Followers

Friday, September 28

Alahai Pop Quiz~~

bismillahirrahmanirrahim..

Pagi tadi, tengah sedap dan khusyuk tidur study dalam kelas Dr. Haniki pasal Dosage for Pediatrics untuk subjek Pharmacy Practice, tetibe plak boleh jadi camni..

Dr Haniki : Ok. Guys, before we end our class today, these are questions you need to answer regarding today's topic. (sambil tunjuk ke slide presentation dia..)

Aku : *Banyak nya la.. hujung minggu nnti la buat*

Dr Haniki : Please take a sheet of paper, write down your name and matric number. You'll be given 5 minutes to answer these. Because this is a POP QUIZ!

Aku : *Blur* yeke ?

Dr Haniki : Ok. Guys. This is a pop quiz. You cannot discuss or anything. Ethics, please. Submit to me after this.

Aku : What the...? pfft..


First time aku kene pop quiz ni. Seriously, memang terkejut bebenor rasanya kene benda ni. Nasib baik aku takde lemah jantung. Kalau tak, tumbang rasanya. Giler betul!

Kalau lah aku tidur tadi, memang aku tak paham langsung la.. haish. Dah lah pop quiz dia pasal tajuk yang baru belajar hari ni. Kalau quiz pasal lectures sebelum2 ni, kira boleh gagahkan jugak la kan. Memang kental la.

Notakaki : Nasib baik subjek lain takde pop quiz. Setakat ni.

Sunday, September 23

JPA Buat Hal

bismillahirrahmanirrahim..

Pagi2 buta ni, JPA dah buat aku rasa nak mencarut sepanjang hari. pfft.

Aku memang respek JPA sebab JPA ni merupakan badan kerajaan yang membantu para pelajar dari sudut kewangan bagi meneruskan pelajaran. At least, itu apa yang aku nampak la. Mungkin ada lagi benda2 yang JPA buat yang aku tak tahu kan.

But then, sudut pandang aku terhadap JPA ni sedikit meleset bila depa ni dah mula buat hal. Kenapa aku kata macam tu? Cer tengok printscreen kat bawah ni..

JPA keluarkan senarai semak ini pada 12 September 2012 dengan 3 borang sahaja

JPA keluarkan senarai ni pulak pada 18 September 2012. Tambah 1 borang lagi dan IC penjamin sekali.

Yang ni, JPA keluarkan pada 23 September 2012. Tambah pulak nak pengesahan IC penjamin pulak. 
Macam tak bengang la kan~~~ Dah la kena hantar 1 October 2012. Memang la lambat lagi kan. But then, kalau duk asyik update je benda yang kene print out, jadah cane plak tu? Tak boleh ke keluarkan sekali terus je.. Kan senang. Macam mana pulak kalau orang yang susah nak contact penjamin? Ingat senang2 ke jumpa penjamin, mintak pengesahan bagai tu..? Jangan la suruh orang lain buat kerja dua kali..

As a government body, they should know what students need to print and get approval. Bukan selalu update tanpa keluarkan notis. Be profesional la beb. Bukan semua orang ada access ke Internet (walaupun kita duk kat Malaysia yang sangat maju ni..).


notakaki : Tak suka la buat keje last minit ni..

Saturday, September 22

Protes "Innocence of Muslim" Di UIAM Kuantan

bismillahirrahmanirrahim..

Semalam (21 September 2012) bertempat di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM Kampus Kuantan telah berlangsungnya satu protes aman menentang pembikinan filem 'Innocence of Muslim" oleh kafir dan musyrikin laknatullah.

Aku berkesempatan menyertai protes tu selepas solat jumaat (walaupun patutnya aku ada group discussion waktu tu..haha.). Aku sedikit teruja kerana ia dilakukan di perkarangan hadapan masjid dan disokong oleh pihak universiti sendiri.

Tujuan protes ni lebih kepada melahirkan semangat membantah pembikinan sebarang penghinaan terhadap Nabi tercinta, Muhammad s.a.w. Khutbah Jumaat hari tu pun pasal 'Mencintai Nabi'. Berkobar2 rasanya time tu.

Walaupun bukan semua student UIA yang turun, tapi bilangan yang hadir amat memberansangkan juga. Protes ni dijalankan secara aman dan tidak melibatkan apa2 perkara yang diingini berlaku.

