brand new day
i'd like to put a smile on your face every day
mum i'm all grown up now
and it's not too late
i'd like to put a smile on your face every day



you know you are the number one for me
you know you are the number one for me
you know you are the number one for me
oh, oh, number one for me

you know you are the number one for me
you know you are the number one for me
you know you are the number one for me
oh, oh, number one for me

there's no one in this world that can take your place
oh, i'm sorry for ever taking you for granted, ooh
i will use every chance i get
to make you smile, whenever i'm around you
now i will try to love you like you love me
only god knows how much you mean to me

oh, if i could turn back time rewind
if i could make it undone
i swear that i would
i would make it up to you

mum i'm all grown up now
it's a brand new day
i'd like to put a smile on your face every day
mum i'm all grown up now
and it's not too late
i'd like to put a smile on your face every day

mum i'm all grown up now
it's a brand new day
i'd like to put a smile on your face every day
mum i'm all grown up now
and it's not too late
i'd like to put a smile on your face every day

the number one for me
the number one for me
the number one for me
oh, oh, number one for me




notakaki : Tu dia~~ Macam tak panjang la kan lirik dia. Anyway, memang best lagu ni. Oh! Kalau nak dengar tanpa loading YOUTUBE tu, ce buka mahallahabubakarfamily.blogspot.com .AUTOPLAY!

Ayam oh Ayam

bismillahirrahmanirrahim..

Minggu sebelum ni dah ber-TnC dengan semua member MRC yg tercinta. Minggu ni pulak (I mean minggu lepas la..) ber-ayam dengan MRCMAB pulak. Ala.. tapi MRC lain ada jugak. Tapi best la sebab ni kira program lain dari yg lain yg MRC penah buat.

Al-kisah, program kami ni dah dirancang lama dah. Tapi x sempat nak meeting bagai. Tapi working paper lepas dah. Officially, kitorng meeting 5 hari sebelum program. Pergh!! Huru hara aku cakap kau. Tak penah2 aku buat program dalam jangka masa kurang seminggu. Pengalaman beb..


Sehari sebelum event, adala kitorang pegi rewang2 kat Mahallah Fatimah Az-Zahrah (FZ) tu. Aku dah lama tak rewang2 gitu. Last sekali aku rasa time buat community service kat Pulau Carey dengan MRC. Tu la last kot. Tapi mmg best la rewang2 ni. Malam sebelum tu, aku datang la FZ nak check2 barang. Terjumpa pulak Zaidan. Apalagi, kalau dah jumpa dia ni, borak sakan la. Sambil2 racik serai tu, mulut jalan jugak. Maka, terkeluar la mcm2 story kan. Sharing moment la katakan. Walaupun pada hakikatnya ada la sekerat dua yg jeles tak boleh nak join kitorg berewang tgh2 malam buta tu. =)


Kitorang mula pagi sabtu tu dalam pukul 9 camtu. Actually, kitorg target dlm 50 org camtu yg dtg daftar tuk memeriahkan suasana. Yela, keje kurang 5 hari. Mana la sempat nak cari participant kan.. At last, MRC je yg penuh. Ada la berapa kerat je student mahallah aku yg ada. Aku time tu dah pening kepala duk pikir duit tak cover bajet kitorg. Adeyh..

Hmm.. Kalau ikutkan ni kali ketiga tak silap aku sembelih ayam. Best gak la. Rindu rasanya. Last sekali, aku sembelih kat ASiS, time buat sembelihan perdana. Syok woah~~ Dah sembelih2, cabut2 bulu, siang2 ayam,  then peram. Sambung pulak petang.

erk.. tengah gaul rempah sebenarnya.. 

comelkan. anak ustaz nidzam abdul kadir. Hasif nama dia kalau tak silap, kembar dia nama hatim. 



Actually, aku dah pakat2 dengan kak Emi ( staff ofis Mahallah Khadijah) nak join dia masak. Kira aku masak sekor, dia masak sekor. YA! AKU RETI MASAK EK. haha. Mula tu aku nak masak sekor AYAM MASAK LADA HITAM. Tapi bila tengok barang semua tak cukup. Bawang kecik pun ada la dalam 3 biji je. Aku balun mana yang ada je la. Ada la dalam  6 7 ketul ayam je aku amek. Yang lain, kak emi buat masak rendang.

