Followers

Monday, April 30

Budak ART vs Budak SCIENCE

bismillahirrahmanirrahim..

Actually, aku dah lama nak tulis post pasal ni. Akhirnya dapat jugak. Alhamdulillah.

Kaifa hal, peeps?? =)
OK. Sebelum apa2, post ni berkenaan PANDANGAN AKU tentang budak2 arts dan science. So, agak2 sapa yg tak berapa nak suka tu, boleh click kotak yang ada tanda 'X' kat hujung atas sebelah kanan desktop anda. TERIMA KASIH!

Orite!

Aku selaku budak science sejujurnya agak AMAT KONTRA dengan SESETENGAH budak art yang aku kenal. Dan majoriti yang aku tengok pun memang agak kontra pun. Dan ke-kontra-an mereka2 ni dalam beberapa aspek :

1. Kreativiti

Tak aku nafikan yang budak2 arts ni memang berSENI habis. Dah nama pun art kan..?? *what do you expect nazrin... haish..* Tapi kadang2 diorang punya kreativiti tu agak diluar dugaan aku. Contoh; aku pernah attend satu meeting satu masa dahulu yang dikendalikan oleh budak arts. So, aku hanya expect MEETING adalah MEETING. Aku tak expect selain dari tu. Alih2...

"Meeting yang sepatutnya aku expect 2 jam telah menjadi 3 jam. Kerana MEREKA2 ini amat kreatif dalam membuat modul terlebih dahulu sebelum meeting bermula. Dan aku macam.. APAKAH INI???. Hello~~ Kalau nak meeting, meeting jela. Tak perlu la bermodul bagai. Kalau nak warm up pun, sepatutnya setiap org yg attend meeting perlu dah tersedia warmed up.. kan?? Aku dah rasa macam ada kat kursus motivasi je. Semangat MEETING yg aku bawak tadi terus kendur. Adeyai.."

Mungkin itu kot cara deme nak expresikan kreativiti mereka. Entahlah. Bagi aku, budak science memang tak perlu nak dibuat sebegitu. Walaupun muka nampak lalok je kan, otak jalan ma~~ Kalau nak buat time farewell party takpe la kan.. Ni time meeting. Business time!


2. Diam

Haha. Ni aku memang tengok rata2 budak science memang jenis diam je. Dalam erti kata lain, kurang bercakap. Macam aku la kan, aku ni kurang je bercakap. *jujur ni..*. Tapi kalau dah ajak bersembang, tak ingat dunia dah. haha. My point is kebanyakan conversation yang aku alami dengan budak arts akan dimulakan oleh budak arts tu dulu. Mesra alam gitu~~ Tapi, ada je masa aku rasa macam.. BAPAK ANNOYING nyer mamat ni!! Contoh :

" Di pagi hening subuh, sambil menelaah selepas membaca Quran, lalu terdengar la suara yang amat kuat memecah kesunyian..

'NAZ... bla. bla. bla...."

*Dalam hati* ' Ya Allah, kenapalah mamat ni tak reti2 nak diam pagi2 buta ni?? Tak nampak ke semua muka budak science kat sini dah ketat semacam...'

Begitulah  gamaknya. Memang la korang tengok budak science ni jenis tak bercakap, tapi otak2 kami amat ligat berfikir. Kalau nak diterjemahkan ke mulut kami ni, kalah korang.. haha


3. Kesusasteraan

Yang ni memang amat jelas la dalam kalangan member2 arts aku. Deme ni amatlah kaya dengan kosa kata dan kesusasteraan mereka, tak kisah BM mahupun BI. Yang paling hot, bila aku tengok FB la. Bermadah2 bagai. Tak salah pong~~ Aku pun ada je bermadah syahdu kat FB. Tapi, paling tidak orang paham jugak. Aku ni jenis yang baca setiap status org kat FB, cuma bila sampai part2 yang... hmm..  contoh:

"Manusia tidak akan dpt melepaskan sesuatu dari fikirannya. Hakikat yg dahulunya tidak bergantung pada pemandangan manusia itu pun akhirnya ciptaan fikiran manusia itu juga.Samada menimbulkan soal atau menjawap soal, itu pun fikiran manusia. Manusia adalah haiwan yang berfikir, berfikir adalah bertanya, bertanya adalah mencari jawapan. mencari jawapan adalah mencari kebenaran. Mencari jawapan tentang Tuhan, alam dan manusia ertinya mencari kebenaran Tuhan, alam dan manusia. Jadi pada akhirnya manusia adalah makhluk pencari kebenaran (mantiq)."

Tangkap leleh bai~~ haha. Tak paham la der. Manusia tu manusia la, pejadah haiwan pulak ni. Adoyai! Samada BM deme tinggi sangat atau aku ni jenis yang bebal tak reti2 nak paham mende. Straight to the point la beb! Kan senang nak paham. Aku dari jenis yang suka baca status orang, sampai part ni, aku skip. haha..

Konklusi aku adalah budak arts and science memang ada banyak beza. Kadang2 perbezaan tu membuatkan kita tak selesa. Tapi itu sebab Allah cipta kita berbeza. Supaya kita mengenali dan melengkapi. Kan??

notakaki : Ok! Pandangan aku ni takde kene mengena dengan sapa2 sama ada yang masih hidup mahupun yang telah tiada. =) Jangan terasa ok..

5 comments:

Fathanah said...

setuju!! :D

Unknown said...

aku budak sciart.....!!! science + art.... ha3....tapi lebih cenderung kat science laaa...

Nazrin Syafiq said...

zaidan, tukar la kos. join kitorg jd budak science.. =)

Unknown said...

are u sure budak science pndiam?? hahaha~ aku ingt lgi first time kau berckp dgn aku.. aku brmonolog.."sapa budak ni ttber tegur aku..ckp mcm dah kenal setahun"..lol...

Nazrin Syafiq said...

lol.. aku kira special case la. sebab nnti nak bekerja sekali kan. xkan nak diam je kot. haha.. tapi majoriti budak science memang pendiam la..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...