Seronok juga sebenarnya. Selain berkobarnya semangat melihat para wakil Kulliyyah memberi ucapan dan peringatan, aku sebenarnya tersentuh dan sedih dengan penghinaan terhadap Baginda s.a.w.  Bila berkumpul macam tu, baru lah aku sedar bahawa bukan aku sorang je yang sedih dan kecewa, rupanya ramai lagi umat Muhammad ini yang masih cakna dengan kemuliaan Baginda.

sisters yang berarak dari mahallah (kolej kediaman) menuju ke perkarangan masjid

bersemangat


brothers dah mula berkumpul


notakaki : Hidupkan semangat kecintaan terhadap Nabi kita bukan sekadar di pentas2 demo mahupun protes, bahkan sepanjang hidup kita sebagai umat Baginda.

Wednesday, September 19

Lirik : Aku Yang Berdosa by Shahir

bismillahirrahmanirrahim..



Lirik:

-

Sejauh Mana
Langkahku Di Sana
Aku Melupakan MU

Seluas Mana
Kau Beri Padaku
Masih Ku Angkuh Pada MU

Segalanya Dusta
Gelap Mengaburiku

Ya ALLAH
Apa Yang Bisa
Ku Tebus KepadaMU
Atas Dosaku

Ya ALLAH
Hina Terasa
Biar Ku Bersujud
Untuk Ke SyurgaMU

-

Aku selalu dengar lagu ni, tapi tak sempat sangat nak share ngan engkorang.

notakaki : Tersentuh sedikit dengar lagu ni...

Sunday, September 16

Siswi IPTA Ber-Gangnam Style

bismillahirrahmanirrahim..

Cer tengok dulu. Then komen sendiri.


Mahasiswa disebuah universiti di utara telah melakukan tarian "Gangnam Style" yang jelas sekali menjolok mata pada Malam Apresiasi Seni Minggu Suai Kenal. 
Sangat mendukacitakan kerana mahasiswa/i yang baru nak mengenali alam kampus sudah dihidangkan hiburan yang melalaikan seperti ini, bukan dengan hiburan yang mendekatkan lagi dengan Allah.

Ini merupakan description yang ada pada video ini kalau korang buka Youtube.

Aku ingat aku tengah buka video pasal disko yang sedikit educated tadi, yang menampilkan para mahasiswi yang intelektual lagi 'membalut' aurat dengan rapi. Cis!! Meleset sedikit sangkaan aku..

Aku pun tak tahu mana silapnya.

Sepatutnya, pihak universiti mendidik para mahasiswa-mahasiswi ini cara mengadaptasi diri dengan persekitaran yang baik (biah solehah). Bukannya dengan mendidik depa ni tarian 'hot' yang kelihatan terkinja2 atas pentas tu.

Kalaulah mak bapak depa ni nampak, agak2nya depa dapat senyum lebar ke sambil mengatakan..

"Tak sia2 kita hantar Si Senah tu belajar kat universiti tu. Dapat jugak dia menari2 atas pentas tu, terkinja2. Kiut sangat. Tak lama lagi kita dapat cucu la kan. Yedak?"

o.0 Astaghfirullah al-'azim..

Matangkanlah pemikiranmu wahai para mahasiswa dan juga pihak universiti. Universiti atau kolej ialah tempat menuntut ilmu, bukannya menuntut dosa dan bala. Minggu Orientasi atau Suai Kenal atau Ta'aruf merupakan platform terbaik untuk membina biah solehah. Kalau mula2 dah macam ni, lepas2 ni macam mana la agaknya.. Na'uzubillah. Doakanlah yang terbaik untuk kita bersama.

notakaki : Mungkin depa ni mahasiswa fakulti Seni Tari kot..

Saturday, September 15

Blog Ketiga Aku

bismillahirrahmanirrahim..

Kencang je bunyi. Sampai ada 3 blog lagi. hahah

Bermula semalam, aku telah memulakan blog yang ketiga untuk aku sebagai admin. Blog yang pertama2nya sudah tentulah blog aku ni kan..

Blog yang kedua ialah blog Mahallah Abu Bak'r sewaktu aku berkhidmat sebagai MRC dolu2. Dan kini blog tu sudah aku tinggalkan sebab aku dah tak layak nak jadi admin blog tu. Dah graduate dari CFS la katakan.. haha


Semalam, aku telah melancarkan sebuah blog yang aku dipertanggungjawabkan sebagai admin. Blog yang ketiga itu ialah blog Rx11 @ IIUM. Sebuah blog untuk pharmacy student batch aku, iaitu Rx11.