Resepi? Mudah je. Kisar sekali bawang putih, bawang merah dengan lada hitam. Kalau agak2 nak lagi pedas, letak lada hitam byk sikit. Panaskan minyak (aku guna olive oil, sbb rasa dia akan jadi lagi sedap), tumis bahan kisar tadi. Dah naik bau, masukkan sos tiram. Gaul2, campak ayam korang tu. Dah nak masak, letak kicap manis sikit. Garam secukup rasa. Senang kan??

Tapi apakan daya, tak ramai yang boleh rasa air kaki tangan aku. Gambar pulak tak leh nak upload. Cis!!


Makan2, bakar2. Dah macam terbakar pulak gayanya aku tengok FZ tu. Berasapnya kalah hutan terbakar. Malam tu ada prize-giving session tuk best rooms of the mahallah, pemenang short film contest. Best gak la malam tu. Walaupun aku rasa letih giler kan. Tapi syok la. Pasni, mesti aku kan rindu time2 ni. Maka, aku abadikanlah dalam blog aku ni. =)

notakaki : Alhamdulillah, habis meng-ayam. Minggu ni last program of the session, MAB Futsal Tournament. Principal's Cup. Pastu, FINAL EXAM!!

Tuesday, April 3

Nazrin, lower your gaze!

bismillahirrahmanirrahim..

Terpana aku sekejap dalam kelas Biology tadi. Sedang aku masuk ke dalam kelas, aku ternampak sepersalinan pakaian yang bagiku amat cantik WARNANYA. Ala2 hijau kodroi gitu. Lantas terkeluar la perkataan ni :

"Miss, lawa lah warna tu.."

Ala2 gini la colour dia. Btw, dalam gambar ni bukan Miss Fi. Beliau pakai tudung labuh!!

Miss Fi hanya tersenyum. Macam biasa la dia dengan senyuman dia. Then, selang beberapa detik tu, aku puji la lagi sebab memang cantik. Nak buat macam mana kan?? Aku kalau suka satu benda tu, memang aku akan tersebut2 la. Then, bila aku dah puji buat kali kedua tu, maka berkatalah beliau :

"Nazrin, lower your gaze!"

Oh! Aku hampir terlupa etika dan 'pagar' aku sebagai seorang Muslim. Mula2 rasa sentap gak la. Aku bukan tengok dia, aku tengok WARNA baju dia. Tapi bila dah pikir2 balik, YA! Aku salah dalam hal ni.

Satu benda yang aku dapat dalam kelas BIOLAGY hari ni ialah tak kira apa jugak yang kita tengok tu, kalau bercanggahan dengan syariat, tetap tak boleh. Bila pikir balik, bukannya tengok body atau aurat atau apa2 pun. Just tengok warna je. Tapi, orang kata dari mata tu le bermula segalanya yang tak elok.

SO, LOWER YOUR GAZE!

notakaki : Inspite of banyak benda yang Miss Fi ajar BIOLOGY dalam kelas hari ni, itu je yang aku dapat. Which yang takde kaitan pong. Sorry la Miss. Otak tak center sangat hari ni~~


Monday, April 2

Please! Learn to respect others.

bismillahirrahmanirrahim..

To me, respect is a subjective thingy. It may take in any form of respect, to whom it will be delivered and at what time it may due. One may see respect is only to be delivered to people who have ranks in society, or maybe to people who they love the most.

Yup! Respect in that form dah betul, but tak precise. Sebab ape? Respect for friends, respect for members in society kena ambil kira jugak. Kita boleh gelak, boleh gurau. Tapi ada masa kita kena BELAJAR RESPECT them in the sense of menjaga hati mereka.

Kadang2 kita gurau kasar. Kutuk kaw2. Mungkin member korang tu jenis yang tak kesah. (macam aku!). Tapi manusia ni ada jugak hati dan perasaan. Mungkin dia nampak macam biasa je. Tapi dalam hati sapa yang tahu. Mungkin dia akan terguris kaw2 dalam hati (macam aku gak!) asbab satu dua perkataan yang dia rasa macam KETERLALUAN!