Kalau nak dikirakan, aku tengah handle 2 blog je la sekarang ni. Dan aku harap sangat yang blog official aku  ni tak ditinggalkan bersawang sepertimana dolu2.

notakaki : Pening kepala jaga dua blog ni. Tapi best sangat!!

Thursday, September 13

'Amorphous Solid' Dalam Solat

bismillahirrahmanirrahim..

Aku tertarik nak share satu benda yang aku dapat dalam kuliah 'Physical Pharmacy' bertajuk 'Properties of Solids' bersama Dr. Kausar Ahmad.

Beliau bincangkan pasal Types of Solid, iaitu 'Amorphous' dan 'Crystalline'. Dan beliau explain properties of amorphous solid ni dengan cara yang cukup mudah..


"Amorphous solid mempunyai structure yang tidak tetap dan tersusun dalam keadaan yang berterabur. Maka, ia mudah untuk diserap masuk ke dalam sistem badan compared to crystalline solid yang mempunyai sususan yang teratur dan rapat."

*kruk..kruk..kruk..* Muka student pun dah macam blur2 je sebab kuliah waktu tengah hari. Bila dah macam tu, dia explain la dengan menggunakan analogi yang mudah...

"Macam ni la. Struktur amorphous solid ni tak rapat. Jarak2. Maka, senang la bahan lain nak react dengannya. Just masuk dalam ruangan2 tu. Sama juga la macam solat. Kalau solat kita dalam saf tak rapat, senang tak syaitan nak masuk mencelah. Senang tak dia nak kuasai pemikiran kita?? Senang kan..."


Aku pun tergamam seketika. Hebat gak analogi beliau. Hubung kait antara sains dan solat, hatta analogi sekalipun.

notakaki : Setidak2nya, orang macam aku ni dapat dua benda dalam kuliah tu. Satu ilmu pasal amorphous solid, dan satu lagi pasal menyempurnakan saf solat.. =))

CELAKA!! Video Hina Nabi Pula Disiarkan..

bismillahirrahmanirrahim..

Lagi movie yang menghina kasih hati kita, Nabi Muhammad S.A.W. Betapa bangsatnya bangsa2 yang menghidangkan masyarakat dunia dengan video yang amatlah celaka ini. Video ni diberi nama 'Innocence of Muslim'


Sound video ni tak berapa nak jelas. Mungkin disengajakan. Tapi apa yang aku dapat detect dari video ni ialah mereka mendakwa Nabi Kasih Hati kita ini seorang yang gila seks. Malahan, mereka menggelarkan Baginda Junjungan kita seorang 'bastard' atau anak luar nikah. Nastaghfirullah..

Ya Allah.. Betapa sedih dan hancur luluhnya hati2 kami ini.

Bangsa2 celaka dan bangsat ini tidak lagi boleh dimaafkan. Mungkin saja bangsa2 laknatullah ini beranggapan bahawa...

"The Muslim are very forgiving. Once you make them angry or mad, you can just apologize to them and they will forgive you. No matter how big the matter is..."

Sebab tu lah bangsa2 celaka ini senang lenang buat kita terbakar hati, sebab apa? Kita hanya marah dan diam. Setidak-tidaknya kita perlu menyedarkan orang sekeliling kita tentang kecelakaan diorang ni. Macam yang berlaku di Libya di mana terdapat protes ke atas movie ni setelah ia disiarkan. Sampai menyebabkan seorang rakyat Amerika mati.

Movie ni di-publish 11 September lepas (Selasa).

notakaki : Terbakar hati... =(

Wednesday, September 12

Aku Jadi Adik Angkat..

bismillahirrahmanirrahim..

Alkisah ni saja je aku nak share dengan sesapa yang sudi nak baca. Ni more to kisah peribadi. Kes2 abang dan kakak angkat kat sekolah dolu2.

Aku sure ada antara kita ni pernah di-offer atau meng-offer seseorang untuk jadi adik/akak/abang angkat kan? Sama juga la dengan aku. Aku pernah di-offer oleh seorang abang ni. Beza setahun je pong. Nama dia Asyraf. Kisah ni berlaku waktu aku hujung tahun darjah 5.

Al-kisah...

Asyraf : Nazrin, nak jadi adik angkat abang tak?
Aku : Adik angkat?? *blur2* hmmm...
Asyraf : Macam mana?
Aku : Tak tau la bang.. Saya kena tidur rumah abang ke??
Asyraf : hahaha... Takdelah. Jadi macam biasa2 je. Cuma macam adik je la..
Aku : Owh.. haha. Saya tak pernah kena tanya macam ni. Tu yang pelik tu..


HAHAHAHAHAH!!!

Aku pun tak tau la kenapa aku tanya soalan macam tu. Biasalah budak2. Ape benda la yang aku tau sangat kan.. adoyai.. haha

notakaki : Nasib baik la dia tak jawab kene tidur rumah dia.. Kalau tak, aku lari dulu.. haha

Sunday, September 9

My Belated-birthday Present by Jazmi

bismillahirrahmanirrahim..

Post kali ni memang aku dedicate khas untuk Ahmad Jazmi (Facebook) & (Blog).

Birthday aku jatuh pada hari Rabu lepas, iaitu 5 September hari tu. So, tak banyak la wish yang aku dapat since aku takde la femes mana kan.. *rendah diri*

Al-kisah..

Pada malam 9 September (hari ni la), bila aku balik dari makan kat luar dengan rumet aku, tetibe compartmet-mate aku cakap :

Helmi : Weh, sapa punya buku ni, 'Akhirnya Ku Temui Cinta-Mu'??
Aku : *sambil memandang buku tu* Sapa punya tu Helmi?? Nak pinjam.. Dah lama kot aku mengidam buku tu,
Helmi : *sambil memanggil tuan punya buku tu* Tadi aku nampak Jazmi pegang buku tu.. Dia punya kot..
Aku : Jazmi punya? Datang sini tak bagitau pun..*cis*
Helmi : Jap2, aku call dia..



Lepas habis dia call, then dia cakap

Helmi : Jaz nak bagi buku tu kat ko..

Bertambah musykil la aku. Kenapa pulak Jazmi nak bagi buku tu kat aku? Macam tau2 je aku mengidam nak baca buku tu. Dah merata aku mencari buku tu. Pastu, aku pun call la Jazmi. nak clarify benda ni. At last, bila dia suruh aku buka buku tu dulu, aku nampak la benda ni...


Pergh!! Terharu bai~~ Dah lama gila aku cari buku ni. Aku tak tau kenapa, tapi memang aku cari la buku ni. Sedih gembira aku bila dapat buku tu. Katanya lagi, dia tau aku dah lama cari buku tu. Tu yang dia bagi buku tu. Terima kasih banyak2 la Jazmi.. Aku sayang ko!! =))

notakaki : Ni la yang kita panggil, Sahabat Hingga Ke Syurga..

It's The 300th Post!!

bismillahirrahmanirrahim..


ok. tu je nak bagitau. hahah

notakaki : Alhamdulillah...

Leading The Way (IIUM Song)

bismillahirrahmanirrahim..

Lagu ni kira ok gak la.. Better dari CFS IIUM song kot.. haha


Lirik :


Lets lead the way
Enlighten the future
Share the wisdom
Through the spirit of Islam
Revelation and Reason
We shall excel, we shall prevail
Merging faith and knowledge
We 're the khalifah
We will fulfill the Amanah
Chorus:
Together,
We make the world a better place
Forever,
Expand the culture of Iqra
IIUM,
Is to realise, the meaning of
Rahmatan lil-Alamin
Together,
We make the world a better place
Forever,
Expand the culture of Iqra
IIUM,
Is to realise, the meaning of
(Mercy to all the worlds)
For all mankind


notakaki : Mood nak start study.. *wink2*

Eksklusif : Punca Lelaki Jadi Gay

bismillahirrahmanirrahim..

Kenapa aku letak 'EKSKLUSIF' kat situ? Sebab apa benda yang aku nak share kat bawah ni merupakan perkongsian eksklusif member aku yang 'malangnya' telah terjerumus ke kancah yang dimaksudkan di atas.
So, kira sumber yang REAL HABIS la ni..

Nama panggilan member aku ni ialah Jay. Dia sebaya dengan aku dan aku kenal dia ni di tempat aku pernah menuntut ilmu satu ketika dulu. Pada mulanya, dia merahsiakan perkara itu pada aku dan akhirnya, kantoi jugak. haha.. Tapi, aku tetap menerima dia sebagai sahabat aku..