Senang citer. Gurau kene tengok orang dan personaliti jugak. Jangan main 'tembak' je. Respect to others ni kecil je, tapi sebab tak reti aplikasi, dia akan jadi MASALAH BESAR!!

notakaki : dalam hati ada taman...

Sunday, April 1

TnC 2012

bismillahirrahmanirrahim..

This week telah berlangsungnya satu lagi program MRC kat CFS ni. Haish.. Banyak betul program. Alhamdulillah. Program kali ni namanya Traditional & Cultural Week 2012. TnC 2012 pendeknya. So, kitorang ada la organize carnival, charity concert and sukaneka rakyat. Carnival ni seminggu, dari 26 sampai 31 Mac 2012. Charity concert plak ada UNIC, Saujana, Du'a, marhaban, qasidah, caklempong dan zapin ASiS and jugak dikir barat. Best beb. Banyak jumpa orang2 femes. =)


meeting dah macam tiap2 hari ada. Tapi yang best nya, meeting banyak kat padang. 
*ok. dalam gambar ni aku nampak sgt berisi. =0 

bersimpuh brother ni... 

ha.. si cantik jelita dua2 ni komiti TnC. yang baju jingga tu Program Director nya 

 bangga beb junior aku main caklempong. 
walaupun diorg tak salam cium tangan bagai ngan aku.. 

ni pong keluaran ASiS gak.. 

Saujana. lama dah tak nampak group ni. 
Tau2 je dah ada lagu yang amat hit, PATAH HATI~~ 

UNIC. Pergh!! Best beb. 
Tapi aku request lagu tak dapat. =( 

Actually, ni team catering. Aku ngan sorng dua lagi tetibe sesat kat dalam ni.. haha 

Ada mak kesah..?? 

Barisan komiti TnC bersama artis jemputan.. 

Ha... ni baru team aku. Team Sports & Competition dan akulah kepalanya.. 

Jejaka idaman para solehah Malaya. insyaAllah.. 

Kami bukan tugu traditional mahupun pun patung iklan wau...

aku tak tau kenapa.. tapi aku suka gambar ni. 
Yang sebelah kiri aku tu Ustaz Don.. o.0 

 

Time ni aku pulak yang jadi sibuk. Sebab ape? Aku kene handle Sukaneka Rakyat tuk program ni. Kalau nak diikutkan, ni kali kedua aku kene handle telematch macam ni. Dulu time Mahallah Open Day kat CFS gak. Mula tu, aku dapat jadi member biasa je team sport. Kira ok la. Sebab aku nak jadi orang bawahan je. Pening kepala woah jadi head ni. Tambah2 yg bahagian sport ni. Aku penah rasa dulu~~

Tibe2 bila first meeting, aku terkejut gak la sebab kena jadi head bureau. Dah la aku penah handle sport. Aku expect nak jadi bureau lain yang aku tak penah jadi. So, aku slow talk la ngan Program Director. Tak dapat gak. Nak buat cane, terima je la. 

Tapi kali ni, aku banyakkan kerja orang bawah aku. Sebab time dulu, aku je kene buat keje. So, kali ni aku bagi la orang bawah aku gain experience bila bekerja. Bukan lepas tangan, tapi agih tugas yg banyak. Nak tengok mcm mana diorang handle kerja diorg. Kalau tak buat, tak dpt pengalaman kan...

Futsal guna kain sarung pun boleh la.. Jangan tercabut kain tu sudah la ye.. 

Baju program.. 

Mulut aku tengah penuh ngan roti ni la dia nak amek gambar.. ish3
Makin jelas kemontelan aku.. 

Tarik tali bai~~ 

Tarik bang jangan tak tarik.. 

Komiti pun nak main gak..  amek la..
Tapi kalah gak. Nampaknya kemenangan mutlak tak berpihak pada kita. 

Aku tak tau la anak sapa ni. tapi cute sgt!!

Senamrobik boh~~ 

Nametag aku.. Head Bureau Sports & Competition. 

Alhamdulillah. Banyak benda aku dapat dari program ni. Banyak sakit kepala, pengalaman, kenangan dan 'suka2' aku dapat. haha. Mintak maaf la kalau aku penah buat sapa2 sakit hati sepanjang program ni. To my anak2 buah, GREAT JOB guys!! 

notakaki : satu je lagi. Pastu habis! Aku nak study plak..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...