Dia bagi aku permission untuk berkongsi dengan korang semua tentang punca2 seorang menjadi gay ni atas sebab dia tak nak orang2 lain 'terkantoi' macam dia jugak.. Dia bagi aku point2, dan aku elaborate la..


SILA BACA ARTIKEL INI SECARA ILMIAH. 
_______________________________________________________________________________

Kebiasaannya, seorang gay bermula dari seorang yang straight. Tetapi, atas sebab2 tertentu, depa ni terjerumus ke kancah gay. Banyak sebenarnya punca2 orang jadi gay ni.

1. Pengaruh Keluarga

Seorang bapa yang 'gay' atau 'bisexual' boleh mempengaruhi anak depa. Biasanya, kes2 macam ni melibatkan hubungan seks terlarang yang terjadi antara depa dengan anak2 depa. Anak2 yang sedang membesar akan menjadi keliru dengan identiti depa, khayal dalam dunia seks terlarang dan terus menjadi gay.

Dan banyak jugak antara depa ni yang mempunyai ahli keluarga perempuan yang ramai. Tak kira la adik beradik ke, mak ke, jiran tetangga ke.. Semuanya boleh menyebabkan lelaki cenderung untuk bersifat ke-perempuan-an dan tertarik kepada lelaki. Sebab tu jugak la ramai yang kita tengok orang2 yang 'lembut' ni.


2. Pengaruh Video Lucah

Biasanya, lelaki macam ni akan bermula dengan video straight (lelaki dan wanita). Dan bila depa ni lebih suka tengok lelaki dari wanita, maka video yang straight akan berubah menjadi 'bengkok'. Sebab apa depa nak tengok lelaki pulak? Cer tengok punca yang seterusnya ni.

3. Onani dan Fizikal Badan

Di awal2 tumbesaran seorang lelaki, ada sahaja lelaki yang cenderung untuk beronani atas alasan melepaskan 'gian'. (AMARAN : ONANI DILARANG DALAM ISLAM) Namun, bagi sesetengah yang 'malang' ni akan kecewa dengan fizikal badan mereka sendiri, yakni dengan bentuk, saiz, dan apa2 jugak yang berkaitan dengan badan. Sehinggalah suatu tahap depa akan admire dengan bentuk badan yang ideal orang lain dan terbayang2 dengan bentuk yang demikian.

Sebab tu jugaklah timbul kes2 orang skodeng sesama jantina, meraba dan sebagainya.


Paras wajah pun jadi satu masalah juga. Kes2 macam ni bermula dengan muka2 lelaki yang dikategori sebagai 'jambu' dan seakan-akan wanita. Tu yang sangkut tu. Benda macam ni applied juga untuk depa2 yang tidak mempunyai paras wajah yang menarik. Depa lebih admire untuk mendapatkan wajah yang attractive, sehinggakan menjadi sebab depa lebih suka untuk menatap wajah lelaki lain.

4. Kecewa dengan Wanita

Bila seorang lelaki bercinta dengan seorang wanita, pastu kecewa, maka depa akan frust 'menonggeng' la. Kebencian terhadap wanita akan mula meluap dan akhirnya lebih cenderung  untuk 'bercinta' dengan lelaki.

5. Kita Sama-sama Lelaki

"Rileks la bro, kita sama2 lelaki. Apa nak malu...??"


Benda macam ni sering terjadi, tambah2 lagi bagi depa yang bersekolah asrama. Kes "RILEK LA.." ni akan dimulai dengan keberanian seorang lelaki untuk mendedahkan bahagian badan depa kepada lelaki lain. Contoh mudah. Kes tukar pakaian. Buka baju, buka seluar, tinggal spender takpun boxer. Maka, mata2 yang liar ni akan 'merayau' ke arah yang tak sepatutnya.

______________________________________________________________________________

Itu merupakan sebahagian punca2 yang menyebabkan tercetusnya gejala gay ni. Aku pun tak tau macam mana perasaan seorang gay sebab aku tak penah mengalaminya. Mungkin depa rasa bersalah tapi tak dapat nak melepaskan diri dari belenggu diri depa

Apa2 pun, pulanglah ke jalan Allah. Kita harus ingat. Batasan pergaulan antara lelaki juga ada. Kita tak boleh sesuka hati buat 'free show' kat lelaki lain, apatah lagi kepada wanita. Aurat tetap aurat. Sebab tu Islam menetapkan batasan aurat, hatta sesama lelaki sekalipun..


notakaki : Nabi tak ngaku umat bagi sapa2 yang gay ni...

Saturday, September 8

Wahai Muslim, Janganlah Paranoid Sangat!!

bismillahirrahmanirrahim..

Sesetengah dari masyarakat Islam Melayu, khususnya di Malaysia ni kadang2 paranoid sangat tentang hal2 dunia yang depa fikir membimbangkan depa. Apa yang aku maksudkan dengan paranoid ni?

Paranoid ni ialah pemikiran yang sering dipengaruhi dengan ketakutan atau kebimbangan, dan kadang2 tu terlalu melampau dan tidak rasional.

Pemikiran depa ni dibayangi dengan 'kekuatan' sesebuah elemen luar yang membuatkan depa ni takut atau bimbang.. *tu dia. ayat falsafah tu..*

Senang citer, macam ni la..


1. Orang Islam Melayu Malaysia ni paranoid sangat dengan Israel.

"Ko tengok Piramid tu. Semuanya bentuk 3 segi. Ni mesti konspirasi Dajal dengan Israel. Patut runtuhkan je piramid tu.."

"Eh Kiah. Ko simpan pinggan bentuk 3 segi ni? Ish~~ ko ni tak tau ke yang Yahudi yang rancang benda 3 segi ni? Ni untuk Dajal makan tau. Guna pinggan 3 segi macam ni la.."

"Wei Man. Cuba ko tengok bendera Malaysia tu. Kan ada bintang 14 bucu tu kan. Kalau ko tengok betul, ada macam bintang Yahudi tau.. Tengok betul2. Kalau ko tarik hujung bucu tu ke bucu ni, padam yang itu yang ini sikit, kan dah macam bintang Yahudi tu. Ish! Teruk betul Malaysia ni kan..."

"Tipah, ko tengok lantai marmar masjid ni. Semuanya bentuk 3 segi ni. Hitam putih lagi. Ni mesti ada agenda Freemason dengan Illuminati ni."

2. Paranoid tentang lagu Gangnam Style Menghina Nabi

Korang boleh baca post aku pasal benda ni.. KLIK SINI

Dah kalau PSY tu buat tarian kuda, so what? Depa tau ke macam mana naik burroq? Terkinja-kinja macam tu ke? Dah la fakta tu salah, timbulkan pulak kata2 yang ada pihak menghina Nabi. Tak ke timbul fitnah tu?


Mindset nya mudah..

"Kalau kita yakin sangat yang bawah tanah ni ada emas jongkong, pastu kita gali, even jumpa batu bentuk 4 segi pun kita akan cakap itu emas"

"Kalau lah si Bedah tu jahat macam Iblis, even dia petik daun tepi jalan pun korang akan kata dia jahat"


Nampak tak? Ini mungkin contoh yang pelik, tapi mungkin saja berlaku. Kebiasaannya, orang yang paranoid ni akan berfikir secara melampau dan tidak rasional. Orang belum Islam akan tepuk tangan la bila tengok umat Islam kita ni disibukkan dengan hal2 paranoid mereka dan tak berusaha memperbaikinya.


notakaki : Ubat kepada paranoid ialah berbaik sangka, siasat sesuatu fakta yang diterima dan jangan buat cerita yang bukan2. Kholas..

Lagu Gangnam Style : Hina Nabi?

bismillahirrahmanirrahim..

First and foremost, aku bukanlah peminat lagu2 korea ni. Apatah lagi nak khusyuk dengar lagu2nya dan menatap laptop sambil bersimpuh duduk tengok Running Man.

Tapi apa yang aku nak share di sini ialah kenyataan dari sebuah blog yang menyatakan bahawa lagu Gangnam Style ni boleh membuat seorang Muslim itu murtad. Sebabnya lagu tu menghina Nabi di atas peristiwa Isra' Mikraj.


Untuk berita penuh, korang baca ni..


Maka, aku search la lyrics lagu yang depa maksudkan dengan lirik "konon ada binatang burroq, konon boleh sampai ke langit ke-7".. At last aku jumpa lirik lagu tu di KPOPLYRICS. 

English Translation:

Oppa is Gangnam style
Gangnam style
A girl who is warm and humanle during the day
A classy girl who know how to enjoy the freedom of a cup of coffee
A girl whose heart gets hotter when night comes
A girl with that kind of twist
I’m a guy
A guy who is as warm as you during the day
A guy who one-shots his coffee before it even cools down
A guy whose heart bursts when night comes
That kind of guy
Beautiful, loveable
Yes you, hey, yes you, hey
Beautiful, loveable
Yes you, hey, yes you, hey
Now let’s go until the end
Oppa is Gangnam style, Gangnam style
Oppa is Gangnam style, Gangnam style
Oppa is Gangnam style
Eh- Sexy Lady, Oppa is Gangnam style
Eh- Sexy Lady oh oh oh oh
A girl who looks quiet but plays when she plays
A girl who puts her hair down when the right time comes
A girl who covers herself but is more sexy than a girl who bares it all
A sensable girl like that
I’m a guy
A guy who seems calm but plays when he plays
A guy who goes completely crazy when the right time comes
A guy who has bulging ideas rather than muscles
That kind of guy
Beautiful, loveable
Yes you, hey, yes you, hey
Beautiful, loveable
Yes you, hey, yes you, hey
Now let’s go until the end
Oppa is Gangnam style, Gangnam style
Oppa is Gangnam style, Gangnam style
Oppa is Gangnam style
Eh- Sexy Lady, Oppa is Gangnam style
Eh- Sexy Lady oh oh oh oh
On top of the running man is the flying man, baby baby
I’m a man who knows a thing or two
On top of the running man is the flying man, baby baby
I’m a man who knows a thing or two
You know what I’m saying
Oppa is Gangnam style
Eh- Sexy Lady, Oppa is Gangnam style
Eh- Sexy Lady oh oh oh oh


Dan aku tak nampak satu ayat pun yang sama dengan lirik depa ni. Ni la namanya menuduh tanpa bukti. Aku pun tak tahu lah mana depa rembat ayat2 tu, tapi kalau nak sentuh pasal hina2 Nabi, sila sensitif sikit. Aku ni bukanlah peminat benda2 korea ni pong, tapi benda ni applied kepada semua keadaan. Jangan main 'tabur' je cerita tanpa usul. Silap2, instead of dapat menyedarkan orang ramai, kita pulak telah menyesatkan orang lain.

notakaki : Aku tak tau la niat depa ni apa. Kalaulah lirik hinaan tu depa yang buat sendiri, atau tolong sebarkan lirik hinaan tu, hmmm.... aku pun tak tau nak cakap dah. Pandai2 ingatlah..

Friday, September 7

BerTa'aruf @ IIUM Kuantan 2012/2013

bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, aku sudah selamat mendarat di bumi Kuantan ni untuk menjadi sebahagian daripada keluarga IIUM Kuantan.. *skema sikit ayat ni*


Aku mula daftar pada 4 September 2012. Pepagi buta aku dah terpacak kat Office of Campus Director (OCD) untuk register. Aku ingat aku yang paling awal, rupanya dah ramai yang mula daftar. Cis!! Dah register bagai, aku pun pi la check in kat mahallah.

Mahallah untuk brothers ada 2, satu Mahallah at-Tabari dan Mahallah Talhah. Dua2 kat luar kampus. So, sapa2 yang ada transport sendiri tu kira beruntung la kan. Tabari tu mahallah yg dekat dgn kampus, so kalau menapak ke kuliyah pun tak la jauh sangat pun. Tapi kalau sapa2 yang duduk Talhah, konfem2 kene ada transport sendiri. Shuttle bus ada je disediakan. Tapi biasa la melayu kan.. Kalau pukul 8, 8.30 baru tayar bergolek..


Memandangkan aku ni duduk kat Talhah atau nama gelemer-nya IM2 (Indera Mahkota 2), so aku boleh cerita apa yang ada kat IM2 je la. IM2 ni aku anggarkan dalam 4km dari main campus. Kalau nak menapak tu sejam gak la. Kalau hujan, kirim salam kat lecturer je la.. hahha.. Di IM2, facilities yang ada di mahallah ialah HANYA surau, office, water cooler and dispenser, security, dan kucing2 yang comel kat sini..

Di-highlight-kan, TIADA kiosk, cafe, kedai mamak, cybercafe, kedai printing/fotostat dan sebagainya. Memang best, kan??


Kalau nak cari makan, kene berjalan kaki (bg yg xde transport sendiri) ke kedai2 yang berhampiran (walaupun x berapa hampir). Keliling mahallah merupakan kawasan perumahan. So, memang agak sunyi jugak la. Kalau nak ke bandar Kuantan pulak, korang boleh la mintak member korang hantar, tak pun call teksi ke. Sebab sepanjang apa yang aku nampak, public transport kat Kuantan ni macam takde. Bas tak lalu pun dekat kawasan IM2. Bus stand apatah lagi nak diharapkan.. hmm.. =(

Taaruf Program di UIA Kuantan ni agak simple. Kami diberikan briefing2 yang berkaitan dengan semua department dan office yang ada di UIA. On the second day of Taaruf tu la yang paling informative. Dalam masa 4 jam, kami dihidangkan dengan 7 briefing daripada pelbagai department. Best, kan? Nak muntah rasanya dengar briefing berlambak2 ni.. adoyai~~ But then, benda ni semua untuk kebaikan kitorang gak. Kalau tak, x kenal la kampus sendiri. Yedak?



Then, kami perlu buat Islamic Cultural Night, yang mana student di-group-kan ikut region tempat asal masing2 dan buat persembahan mengikut creativity masing2. Either, north, south, west, east, borneo/international. Bagi aku, dalam banyak2 event, yang ni paling best. Lawak ada, touching ada.. Terbaik la. Kiranya time ni kitorang semua dapat belajar loghat tiap2 negeri la.. =))

3rd day ada kuliyah briefing. Kuliyah pharmacy merupakan kuliyah yang paling pack jadualnya sebab student pharmacy perlu lengkapkan 155 credit hours dalam 4 tahun. Kelas 8 sampai 6 jela memanjang. Terbaik la kan.. Ngadap buku je la aku lepas ni.. adoyai~~ Then, petang pulak ada Baiah Ceremony. Maka, lepas itu, rasmilah aku menjadi seorang pelajar International Islamic University Malaysia, Kuantan Campus. Maka, hari2 aku lepas ni akan dipenuhi dengan kelas dan keletihan.. haha..


notakaki : Aku yang duduk kat IM2 ni takde transport sendiri. Memang terbaik la kan.. Rasanya pasni aku dah boleh pakai balik baju aku yang dah kecil dolu2 tu.. hahaha

Wednesday, September 5

Menjejak 20

bismillahirrahmanirrahim..

Tanggal 5 September 1992 pada pukul 5.05 pagi, aku telah dilahirkan. Dan kini, ALHAMDULILLAH aku sudah berusia 20 tahun.

Maka, banyak benda yang aku akan dan perlu fikirkan. Sebagai anak sulung pula, tanggungjawab aku dah semakin besar. Tanggungjawab pada keluarga, pelajaran aku, perkahwinan, hari tua mak bapak aku, semuanya perlu difikirkan.. Dan kini masa untuk merancang dan melaksana. Moga2 Allah permudahkan. Amiin...


Dan kali ni, aku 'ber-harijadi' di UIA Kuantan pula. Dikelilingi tempat dan orang yang baru.. =)

notakaki : Setakat 1.03 pagi 5 September ni, baru 4 orang je yg wish befday aku. Sebab kat fb aku hide-kan tarikh birthday aku. Nak tengok, sapa yang ingat. =)

Sunday, September 2

Kuantan Mari!!!

bismillahirrahmanirrahim..

Esok akan bermulanya perjalanan aku ke Kuantan, nak sambung degree dalam Pharmacy kat sana.. Hoyeah!!

Aku tak tahu lah macam mana keadaan kat sana. Tapi aku harap keadaannya sama atau lebih baik dari CFS. In terms of everything. Dari hal ehwal makan sehinggalah ke dewan kuliyah. But I wish for better la.. =)

Dan saat2 untuk masuk ke kampus Kuantan pun dah nak dekat. Maka, aku pun perlulah persiapkan kepala otak aku yang dah bersarang sejak graduate dari CFS hari tu. Entah macam manalah suasana belajar kat sana nanti. Mintak2 semuanya selamat.


Roommate? Aku harap dapat member bilik time CFS dulu. Kalau takde rezeki dengan depa, aku harap dapat la yang sekepala. Kalau tak, parahlah aku nanti!!

Join MRC??

Hmmm... Entahlah. Aku kene tengok suasana belajar kat sana dulu. Rasa2 boleh catch up, aku join la.

And one more thing, kalau boleh aku nak ambil kelas intensif bahasa arab. Aku dah target nak fasih arab bila graduate IIUM nanti. InsyaAllah, kalau takde aral melintang, aku akan cuba sedaya mungkin.

.noktah.

notakaki : Simple je update aku kali ni.. haha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...